Jika diteliti, kenyataan ini seperti undang-undang hutan. yang besar dan kuat adalah raja.
Perlu diingat bahawa jalan yang digunakan oleh bas, lori, trektor, basikal, pejalan kaki dan penunggang motosikal adalah untuk kegunaan semua. Ia dibina supaya kita semua boleh berkongsi jalan tersebut dengan penuh harmoni. Berkongsi jalan bermakna kita harus memahami kehendak dan keunikan pengguna jalan yang lain supaya perbezaan struktur kita tidak berlaga dengan satu sama lain.
INGAT!!, pemandu kenderaan besar mungkin tidak cedera dalam kemalangan dengan motosikal misalnya, TETAPI itu bukan bermakna anda bebas. Anda mungkin berdepan dengan penyiasatan polis, prosiding di mahkamah, saman menyaman dan lain-lain lagi.
Jadi kenapa cari masalah?
Untuk mengelak masalah anda perlu memahami pengguna-pengguna jalan yang lain dan menerima mereka untuk berkongsi jalan raya tersebut.
Latihan bagi pemandu untuk tujuan mendapat lesen memandu tidak memberi keutamaan terhadap latihan untuk mengenal potensi kemalangan, tetapi tumpuan diberi kepada kepatuhan undang-undang. Ini tidak cukup bagi menjamin keselamatan di atas jalan raya. Pemandu harus dilatih untuk mengenal pasti potensi kemalangan. Pemandu mesti diberi latihan untuk berkongsi jalan.
Anime4nz berharap dengan mengutarakan isu ini, pemandu kereta dapat sedikit pelajaran tentang motosikal.
Apa Umum Patut Tahu Tentang Motosikal
1. Motosikal perlu ruang, bukan sahaja di hadapan tetapi juga di belakang dan paling penting di kiri dan kanan. Dalam perjalanan ke hadapan, motosikal biasanya beralih sedikit ke kiri dan ke kanan bergantung kepada kelajuan. FAKTA: Motosikal BUKAN BERGERAK ATAS LANDASAN. Justeru pemandu kenderaan lain mesti memberi ruang secukup-cukupnya kepada motosikal. Memberi ruang selebar motosikal tersebut tidak mencukupi, itulah sebabnya kenapa cermin sisi anda dirempuh motosikal. Ruang yang secukupnya adalah tidak kurang dari 3 kali lebar motosikal tersebut.
2. Profil dari depan sebuah motosikal adalah nipis; inilah imej yang biasa dilihat dari dalam cermin kereta. Seorang pemandu beranggapan bahawa motosikal tersebut masih jauh di belakang, padahal ianya sudah hampir.
3. Profil nipis ini juga memberi gambaran salah terhadap kelajuan motosikal tersebut. Pemandu yang mahir biasanya menoleh kebelakang sedikit untuk memastikan tidak ada motosikal disisinya sebelum membuat penukaran arah.
4. Juga oleh kerana profil nipis ini, imej sesebuah motosikal ‘disorok’ antara bayang-bayang lain di persekitaran. Disebabkan mata pemandu tidak dapat mengesan adanya motosikal didalam cermin mereka, ini bukan bermakna tidak ada motosikal berhampiran. Ada atau tidak imej motosikal dalam cermin, anggap sahaja ada motosikal berhampiran dan ambil segala tindakan yang wajib.
5. Pemandu kenderaan besar selalu tidak menghiraukan kenderaan yang lebih kecil dari mereka. Mereka berpendapat bahawa kenderaan yang kecil itu yang akan rugi jika berlaku apa-apa, jadi pada mereka, kenderaan kecil harus berwaspada akan kenderaan besar. Tidak kira saiz, semua kenderaan harus bertimbangrasa terhadap kenderaan lain.
6. Sebuah kereta boleh menukar gear dari posisi 5 ke 2 atau ‘neutral’ dengan satu tindakan sahaja. Jika mahu berhenti, kereta bergantung kepada brek hampir 100%. Lain dengan motosikal, jika mahu berhenti penunggang akan menukar gear dari 5 ke 4, ke 3 dan ke 2 atau neutral sebelum membrek. Dengan setiap penurunan gear, kelajuan moto tersebut akan menurun; dan dalam masa tersebut penunggang jarang menggunakan brek dan lampu brek belakang tidak menyala. Pemandu yang tidak peka mungkin merempuh moto yang berada dihadapan.
7. Untuk mendapat pandangan yang jelas akan keadaan jalan di hadapan mereka, seorang penunggang akan beralih posisi ke kiri dan ke kanan. Ini adalah untuk keselamatan mereka. Jika anda tidak lagi nampak sipenunggang tersebut jangan anggap dia sudah tidak berada di belakang anda.
8. Motosikal kini hampir semuanya dilengkapkan dengan suis lampu isyarat yang padam sendiri selepas beberapa saat tetapi masih banyak motosikal yang tidak dilengkapi dengan gadjet ini. Jika anda melihat motosikal dengan lampu isyarat yang berkelip, pastikan ianya betul-betul berkelip dan bukan kes terlupa padam.
9. Penunggang motosikal biasanya akan mengelak (dalam bahasa kini, cilok) untuk melalui sesuatu halangan, berbeza dengan kereta yang akan membrek. Mencilok bukan tindakan biadap tetapi adalah teknik mengelak digunakan oleh penunggang motosikal. Jika penunggang membrek sebagaimana pemandu kereta membrek, akibatnya penunggang akan jatuh.
10. Dengan membrek, juga dibantu oleh ‘engine braking’, sebuah motosikal mampu berhenti dalam jarak yang kurang dari sebuah kereta. Seorang pemandu bijak akan memberi ruang secukup cukupnya apabila mengekori sebuah motosikal. Jika jalan basah atau licin, tambahkan ruang.
11. JANGAN PANDANG semua penunggang motosikal sebagai mat rempit. Penunggang moto adalah orang biasa seperti anda juga; mereka ada ibu, isteri, anak dan lain-lain tanggungan. INGAT, bahawa orang yang memakai topi keledar tersebut mungkin seorang yang anda kenali; mungkin rakan sepejabat, saudara rapat, guru anda , jiran anda dan mungkin juga bakal bapa ipar anda!
12. INGAT; kereta anda yang tidak dikawal dengan penuh bertanggung jawab boleh membunuh. Sanggupkah anda melihat anak-anak kecil kehilangan bapa mereka akibat dari tindakan anda?
Ada banyak perkara yang boleh dilakukan oleh seorang pemandu kereta, pemandu lori atau bas bagi memastikan keselamatan penunggang motosikal. Ingat, walaupun dengan topi keledar dan kelengkapan lain seorang penunggang tidaklah dilindungi sebaik seorang pemandu.
Apa pun, anime4nz berharap pemandu juga perlu lebih berwaspada kerana banyak cabaran kini seperti Radio, DVD, anak-anak, atau penumpang yang terlalu bising.
No comments:
Post a Comment