Pengguna dinasihatkan memahami spesifikasi dan keadaan semasa tayar. Kerana kelemahan penyelenggaraan tayar adalah salah satu faktor utama penyebab kemalangan jalan raya.
Majoriti pengguna gagal memantau tayar kenderaan mereka dengan baik. Kesilapan yang sering berlaku adalah gagal memastikan tekanan udara pada tayar.
Amat penting kita memastikan tekanan udara yang tepat pada tayar. Kerana kekurangan angin akan menyebabkan kenderaan menggunakan bahan api berlebihan dan tidak menjimatkan minyak dan wang anda.
Tapi sama ada terlebih atau terkurang tekanan angin pada tayar akan menjadikan permukaan tayar menjadi tidak sekata. Permukaan tayar menjadi haus pada sebahagian sahaja tidak pula pada bahagian yang lain.
Jika
dibiarkan berterusan tanpa diselenggara, akan menyebabkan tayar menjadi
botak sehingga menampakkan dawai. Tahap begini dianggap kritikal kerana
tayar boleh pecah atau meletup pada bila-bila masa sahaja.
Analisis
menyatakan kemalangan maut di jalanraya boleh berlaku pada kelajuan
hanya 40km/j. Cuba bayangkan pula situasi tayar kereta anda pecah ketika
memandu melebihi 90 - 100 km/j dan pada ketika itu hujan lebat.
Bagaimana nasib anda selepas itu?Selain itu pengguna adakalanya membeli tayar tidak mengikut kesesuaian dengan prestasi kenderaan yang dimiliki. Paling bengang bila tanpa disedari kita telah terbeli tayar korek atau tayar yang ditoreh semula.
Jadi elakkan menjadi penyebab kemalangan atau tertipu ketika membeli tayar.