klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, March 30, 2021

Cara Ubati Terkena Pokok Rengas Dan Mitos Si Rengas Kayu Hantu

Anda biasa terkena bisa pokok rengas ? Atau masih tercari-cari cara ubati terkena pokok rengas ?

Bahaya.... bahaya.... itu yang biasa kedengaran di halwa telinga akan cerita si pokok rengas ni...

Mari kita kenali dulu pokok rengas.



Nama Melayu : Pokok Rengas

Nama Saintifik : Gluta spp

Nama Famili : Anacardiaceae

Nama Panggilan : Chat-Si @ Kayu Hantu @ Pokok Hantu

Pohon atau pokok kayu rengas ini mudah dikenali melalui kulit pada batangnya yang pecah tetapi bahagian terbuka besarnya di atas tidak seperti kulit kayu lain yang rekahan kulitnya rapat di bahagian atasnya tetapi besar bukaannya di bahagian hujung bawah. Keratan rentas batangnya menunjukkan ada tanda lingkaran hitam.

Mereka yang suka ke hutan samada untuk tujuan perkhemahan, camping, hiking, mencari akar kayu, memancing, berburu atau trip ke air terjun pasti akan bertemu dengan sepohon pokok yang lain dari bentuk di sekitarnya. Siap berhenti dan mengambil gambar bersama dengannya.

Tanpa anda sedari, anda sudah kena sergah, tahu-tahu anda dah merasai. pokok rengas ini ada yang yang jenis besar dan ada yang jenis kecil yang biasanya kedapatan di tebing sungai. Kekadang tersentuh daunnya saja sudah cukup memberi kesan gatal pada badan. 

Getah pokok ini amat bisa sekali jika terkena pada kulit. Memang sangat gatal, sakit, panas dan kulit jadi melecur. Ada jenis getah pokok rengas yang menyebabkan kulit yang terkena getahnya kelihatan seolah-olah seperti terbakar kehitaman tetapi amatlah gatal sekali malah menyakitkan. Jika digaru , ia akan melecet dan bertambah gatal lagi. Jika tangan yang menggaru itu menyentuh tempat lain pada tubuh badan maka ia seolah-olah akan mengjangkiti tempat itu pula, seterusnya apabila digaru-garu maka ianya akan menular ke seluruh badan. ia memberi kesan bintik-bintik jernih yang berair dan amat gatal sekali. Ramai orang tidak dapat menahan kesan kegatalan ini. Kadang-kadang bagi mereka yang berdarah sensitif, duduk bernaung di bawah pokoknya saja pun sudah cukup terasa gatal-gatal di seluruh badan. Tetapi ada juga yang boleh tahan dengan kesan getah pokok rengas ini.

 


Cara Ubati Terkena Pokok Rengas

1. Jangan mandi menggunakan sabun. 

Apabila kita mandi menggunakan sabun mandi, ia seperti satu wabak. Ia mengjangkiti seluruh badan menyebabkan seluruh badan mengalami kegatalan dan bila terkena muka, muka akan membengkak. jadi jawapannya yang mujarab jangan guna sabun... tak bersabunla seminggu dua untuk keselesaan mendatang. Cukup mandi dengan air sahaja.

2. Suntikan / ubat-ubatan / losyen klinik ataupun falmasi

Jika ianya berlarutan dan tak tahan baiklah ke klinik berhampiran dengan mengambil ubat-ubatan seperti ubat penahan gatal dan ubat losyen yang mudah kering jangan yang lembab seperti 'cala-my'. Jika diperlukan ambillah suntikan bagi ianya menular gatal di seluruh tubuh.

3. Tawas

Tawas ni boleh dibeli di kedai india atau cari tawas buat mandi mayat. ianya bersifat sementara jika tidak banyak yang kena. Apabila rasa gatal-gatal di sesuatu tempat dan ada bintik-bintik berair, tuangkan sedikit saja air panas dalam bekas yang mengandungi tawas, kemudian sapukan ke tempat gatal itu, biarkan ia kering sendiri. Bila sudah kering, ia akan nampak kesan putih seperti bergaram pada kawasan tersebut, ulangi lagi sehinggalah gatal-gatal itu hilang dan bintik-bintik berair itu jadi kering.

4. Pokok Binjai

Kena mengadu kat pokok binjai. Petua amalan orang kampung dulu-dulu bila terkena getah rengas, kita hendaklah pergi mengadu kat pokok binjai. maka tak semena-mena getah atau habuk rengas tidak memberi kesan atau mudarat kepada kita.

Selepas perbincangan dengan bebarapa kenalan, ada benarnya kena mengadu dengan pokok binjai, tapi caranya sedikit berbeza. getah / habuk / aura debunga pokok binjai ada khasiatnya untuk mengubati getas rengas. Ada yang ber amalan mandi di bawah pokok binjai, bawak air sendiri atau mandi hujan di bawah pokok binjai. Ada juga amalan letak takungan air di bawah pokok binjai semalaman dan mandi keesokan harinya. Biarkan air tadi mengembun dan sebati dengan aura pokok binjai. Wallahu a'lam.. Semoga dipermudahkan urusan kita jua akhirnya.

5. Minyak Kayu Kapor

Pengunaan minyak kayu kapor ini adalah sebagai ubat atau anti-rengas. Selepas mencubanya, rasa gatal semakin berkurangan dan kesan gatal yang berair itu cepat kering.

Bukan semua kawasan hutan ada pokok kayu kapor dan bukan semua pokok kapor mempunyai minyak juga bukan semua minyak yang keluar sempat ditadah. Jadi jika ada orang menjualnya, boleh beli dan simpan sebagai bahan kecemasan untuk sapuan bila terkena rengas, air atau minyak panas atau gigitan serangga.

6. Tanah

Tips daripada orang yang berpengalaman. Jika terkena getahnya, gosokkan kawasan kulit tersebut ke permukaan tanah dengan segera sehingga hilang kesan getah. Inn syaa Allah, tiada kesan melecur.

7. Minyak Wangi

Sembur tempat yang terkena rengas dengan minyak wangi (jenis spray) . sebarang jenis

8. Kulit Pokok Rhu

Pergi ke kulit pokok rhu, tarah hingga ke batangnya, bahagian yang basah antara kulit dengan batang, usap pada tempat yang terkena rengas.

9. Ajinomoto

Ambil serbuk perasa (ajinomoto)dan ditumbuk halus, sapu pada bahagian kulit yang melecur. Ini untuk menghilangkan rasa gatal dan keringkan bahagian yang melecur.

10. Bedak Sejuk

Sapukan bedak sejuk untuk mengurangkan rasa gatal.

11. Lampan

Makan isi ikan lampan sungai yang dikukus untuk menghilangkan rasa gatal.

12. Daun Pisang

Sediakan beberapa helai daun pisang untuk dijadikan alas tempat tidur bagi mengelakkan kawasan anggota terdedah yang terdapat gelembung air bisa melecet atau melekat sekiranya tidur dialas kain.


Pantang Larang terkena Pohon Rengas

1. JANGAN DIGARU PADA TEMPAT GATAL ITU.

Jika tidak tahan sangat, hanya tekankan jari (kalau boleh jangan gunakan jari) dikeliling tempat yang gatal itu. Bila berpeluh kulit akan berasa bertambah gatal.

2. JANGAN MAKAN MAKANAN BERMINYAK / KEKACANG.

Tidak boleh memakan makanan berminyak atau kekacang yang boleh membangkitkan rasa gatal.


Mitos Si Rengas Pokok Kayu Hantu

1. Ramai orang bercerita tentang orang yang tidak biasa atau pernah berhadapan pokok ini jika ia terkena bayangan pokok rengas yang terhasil dari sinaran matahari pun ia boleh mendatangkan mudarat.

2. Berada berhampiran pokok rengas juga bahaya bagi orang yang alahan.

3. Sesetengah orang percaya untuk tidak menyebut nama rengas ketika berada di dalam hutan agar tidak menimbulkan perasaan alergik atau gatal-gatal pada anggota badan.

4. Apabila sang mangsa terkena pokok rengas ketika ia berbunga, setiap kali pokok rengas berbunga, sang mangsa akan berulang kali akan merasai kesan rengas.


Cerita / Pengalaman Berkaitan Pokok Rengas

1. Di kawasan latihan tentera Kota Belud, seorang pegawai muda berbangsa India dari semenanjung, terkena racun rengas ini. Difahamkan beliau mengacau beras yang ditanak menggunakan ranting kayu dari pokok rengas. Mungkin juga kumpulannya sedang berehat di bawah pokok rengas. Badan beliau bengkak-bengkak berair dan mengalami gatal-gatal dan alahan teruk. Kemudian mangsa dimasukkan ke hospital Kota Kinabalu dan meninggal dunia beberapa hari kemudian. Dikhabarkan ibu jari mangsa tertanggal dan gugur semasa proses angkat mayat. 

2. Story dari tentera. Lalu bawah bayang pokok rengas boleh membuatkan kulit kita macam terbakar melepuh. Ada juga alahan pada kulit menyebabkan gatal atau miang bila lalu atau lepak di bawah pokok rengas. Jadi biasakan pakai baju lengan panjang jika mahu masuk hutan.

3. Seorang peserta hiking tetiba jatuh pengsan semasa dalam perjalanan menuju ke puncak. Setelah diselidiki, beliau memang melalui bawah pokok rengas dan ditubuhnya ada kesan calar balar di tubuh yang terdedah. Kemungkinan kesan dari calar balar di permukaan yang terdedah ketika melalui bawah pokok rengas boleh terkena kesan alergik yang berbisa kepada mangsa. 

4. Seorang orang asli telah terkena getah rengas berbunga. Walaupun kesudahannya baik dari rawatan penyakitnya. tetapi bila datang musim pokok rengas berbunga, kesan rengas berbunga akan timbul di permukaan yang terkena di badannya semula berulang kali setiap tibanya musim bunga. Makanya kesakitan akan ditanggung semula berulang kali.

5. Setelah 3-4 hari masuk hutan, seorang mangsa telah mendapati tubuhnya naik seperti kesan terbakar dan gatal seluruh tempat yang terkena. Dikhabari telah terkena getah pokok rengas. Tapi kesannya hanya timbul 3-4 hari. Sebelum tu tubuhnya seperti tidak bermaya keletihsan. Mangsa melumurkan sardin ketempat naiknya kesan rengas. Bila kering, kesannya merebak lagi ke lain dan gatalnya bertambah tambah.


Rengas daripada pelbagai spesies dengan kekuatan racun berbeza. Nama tambahan yang diberi pada jenis  rengas menunjukkan betapa seriusnya kesan akibat terkenanya. Disenaraikan beberapa contoh rengas beserta dengan habitat dan akibat jika terkenanya.

*Rengas Sungai / Rengas Air (nama lama ; Renghas ayer) [ Gluta Renghas @ Gluta Velutina ] - Biasa dijumpai tepian sungai atau kawasan air tawar.

*Rengas Api : Menghasilkan kesan lecur seperti terkena api pada kulit manusia

*Rengas Kerbau Jalang [ Gluta Aptera] : Mengakibatkan mangsanya menahan kesakitan sehingga menjadi seperti kerbau yang mengila. - Biasa dijumpai dalam hutan pamah rendah dan sederhana

*Rengas Ayam [ Gluta Elegans ] - Biasa dijumpai dalam hutan pamah rendah dan sederhana. Kulit berbintik halus, berdebu dan ada tompokan getah hitam memenuhi sisi kulit kebiasaannya.

*Rengas Kilat Senja : Membuatkan mangsanya merasa seperti terkena kilat apabila mengenai getahnya.

*Rengas Lanjut : Memberi masalah pada kulit yang berlanjutan

*Rengas Marah Keluang : Meninggalkan kesan seperti dicakar keluang

*Rengas Sumpah Biawak : Kulit yang terkena getah rengas ini akan menjadi kasar seperti kulit biawak.


Ini adalah serba sedikit info dari anime4nz mengenai cara ubati terkena pokok rengas dan mitos si rengas kayu hantu. Pilihan kita untuk mengguna kaedah tradisional untuk mengubati alahan terkena pokok rengas. Jika ianya tidak memberi kesan yang baik seharusnya untuk pergi mendapatkan rawatan moden dengan berjumpa doktor. Efek jika terkena resin atau bisa getah ini amat memudaratkan dan mengambil masa yang lama untuk pulih jika tidak dirawat. Bahagian kulit yang sembuh biasanya terdapat kesan lebam bewarna kehitaman mungkin mengambil masa untuk beransur pudar dan menjadi sediakala.

Semoga kita dijauhi dari terkena tapi tak semestinya kita akan terus menerus menjauhi darinya. Dengan mengatahui sifatnya maka dengan mudah kita dapat mengatasinya.... dN

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online