klik atas

backlink

gambar laju

Showing posts with label Animasi. Show all posts
Showing posts with label Animasi. Show all posts

Tuesday, December 12, 2023

Pawagam Patuh Syariah Pertama Malaysia Berwajah Baru Kini di LFS Cinemas Kuala Terengganu

 Bermula pada 9 Disember 2023, Pawagam  Lotus Five Star atau lebih dikenali sebagai LFS Kuala Terengganu kini memperkenalkan wajah barunya kepada orang ramai dengan menaik taraf fasiliti yang akan memberi kualiti perkhidmatan terbaik dan juga dengan beberapa penambahan baharu.


Menurut Pengurus Besar Lotus Five Star Cinemas, Dr Sai Suthan, LFS Cinemas Kuala Terengganu, Malaysia kini diberikan nafas baharu sesuai dengan budaya negeri Terengganu. LFS Kuala Terengganu kini menjadi hab industri hiburan utama di ibu negeri Warisan Pesisir Air, pawagam patuh syariah yang pertama di Malaysia. Beliau berharap dengan penaiktarafan beberapa fasiliti ini, penonton akan mendapat keselesaan seperti menonton filem di rumah sendiri.

Monday, September 4, 2023

TAMAN KOPERAT IMPIAN, ALOR LINTAH, BESUT, TERENGGANU

TAMAN KOPERAT IMPIAN, ALOR LINTAH, BESUT, TERENGGANU

KINI DIBUKA UNTUK JUALAN ! !

RUMAH TERES 1 TINGKAT DI ALOR LINTAH, BESUT, TERENGGANU

BAKI UNIT : 87 KEKOSONGAN


KELEBIHAN & KEMUDAHAN TAMAN KOPERAT IMPIAN, BESUT

  • Rekabentuk anggun, ruang yang selesa dan lokasi yang strategik
  • Binaan dinding berasaskan batu-bata tanah liat & batu-bata simen
  • Persekitaran yang baik & selamat
  • Tiada gangguan trafik
  • Hanya 5 km dari Pusat Pentadbiran Besut
  • 5.5 km dari Pusat Bandar Jerteh
  • 10 km dari Stesen ECRL
  • Berdekatan dengan Sekolah Rendah Alor Lintah dan masjid

RUMAH TERES 1 TINGKAT

Thursday, June 15, 2023

Ladang Limau Langkap Madu Di Kebun Limau Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

Bahagia dan Gembira boleh dicari bila-bila masa asal kita ikhtiar untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh. Ikut cara kita.

Korang pernah dengar tak di cameron highlands ada kebun limau ? Ingatkan di Cameron ada strawberry ja.. buah lain tu banyak import masuk cameron.... rupanya tak.... ADA... memang wujud. Siap ladang limau guyss... serius.... teruja bila dapat tahu ni.... terus kitaorang rancang satu trip untuk teroka ladang limau langkap madu di Cameron Highlands, Pahang.

Sunday, November 27, 2022

DESA KOPERAT IDAMAN, TOK JEMBAL, KUALA NERUS, TERENGGANU DARUL IMAN

DESA KOPERAT IDAMAN, TOK JEMBAL, KUALA NERUS, TERENGGANU

KINI DIBUKA UNTUK JUALAN ! !

RUMAH TERES DAN RUMAH KEDAI DI TOK JEMBAL, KUALA NERUS, TERENGGANU

BAKI UNIT : 3 KEKOSONGAN (RT2T)


KELEBIHAN DESA KOPERAT IDAMAN, TOK JEMBAL, KUALA NERUS, TERENGGANU

  • Rekabentuk anggun, ruang yang selesa dan lokasi yang strategik
  • Binaan dinding berasaskan batu-bata tanah liat & batu-bata simen
  • Persekitaran yang baik & selamat
  • Pusat bandar Kuala Nerus
  • Lapangan Terbang Sultan Mahmud
  • Sekolah Kebangsaan Tok Jembal
  • Terdapat kemudahan terdekat seperti masjid, balai bomba, hospital unisza, petronas/petron, unisza & umt, mydin mall gong badak
  • Berdekatan dengan Pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang

Tuesday, November 30, 2021

Cara / Tips Bila Terkena Renjatan/Kejutan Elektrik atau Karen

Kali nie anime4nz mahu kongsikan pengalaman terkena renjatan elektrik atau bahasa mudah 'kene shock karen' bzzzzzzz. Sakit tak kene karen elektrik nie? Doktor pelatih ada tanya soalan tu kat saya... jawapannya... macam tu ... bzzz .. cam kene karen....(sambil gayekan tangan menggeletar gitu).... suke ngak tanya hok pelek pelek lake... jenuh jawab... soalan sama.. jawapan sama... doktor jer lain-lain... Last cocok boh air dua jarum.....

Alkisahnya suatu pagi hari khamis (24.01.2013), berkira-kira mahu siapkan kedai barang lama dan pelbagai milik keluarga.... so... saya pom bekerjalah di dalam kedai dari pagi sampai ke dinihari..... Peralatan tidak mencukupi... barang peru dicari... petang karang patut disambung... so... tutup kedai dulu... bersiap... ke kedai RM2 ya.... cari barang..... selesai..


Balik.. Masa untuk kerja..... Ma suruh tengokkan wayar api.. kenapa mesin nyor(mesin kukur kelapa) tidak berfungsi ya.... Saya dengan slumbernya (salah saya kerana tidak pastikan/tanya, adakah plug api ditutup atau tidak. Saya capai wayar dan lurut untuk mencari kepala plug... Lurut punya lurut rupanya saya terlurut hingga ke puncanya. Memang tidak perasan coz kepala / kotak apinya pecah.....

Apa lagi berlakulah renjatan dengan tiba-tiba..... Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....  Keadaan tangan seakan tergenggam menambahkan sengatan semacam tidak mahu melepaskan wayar dari tangan... Bzzzzzzzz....
Teriakan aku masa tu kuat la jugak..... Ma hanya mampu melihat.....

Wednesday, November 24, 2021

5 Elemen Dokumentasi Perundangan Dan Perjanjian Jual Beli Rumah

Apakah Dokumentasi perundangan dan perjanjian jual beli rumah dalam permohonan pinjaman perumahan yang perlu diketahui bakal pembeli ?


Dokumentasi perundangan boleh dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu peringkat perjanjian jual beli (SPA) dan peringkat perjanjian kemudahan (Facility Agreement).

Peringkat perjanjian jual beli dimasuki lebih awal iaitu sebelum permohonan pinjaman dibuat yang mana perjanjian ini merupakan dokumen asas dalam mengemukakan permohonan pinjaman perumahan di institusi kewangan.

Menerusi perjanjian ini, isi kandungannya akan digariskan dengan teliti mencakupi segala hak kedua belah pihak yang dilundungi seperti harga jual beli hartanah, proses pembayaran, pertukaran hak milik, perpindahan barang dan juga kos utiliti yang terlibat.

Serentak dengan penyediaan perjanjian jual beli rumah, pihak peguam juga bertanggungjawabmenguruskan beberapa perkara penting lain yang kebanyakannya melibatkan urusan dengan agensi kerajaanseperti  pengurusan cukai keuntungan harta tanah (CKHT) di Lembaga Hasil Dalam Negeri, carian pemilikan harta tanah di Pejabat Tanah dan Galian dan juga semakan kebankrapan di Jabatan Insolvensi.

Bagi rumah kos rendah dan sederhana rendah pula, pihak peguam perlu mengemukakan permohonan kebenaran pertukaran hak milik di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum membuat urusan seterusnya yang mana jika kebenaran tidak diperoleh, rumah tersebut tidak boleh ditukar milik sekali gus merencatkan proses jual beli rumah.

Selain mendapatkan khidmat peguam secara kendiri, terdapat juga keadaan di mana pihak institusi pinjaman melantik panel peguam mereka sendiri bagi menjalankan urusan tersebut yang mana ia dibenarkan dan ada kalanya menyumbang kepada proses yang lebih lancar antara ketiga-tiga pihak terlibat.

Wednesday, November 10, 2021

Apa Manfaat dan Kelebihan Shopping Menggunakan Aplikasi ShopBack

Bagi korang yang kaki shopping online, anda mesti ambil tahu dan sikit sebanyak pasti nak guna aplikasi shopback ni. 


Apa itu aplikasi ShopBack ?

ShopBack ni adalah sebuah laman website atau aplikasi yang memberi pulangan tunai apabila pengguna seperti anda berbelanja secara online dengan rakan kongsi ShopBack.


DAFTAR SHOPBACK SEKARANG

DAFTAR SHOPBACK SEKARANG

Monday, November 8, 2021

Kem Monsoon Camp ( Kem Buka Minda ) Untuk Anak-anak di Terengganu

Kalau kat oversea ada Summer Camp.. Di Terengganu kita ada Monsoon Camp untuk anak-anak.

Berjadual pada 10hb - 12hb Disember, 2021.

Berlokasi di Khaleeda Lodging and Recreation Center Marang, Terengganu

Plan aktiviti kem buka minda ini melibatkan pelajar 9-13 tahun ala-ala summer camp gitu tapi pengisian style kampung.


Antara aktiviti tersedia menanti buat anak-anak yang join kem Monsoon Camp ini

Tuesday, November 2, 2021

Taman Rakyat Harmoni, KOPERAT, Jabi, Besut, Terengganu

RUMAH TERES SETINGKAT 100% SIAP UNTUK DIJUAL

CCC READY ! ! !  CCC READY ! ! !|

HARGA SERENDAH RM180,000.00 SAHAJA

UPDATE !! ( HABIS TERJUAL )


Thursday, October 14, 2021

SkytrackGanu - ( Sky Track Game ) Skytrack Adventure in Terengganu Darul Iman

Korang semua minat dengan adventure tak ? Korang suka tempat tinggi ? Ingin rasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan hanya menggunakan seutas tali / kabel ? Kali ni anime4nz nak kongsikan satu pengalaman yang korang boleh lakukan di Skytrack Adventure di Terengganu Darul Iman. Konsep ni di luar dah pun mulakan, so kiranya barula lagi bertapak di Terengganu. Bolehlah korang cuba-cuba ya di sini.

Biasanya kalau nak main mende-mende ginim, kena gi jauh-jauh. Terip ni kita main di Marang, Terengganu. Tranung la Boh !

Siapa tahu apa itu " Skytrack Adventure " ? Sky track adventure adalah aktiviti yang dilakukan di atas pokok. Macam lalu jambatan gantung atau bahasa mudah cabaran meniti atas tali yang tergantung di awangan ( High Ropes Course Adventure ), Musang Terbang ( Flying Fox ), Kanopi Jalan ( Canopy Walk), Abseiling dan sebagainya. 


Wednesday, October 13, 2021

Kelebihan dan Kekurangan Printer Brother DCP T220 dan HP 2336

Kali ini jom anime4nz kongsikan kelebihan printer brother DCP-T220 dan printer HP 2336. Mana satu yang berbaloi dan memenangi pilihan hati. Perbandingan dan pilihan ini dibuat berdasarkan pengalaman, pembelian dan penggunaan kedua-dua mesin cetak ini.


 Kelebihan Printer Brother DCP T220

Printer untuk kegunaan rumah dan pejabat

Printer multifungsi boleh print, scan dan copy

Boleh mencetak 13 jenis ukuran kertas

[ ukuran kertas A4, Letter, Executive, A5, A6, Foto 4" x 6", Kartu 5" x 8", Foto 5" x 7", Amplop C5, Com-10, Amplop DL, Monarch, Foto-3.5" x 5" ]

Monday, October 4, 2021

Air Terjun Hutan Lipur Rasau Felda Kerteh 3

Air terjun hutan lipur rasau felda kerteh 3 atau disebut-sebut air terjun gua condong kerteh 3 terletak di daerah kemaman. Bila berkaitan dengan hutan lipur ianya di bawah kelolaan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu. 

Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, SILA berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. 

Untuk perkelahan dan daytrip boleh la masuk untuk menikmati keindahan alam dan air terjun semulajadi di sini. Sebolehnya maklum kepada Pejabat Daerah akan kehadiran anda semoga tiada kejadian yang tidak diingini terjadi.

Air terjun ini memang tempat paling santai bersama kawan-kawan semasa cuti. 


Friday, September 17, 2021

Sumpahan / Larangan Makan Ikan Kacang, Ikan Kekacang atau Ikan Baracuda

 Alam melayu sememangnya kaya dengan kisah misteri, lagenda, mitos serta dongeng yang diceritakan sejak turun temurun. unsur mistik pun wujud. 

Salah satu lagenda yang menarik untuk diperkatakan adalah pantang larang terhadap sesetengah orang melayu yang tidak boleh makan sejenis ikan termasuklah keturunan saya sendiri.

Ikan tersebut adalah ikan kekacang atau ikan baracuda. Bagi yang biasa memancing, taulah, bagi yang yang belum kenal tapi tidak tahu asal usul salasilah, bahanalah... haha

Tahu tak ikan kekacang atau ikan baracuda macam mana ? Ikan kekacang atau baracuda adalah ikan air masin dan sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah seluruh negara. 


Wednesday, September 1, 2021

Permohonan Simkad Bantuan Jaringan Prihatin YES RM300 terkini 2021

Bantuan Simkad YES Daftar Percuma 40gb Belajar Di Rumah 2020

Ekoran penularan wabak covic 19 dalam Perintah Kawalan Pergerakan 2020 sebelum ni kerajaan pernah membuka permohonan simkad YES data percuma 40gb belajar di rumah. Ibubapa boleh memohon kad sim prabayar 40gb percuma daripada YES yang akan dihantar ke rumah penerima. 

Untuk permohonan ini, ada beberapa kekangan. 

1. Permohonan kena diisi oleh pihak sekolah bagi kelayakan mendapatkan telefon pintar beserta kad sim 40gb. Hal ini bagi mengenal pasti penerima yang betul-betul layak mendapatkan pakej telefon pintar beserta kad sim  40gb secara percuma.

2. Permohonan boleh diisi bagi kenalan / jiran terdekat yang tahu jika pemohon adalah layak dan wajar menerima telefon pintar dan kad sim 40gb secara percuma.

3. Bagi kelayakan yang tidak dapat telefon pintar, penerima akan hanya mendapat kad sim 40gb secara percuma. 

Untuk memohon atau mendaftar boleh rujuk kepada laman YES YTL

Semoga link untuk pendaftaran ini masih dibuka untuk anda.

Alhamdulillah bagi kelayakan pertama, saya hanya berjaya mendapat kad sim 40gb secara percuma.


Bantuan Jaringan YES Prihatin RM300 2021

Monday, May 10, 2021

TAMAN KOPERAT UKHWAH, PULAU SERAI, DUNGUN, TERENGGANU

TAMAN KOPERAT UKHWAH, PULAU SERAI, DUNGUN

KINI DIBUKA UNTUK JUALAN ! !

SEMI D DI PULAU SERAI, DUNGUN, TERENGGANU

UPDATE !! ( HABIS TERJUAL )


KELEBIHAN TAMAN KOPERAT UKHWAH

  • Rekabentuk anggun, ruang yang selesa dan lokasi yang strategik
  • Binaan dinding berasaskan batu-bata tanah liat & batu-bata simen
  • Persekitaran yang baik & selamat
  • Tiada gangguan trafik
  • Hanya 7 km dari bandar Dungun
  • 1.6 km ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai
  • 2.0 km ke Sekolah Kebangsaan Pulau Serai
  • Terdapat kemudahan terdekat seperti masjid, surau, petronas, klinik desa, kedai serbaneka dan pasaraya
  • Berdekatan dengan Taman Rekreasi Pantai Teluk Bidara

Thursday, April 15, 2021

Panduan / Cara / Tips Khatam Al-Quran Dalam Masa 30 Hari dalam Bulan Ramadhan

 

Sapa sapa hok berasa nak khatam Al - Quran dalam 30 hari dalam bulan ramadhan. Ning kalu nok senang.. Panduan nok katam 30 juzuk quran bulan ramadan.. Ambe tepek sekaliguh ah sining.. Kang kalu tepek se se takut ade hok terlepah kang.. 

Mudoh jer.. Dalang 1 juzuk quran ning ada 8 maqra.. Jadi kene baca dan habiskan 8 maqra ning ah dalam sehari... 1 maqra ning lebih kurang dalam 2 helai setengah jer.. Biasa dalam Al-Quran ada tanda macam bintang gitu.. Makne kate kene baca dari bintang ke bintang.. Tapi jangan baca terus 8 maqra kang takut tertido jer.. Jadi baca rilek rilek jer.. Biasa 1 maqra ning orang buleh baca dalam 5-7 minit.. Nok senang lagi... Sebelah pagi baca 2 maqra.. Lepah zohor 2 maqra.. Lepah asar 2 maqra.. Pahtu lepah maghrib nak tunggu isya' baca 2 maqra.. 

Jadi panduan ada doh.. Ambek ah sedikit masa cuba nekad skali boleh khatam Al-Quran dalam masa 30 hari dalam ramadhan ni.. Cuba tanam azam betul-betul. Bukang nape.. Takut ramadan ning ramadan terakhir.. Nati kang payoh nok jawab dalam kubur kang bakpe mung dok pernoh katam quran.. Kita tolong pesan memesan ja.... seperti saing ambe bedi dalam kuterer bagitahu, dan pada hok dok reti mengaji.. Ambek lah peluang bulan penuh keberkatan ning untuk belajar ngaji... Besar ganjaran nya nanti.. Besar mana tu ambe pun dok reti nak bagitahu, tapi besar lah ganjaran yang dijanjikan oleh Allah S.W.T. Allahualam..


Tuesday, March 30, 2021

Cara Ubati Terkena Pokok Rengas Dan Mitos Si Rengas Kayu Hantu

Anda biasa terkena bisa pokok rengas ? Atau masih tercari-cari cara ubati terkena pokok rengas ?

Bahaya.... bahaya.... itu yang biasa kedengaran di halwa telinga akan cerita si pokok rengas ni...

Mari kita kenali dulu pokok rengas.



Nama Melayu : Pokok Rengas

Nama Saintifik : Gluta spp

Nama Famili : Anacardiaceae

Nama Panggilan : Chat-Si @ Kayu Hantu @ Pokok Hantu

Tuesday, November 10, 2020

Kelebihan, Kebaikan dan Ganjaran Quinpay E - Dompet Viral

 E - Dompet yang tengah viral sekarang.... Jauh lebih penjimatan dan amat mudah digunakan.


SERTAI QUINPAY SEKARANG !!


PENJIMATAN SETIAP HARI DAN PALING TINGGI ADALAH 50%

Pendaftaran adalah PERCUMA dan dapat lagi HADIAH PERCUMA 50 RP (Reward Point)

Pendaftaran hanya tekan link di bawah ini

Monday, October 26, 2020

Terapi Sengatan Lebah

Terapi sengat lebah atau apitherapy adalah metode pengubatan yang sudah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Perkataan "APITHERAPY" atau APITERAPI adalah gabungan dalam bahasa Latin iaitu 'aphis' yang bermakna lebah dan 'therapy' yang bermakna rawatan perubatan. Jenis terapi yang memanfaatkan racun dari sengatan lebah ini diyakini memberikan berbagai manfaat untuk kesihatan.

Selama ni kita kene ketik leboh ... Nolong takutan pah pital cari ubat bagai....

Rupa-rupanya selama kita hidup, keistimewaan Allah jadikan Lebah masih kita tidak tahu.

Bukan saja madu, tapi sengatan lebah juga ada khasiatnya.

Disengat lebah tentu rasanya amat menyakitkan. Namun, ada beberapa orang yang dengan sengaja menerima sengatan serangga bernama lebah ini melalui pengubatan terapi sengatan lebah.

Sunday, July 19, 2020

Tempat Menarik Di Terengganu

Sebenarnya banyak tempat tempat menarik di terengganu ni... Di Kuala Terengganu sahaja berpuluh puluh tempat menarik yang menarik jumlah pelancong asing malah pelancong luar dan dalam Terengganu pun turut tertarik dan belum terokai semua tempat menarik di Terengganu.

Negeri cantik, budaya menarik itulah Terengganu Darul Iman. Terengganu adalah salah sebuah negeri yang paling wajib dilawati di Malaysia. Kekayaannya yang kaya dengan pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan yang jernih, pantai-pantai yang berpasir halus, kaya dengan hasil laut. Hutan yang masih terpelihara flora dan faunanya. Ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap dengan sekali pakejnya, berbeza dengan negeri - negeri lain di Malaysia.

Bukan itu sahaja. Aneka makanan tradisional terengganu, aneka pakaian fabrik batik, sutera, yang ada di sepanjang perjalanan anda akan memberatkan kaki anda untuk melangkah keluar dari negri terengganu ini,

Memang banyak tempat menarik di Terengganu, kalau anda tak percaya di sini saya listkan tempat tempat yang menarik untuk anda kunjungi di terengganu.

Pasti ada sesuatu, pasti ada setempat, pasti ada masa untuk meluangkan tempat menarik ini di terengganu.

Ramai juga yang masih belum melawat kesemua tempat yang tersenarai.... jemput komen tempat yang menarik anda kunjungi dan yang belum tersenarai... nanti saya update list.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online