1. Seseorang usahawan yang bekerja harus dibayar gaji. Ini penting bagi membolehkan gaji diambilkira sebagai kos. Ia penting dalam menentukan kos sebenar pengeluaran.
2. Persoalannya ialah berapakah gaji yang harus "dibayar" kepada usahawan.
3. Ada beberapa formula.
4. Pertama, letakkan gaji seperti yang dibayar kepada pekerja lain yang membuat kerja tersebut. Kalau pekerja dibayar RM3,000, usahawan pun dibayar sebanyak itu juga.
5. Kedua, tentukan gaji berdasarkan keperluan minima usahawan itu. Kalau usahawan perlukan RM3,000, maka itulah gajinya.
6. Ketiga, bayar gaji "premium" dengan mengambilkira nilai sebenar usahawan itu. Kalau sewaktu bekerja dengan orang lain dulu RM10,000 sebulan, itulah gaji dia sekarang.
7. Sekiranya kedudukan kewangan semasa tidak membenarkan usahawan dibayar gaji, semak semula kos operasi. Potong di mana boleh supaya usahawan dibayar gaji.
8. Jika bisnes masih tak mampu bayar gaji, sesuaikan gaji itu dengan kedudukan kewangan semasa. Kurangkan gaji tersebut jika perlu.
9. Namun pada yang sama, usahawan harus menjadikan jumlah gaji sebagai dorongan untuk dia bekerja keras. Jika bisnes masih belum mampu membayar gaji beliau, itu tanda dia kena berusaha lebih gigih.
10. Gaji yang ditentukan ini hendaklah dimasukkan dalam bajet bisnes. Sekiranya bisnes tak mampu bayar, anggap itu sebagai hutang syarikat kepada dia. Rekodkan.
11. Apabila buat aliran tunai, ambilkira kenaikan gaji. Lebih banyak unjuran pendapatan, lebih tinggi unjuran gaji.
12.Walau bagaimana hebat bisnes sekali pun, harus ada had gaji seseorang usahawan.
13. Ada orang cadangkan, hadkan gaji usahawan kepada tidak lebih 400% gaji staf paling tinggi. Sebagai contoh, jika gaji staf paling tinggi ialah RM5,000 sebulan, gaji usahawan harus tidak lebih RM20,000.
14. Atau, hadkan kepada tidak lebih 5% keseluruhan perolehan. Katakan perolehan setahun RM1 juta, hadkan gaji usahawan kepada RM50,000 setahun atau RM4,100 sebulan.
15. Sekiranya mahu dapat gaji RM20,000 sebulan, usahakan perolehan tahunan sebanyak RM5 juta!
Nota : Tulisan ini disiarkan semula bagi manfaat mereka yang tak sempat membaca sebelum ini.