klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, September 1, 2021

Permohonan Simkad Bantuan Jaringan Prihatin YES RM300 terkini 2021

Bantuan Simkad YES Daftar Percuma 40gb Belajar Di Rumah 2020

Ekoran penularan wabak covic 19 dalam Perintah Kawalan Pergerakan 2020 sebelum ni kerajaan pernah membuka permohonan simkad YES data percuma 40gb belajar di rumah. Ibubapa boleh memohon kad sim prabayar 40gb percuma daripada YES yang akan dihantar ke rumah penerima. 

Untuk permohonan ini, ada beberapa kekangan. 

1. Permohonan kena diisi oleh pihak sekolah bagi kelayakan mendapatkan telefon pintar beserta kad sim 40gb. Hal ini bagi mengenal pasti penerima yang betul-betul layak mendapatkan pakej telefon pintar beserta kad sim  40gb secara percuma.

2. Permohonan boleh diisi bagi kenalan / jiran terdekat yang tahu jika pemohon adalah layak dan wajar menerima telefon pintar dan kad sim 40gb secara percuma.

3. Bagi kelayakan yang tidak dapat telefon pintar, penerima akan hanya mendapat kad sim 40gb secara percuma. 

Untuk memohon atau mendaftar boleh rujuk kepada laman YES YTL

Semoga link untuk pendaftaran ini masih dibuka untuk anda.

Alhamdulillah bagi kelayakan pertama, saya hanya berjaya mendapat kad sim 40gb secara percuma.


Bantuan Jaringan YES Prihatin RM300 2021


Terkini, Khabar baik bagi semua rakyat B40 dengan kerjasama YES Fondaution, Kerajaan telah membuka pendaftaran Jaringan YES Prihatin RM300 2021.

Pemohon boleh menuntut di laman YES YTL atau melalui platform SHOPEE. 

Portal YES YTL
 

Portal SHOPEE











Alhamdulillah kali ini saya berjaya mendapat telefon pintar YES TCL beserta Kad Sim 30gb Data Unlimited Call.

Bolehla anak-anak belajar dengan tenang di rumah ketika pendamik ini berlangsung. Tiada komitmen bulanan. prepaid sahaja. topup bila perlu. boleh sambung melalui wiFi internet sediaada di rumah.

Ops.. bila dah dapat telefon dan kad sim percuma kenalah dulu aktifkan di Aplikasi YES New User.

Boleh layari youtube chanel dan cari Yes Prihatin : How To Register

Semoga berjaya mendapat telefon pintar untuk kemudahan anak-anak belajar di rumah secara PDPR.


Sebenarnya pemohon boleh memohon dengan semua telco yang terlibat dengan Jaringan Prihatin ini. 

Ini termasuklah ; (Cari dan klik pada Jaringan Prihatin)

YES dan rakan strategik SHOPEE

CELCOM

MAXIS HOTLINK

U MOBILE

DIGI

ONEXOX

Bolehlah memohon sebelum 30hb september, 2021 [ Tuntut rebat sehingga RM300]

Ralatnya ada pro dan kontra bagi setiap telco. Ada caj yang tertentu dikenakan dan syarat yang perlu bagi mendapatkan telefon pintar dan kad sim percuma.

Setelah membuat perbandingan saya mendapati hanya YES menyediakan pakej telefon pintar beserta kad sim secara percuma dengan hanya perlu mendaftar online di YES YTL dan SHOPEE.

Telco lain banyak menawarkan telefon terkini dengan penawaran bayaran bulanan.

Jika anda yang bukan jenis memilih teruskan berdaftar dengan YES dan dapat Telefon TCL, 5.5HD, 18.9Display, CoreX4, Bateri 3000mAh, Android 10.

Perbandingan boleh dibuat berdasarkan jadual di bawah. 

YES PRIHATIN adalah yang terbaik bagi saya mengikut jadual di atas


Pilihan di tangan anda. Anime4nz mendoakan agar semua penerima B40 berjaya menuntut telefon pintar beserta kad sim PERCUMA Jaringan Prihatin ini sebelum tarikh tempoh tamat pada 30hb September, 2021. 

Sedikit info tambahan, promosi ini hanya untuk rakyat Malaysia dalam golongan B40 sahaja dan pihak telco akan membuat semakan lanjut selepas permohonan anda diterima untuk memastikan hanya golongan B40 sahaja yang layak menerima bantuan ini.

Rakyat B40 merupakan isi rumah berpendapatan di bawah RM5,000.00.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online