Pengguna dinasihatkan memahami spesifikasi dan keadaan semasa tayar. Kerana kelemahan penyelenggaraan tayar adalah salah satu faktor utama penyebab kemalangan jalan raya.
Majoriti pengguna gagal memantau tayar kenderaan mereka dengan baik. Kesilapan yang sering berlaku adalah gagal memastikan tekanan udara pada tayar.
Amat penting kita memastikan tekanan udara yang tepat pada tayar. Kerana kekurangan angin akan menyebabkan kenderaan menggunakan bahan api berlebihan dan tidak menjimatkan minyak dan wang anda.
Tapi sama ada terlebih atau terkurang tekanan angin pada tayar akan menjadikan permukaan tayar menjadi tidak sekata. Permukaan tayar menjadi haus pada sebahagian sahaja tidak pula pada bahagian yang lain.
Jika
dibiarkan berterusan tanpa diselenggara, akan menyebabkan tayar menjadi
botak sehingga menampakkan dawai. Tahap begini dianggap kritikal kerana
tayar boleh pecah atau meletup pada bila-bila masa sahaja.
Analisis
menyatakan kemalangan maut di jalanraya boleh berlaku pada kelajuan
hanya 40km/j. Cuba bayangkan pula situasi tayar kereta anda pecah ketika
memandu melebihi 90 - 100 km/j dan pada ketika itu hujan lebat.
Bagaimana nasib anda selepas itu?Selain itu pengguna adakalanya membeli tayar tidak mengikut kesesuaian dengan prestasi kenderaan yang dimiliki. Paling bengang bila tanpa disedari kita telah terbeli tayar korek atau tayar yang ditoreh semula.
Jadi elakkan menjadi penyebab kemalangan atau tertipu ketika membeli tayar.
Berikut adalah beberapa tips yang patut anda ikuti semasa membeli / memilih tayar :
- Periksa tekanan tayar seminggu sekali. Pemeriksaan kerap perlu dilakukan jika selalu berjalan jauh.
- Sebaiknya periksa tekanan udara sewaktu tayar sejuk dengan penyukat tekanan (Pressure Gauge).
- Maklumat tekanan angin tayar yang bersesuaian boleh didapati pada pelekat khas di pintu kenderaan.
- Tayar hendaklah diselenggara setiap kali lepas 10,000km perjalanan. Lakukan servis imbangan atau penyelarian (Balancing atau Alignment).
- Jangan gunakkan tayar yang sudah botak atau haus.
- Pemilihan tayar yang tepat penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan pemanduan dan penjimatan.
- Pastikan tekanan udara pada tayar ganti sentiasa mencukupi.
- Pastikan yang tayar baru atau tayar yang masih tebal bunganya dipasang di bahagian belakang
- Pastikan skru (bolt) tayar dipasang dengan kemas.
- Jangan membawa lebih muatan daripada kemampuan tayar.
- Ganti segera tayar yang menampakkan kesan rekahan, tanda haus tidak sekata atau terdapat benjolan/bengkak di permukaan bungan atau dinding tayar.
Mungkin ada yang pelik mengapa tayar baru perlu dipasang dibelakang? Sebab tentu pengguna pernah dinasihatkan oleh mekanik supaya meletakkan tayar baru di hadapan. Untuk mengelakkan kekeliruan sila saksikan klip video di link youtube tertera.
Link 1 : http://youtu.be/--Hb5kQCaTg
Link 2 : http://youtu.be/__0DL8dE3Eo
Jadi dari dua video itu tadi jelas menunjukkan bukti dan kajian mengapa tayar baru atau mempunyai bungaan yang tebal perlu dipasang di bahagian belakang.
Sila rujuk jadual Indeks Had Muatan dan Simbol Kelajuan bagi menentukan kesesuaian tayar untuk kenderaan anda:
Kenali kemampuan tayar anda melalui maklumat yang tertera pada sisi dinding tayar (sidewall):
Berikut adalah contoh bacaan.
Maklumat penting pada sisi dinding tayar yang perlu anda tahu:
- Tanda MS (Malaysian Standard)
- Tanda DOT
- Tanda E
- Tanda Paras Amaran Botak/ Haus
Sila rujuk juga gambarajah di bawah untuk maklumat tambahan petua dan penjagaan tayar:
Diharap maklumat mengenai tayar di anime4nz dapat dimanfaatkan untuk kita lebih mengenali tayar kenderaan sendiri. Juga dapat mengelakkan diri dari ditipu oleh mekanik yang gila mengaut keuntungan dengan memperjudikan nyawa anda.
Penjagaan tayar yang betul dapat menjimatkan minyak kenderaan anda juga.
ps: Kepala Botak Tak Apa, Jangan Tayar Botak!!
Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
ReplyDeleteAda 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...