klik atas

backlink

gambar laju

Showing posts with label Hiking. Show all posts
Showing posts with label Hiking. Show all posts

Thursday, June 15, 2023

Ladang Limau Langkap Madu Di Kebun Limau Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

Bahagia dan Gembira boleh dicari bila-bila masa asal kita ikhtiar untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh. Ikut cara kita.

Korang pernah dengar tak di cameron highlands ada kebun limau ? Ingatkan di Cameron ada strawberry ja.. buah lain tu banyak import masuk cameron.... rupanya tak.... ADA... memang wujud. Siap ladang limau guyss... serius.... teruja bila dapat tahu ni.... terus kitaorang rancang satu trip untuk teroka ladang limau langkap madu di Cameron Highlands, Pahang.

Monday, November 8, 2021

Kem Monsoon Camp ( Kem Buka Minda ) Untuk Anak-anak di Terengganu

Kalau kat oversea ada Summer Camp.. Di Terengganu kita ada Monsoon Camp untuk anak-anak.

Berjadual pada 10hb - 12hb Disember, 2021.

Berlokasi di Khaleeda Lodging and Recreation Center Marang, Terengganu

Plan aktiviti kem buka minda ini melibatkan pelajar 9-13 tahun ala-ala summer camp gitu tapi pengisian style kampung.


Antara aktiviti tersedia menanti buat anak-anak yang join kem Monsoon Camp ini

Thursday, October 14, 2021

SkytrackGanu - ( Sky Track Game ) Skytrack Adventure in Terengganu Darul Iman

Korang semua minat dengan adventure tak ? Korang suka tempat tinggi ? Ingin rasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan hanya menggunakan seutas tali / kabel ? Kali ni anime4nz nak kongsikan satu pengalaman yang korang boleh lakukan di Skytrack Adventure di Terengganu Darul Iman. Konsep ni di luar dah pun mulakan, so kiranya barula lagi bertapak di Terengganu. Bolehlah korang cuba-cuba ya di sini.

Biasanya kalau nak main mende-mende ginim, kena gi jauh-jauh. Terip ni kita main di Marang, Terengganu. Tranung la Boh !

Siapa tahu apa itu " Skytrack Adventure " ? Sky track adventure adalah aktiviti yang dilakukan di atas pokok. Macam lalu jambatan gantung atau bahasa mudah cabaran meniti atas tali yang tergantung di awangan ( High Ropes Course Adventure ), Musang Terbang ( Flying Fox ), Kanopi Jalan ( Canopy Walk), Abseiling dan sebagainya. 


Monday, October 4, 2021

Air Terjun Hutan Lipur Rasau Felda Kerteh 3

Air terjun hutan lipur rasau felda kerteh 3 atau disebut-sebut air terjun gua condong kerteh 3 terletak di daerah kemaman. Bila berkaitan dengan hutan lipur ianya di bawah kelolaan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu. 

Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, SILA berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. 

Untuk perkelahan dan daytrip boleh la masuk untuk menikmati keindahan alam dan air terjun semulajadi di sini. Sebolehnya maklum kepada Pejabat Daerah akan kehadiran anda semoga tiada kejadian yang tidak diingini terjadi.

Air terjun ini memang tempat paling santai bersama kawan-kawan semasa cuti. 


Friday, September 17, 2021

Sumpahan / Larangan Makan Ikan Kacang, Ikan Kekacang atau Ikan Baracuda

 Alam melayu sememangnya kaya dengan kisah misteri, lagenda, mitos serta dongeng yang diceritakan sejak turun temurun. unsur mistik pun wujud. 

Salah satu lagenda yang menarik untuk diperkatakan adalah pantang larang terhadap sesetengah orang melayu yang tidak boleh makan sejenis ikan termasuklah keturunan saya sendiri.

Ikan tersebut adalah ikan kekacang atau ikan baracuda. Bagi yang biasa memancing, taulah, bagi yang yang belum kenal tapi tidak tahu asal usul salasilah, bahanalah... haha

Tahu tak ikan kekacang atau ikan baracuda macam mana ? Ikan kekacang atau baracuda adalah ikan air masin dan sangat mudah dijumpai di pasar-pasar basah seluruh negara. 


Tuesday, March 30, 2021

Cara Ubati Terkena Pokok Rengas Dan Mitos Si Rengas Kayu Hantu

Anda biasa terkena bisa pokok rengas ? Atau masih tercari-cari cara ubati terkena pokok rengas ?

Bahaya.... bahaya.... itu yang biasa kedengaran di halwa telinga akan cerita si pokok rengas ni...

Mari kita kenali dulu pokok rengas.



Nama Melayu : Pokok Rengas

Nama Saintifik : Gluta spp

Nama Famili : Anacardiaceae

Nama Panggilan : Chat-Si @ Kayu Hantu @ Pokok Hantu

Sunday, July 19, 2020

Tempat Menarik Di Terengganu

Sebenarnya banyak tempat tempat menarik di terengganu ni... Di Kuala Terengganu sahaja berpuluh puluh tempat menarik yang menarik jumlah pelancong asing malah pelancong luar dan dalam Terengganu pun turut tertarik dan belum terokai semua tempat menarik di Terengganu.

Negeri cantik, budaya menarik itulah Terengganu Darul Iman. Terengganu adalah salah sebuah negeri yang paling wajib dilawati di Malaysia. Kekayaannya yang kaya dengan pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan yang jernih, pantai-pantai yang berpasir halus, kaya dengan hasil laut. Hutan yang masih terpelihara flora dan faunanya. Ianya sebuah destinasi pelancongan yang cukup lengkap dengan sekali pakejnya, berbeza dengan negeri - negeri lain di Malaysia.

Bukan itu sahaja. Aneka makanan tradisional terengganu, aneka pakaian fabrik batik, sutera, yang ada di sepanjang perjalanan anda akan memberatkan kaki anda untuk melangkah keluar dari negri terengganu ini,

Memang banyak tempat menarik di Terengganu, kalau anda tak percaya di sini saya listkan tempat tempat yang menarik untuk anda kunjungi di terengganu.

Pasti ada sesuatu, pasti ada setempat, pasti ada masa untuk meluangkan tempat menarik ini di terengganu.

Ramai juga yang masih belum melawat kesemua tempat yang tersenarai.... jemput komen tempat yang menarik anda kunjungi dan yang belum tersenarai... nanti saya update list.

Wednesday, February 5, 2020

KEM MKD 2020 VOL 2

Teringin nak bawak family bercuti ?....
(RM35 sorang, muroh ke mahal bossku? )

Memang IMPIAN mok ayoh nok bowok anok2 jalan2 buat aktiviti sambil BERCUTI. Tapi kekangan bajet r pulok... So... miN nak ajak semua yang berkelapangan untuk bawak Family bercuti kat Laguna Setiu dangan kos minima RM35 dewasa, RM20 kanak2 (7 - 12 tahun) dan FREE untuk 6 tahun ke bawah...

Pakej termasuk Bot pergi balik, tapak khemah, aktiviti di sungai, crew dan kos pengurusan. Tambahan RM10 dewasa dan RM5 untuk kanak2 jika nak skali dengan BBQ (optional). Makan, Khemah dan Transport ke jeti sendirian berhad.

MKD ? Kem nape Pulok Tu ?

M = Mandi
K = Kedaroh@Makang
D = Deretuh@Tido

MKD camp adalah kem khas untuk ssape2 yang nak rileks dalam suasana rimba.

Tuesday, February 4, 2020

KEM MKD 2020 VOL 1

KEM MKD VOL 1 : HUTAN KUALA BERANG

Trip santai MKD 31 jan 2020 dan 1 feb 2020 di Kuala Berang, Terengganu

MKD ? Kem nape Pulok Tu ?

M = Mandi
K = Kedaroh@Makang
D = Deretuh@Tido

MKD camp adalah kem khas untuk ssape2 yang nak rileks dalam suasana rimba.


  • Trekking 45 minit je
  • Camsite betul2 tepi sungai, boleh mandi puas2
  • Aktiviti yang minima, makan, tido, mandi, sembang, membawang.
  • Sesuai bowok anok2,,, life jacket saiz budok disediakan
  • Line telepun xdop... jadi boleh fokus pada rehatkan badan dan minda.. layan je pale
  • Sungai Jernih, sejuk, luas dan dalam skali paras dada je... sedap r nak mandi

Kalau berminat boleh join grup wasap bawah ni

JOIN GRUP MKD VOL 1
JOIN GRUP MKD VOL 1

Kos kerugian untuk satu sesi melepaskan kerinduan masuk hutan : RM50 sahaja
(Termasuk makan ala kadar & kos crew/guide)
Budok2 RM20 je

Wednesday, December 18, 2019

Tempat Menarik dan Pelancongan Di Terengganu Mengikut Kategori


SENARAI 8 PELANCONGAN TERENGGANU MENGIKUT KATEGORI.

Negeri Terengganu Darul Iman merupakan satu negeri destinasi percutian dan pelancongan yang sering menjadi tumpuan pelancong terutamanya untuk pelancong yang sukakan aktiviti-aktiviti yang lebih dekat dengan tarikan pulau, alam semulajadi dan pantai. 



Mari kita lihat 8 destinasi pelancongan yang menjadi tarikan popular bagi pelancong yang datang ke Terengganu. 

Anda boleh terjah bersama keluarga, sahabat-sahabat , individu mahupun berkumpulan.

Kemaskini utk Visit Malaysia 2020.

Terengganu Darul Iman.

8 bukit
- bukit maras
- bukit jong
- bukit besar
- bukit keluang
- bukit bauk
- bukit harimau menangis
- bukit temiang
- bukit batu singa

Monday, December 9, 2019

Apa itu Fingo dan Kelebihan Masuk Fingo


Apa itu Fingo? 


Fingo adalah satu platform membeli-belah yang baru sama seperti Lazada, Shopee, 11street dan lain-lain lagi. 

Fokus utamanya adalah hanya menggunakan apps mobile : contohnya Play Store : Fingo

Diperkenalkan di Malaysia pada bulan Februari 2019 dan Malaysia adalah perhentian pertama sebelum ianya diperluaskan ke negara Thailand, Taiwan, Indonesia dan Singapura. 

Pembeli (Shopper) boleh memuat turun aplikasi Fingo dan menggunakan aplikasi tersebut untuk membeli-belah secara online. 

Shopper juga boleh mendapatkan harga VIP untuk membeli-belah dengan syarat shopper perlu mendaftar melalui pautan yang diberikan oleh Preferred Shopper (PS) atau dengan memasukkan kod jemputan. SILA KLIK PAUTAN INI

Shopper tidak mempunyai sebarang kelebihan untuk menambah pendapatan kecuali mereka menaiktaraf akaun kepada Preferred Shopper (PS).

Bagaimana ingin menaiktaraf kepada Preferred Shopper (PS)?

Dengan pembelian pakej hadiah bernilai RM199, anda terus layak dinaiktaraf ke Preferred Shopper (PS) dan dapat menjana keuntungan dengan setiap jualan produk di website e-commerce Fingo.

Syarikat juga akan memberikan anda kupon diskaun bernilai RM199 - RM398 untuk anda gunakan pada pembelian akan datang. 

Anda boleh menjana pendapatan sebanyak RM100 - RM300 sehari melalui platform Fingo ini dengan hanya memperkenalkan platform ini kepada rakan-rakan. 

Anda tidak perlu risau tentang deposit, stok barangan dan penghantaran produk kerana segalanya diuruskan oleh pihak syarikat. 

Apa faedah yang PS akan perolehi lagi? 

Syarikat akan memberikan pulangan tunai (Cash Back) sebanyak 10% setiap kali anda membeli barangan untuk diri sendiri atau berkongsi kepada rakan-rakan untuk menggunakan platform Fingo setiap kali mereka berbelanja. 

Anda juga boleh mempromosikan produk tersebut kepada Shopper melalui media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan Instagram.


YA - SAYA MAHU BERMULA SEKARANG

Klik LINK FINGO ni.. Daftar dengan telefon anda... Install apss dan log in..... walla.... selamat datang ke kedai online baru fingo.


Wednesday, November 6, 2019

Terengganu Drawbridge Tower Run 2019 / 2020

Terengganu Drawbridge Tower Run 2019 [ TDTR 2019 ] will be taking place on 31st December, 2019 and is open to runners aged 16 years old and above. The run is open to all public but limit to only 442 participant only. Runners will be running up the staircase of Terengganu Drawbridge, The Best New Tourism Icon 2019. The novice vs expert runners will be running 3km vs 8km and 442 steps to climb.



Organized by TI Properties Sdn. Bhd.

Event Management by Experience Terengganu

Special about the event :

Saturday, November 24, 2018

11 Cara Mendaki Berdasarkan Faktor Keupayaan Badan atau Pengalaman

Semua orang mendaki atau dengan kata mudah ber hiking ber outdoor, namun tidak semua mempunyai cara yang sama berdasarkan faktor keupayaan badan atau pengalaman.

Mungkin anda boleh cuba yang ini pula, simple tapi bukan hipster.. kan


1. Makan berat 2/3 jam sebelum mendaki, jika emergency nak makan ubat, badan dah bersedia bukan dalam situasi perut kosong

2. Warming up / personal warming up itu wajib. Basic ni semua orang perlu tau. Gunalah minyak panas or krim serta calf protector, ikut keperluan sendiri jika perlu.

3. Doa secara kumpulan untuk baraqah, tambah la doa untuk diri sendiri dan jaga adab. Nawaitu kena betul ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online