klik atas

backlink

gambar laju

Monday, October 4, 2021

Air Terjun Hutan Lipur Rasau Felda Kerteh 3

Air terjun hutan lipur rasau felda kerteh 3 atau disebut-sebut air terjun gua condong kerteh 3 terletak di daerah kemaman. Bila berkaitan dengan hutan lipur ianya di bawah kelolaan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu. 

Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, SILA berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah. 

Untuk perkelahan dan daytrip boleh la masuk untuk menikmati keindahan alam dan air terjun semulajadi di sini. Sebolehnya maklum kepada Pejabat Daerah akan kehadiran anda semoga tiada kejadian yang tidak diingini terjadi.

Air terjun ini memang tempat paling santai bersama kawan-kawan semasa cuti. 


Untuk perjalanan ke air terjun kena ejas dengan penduduk kampung kerana kena melalui kebun kelapa sawit penduduk setempat. bersimpang siur juga tu...kena sediakan powil 4 x 4, mountain bike, scrambler atau motor yang diubahsuai untuk kegunaan lasak la. Tapi bagi penduduk kampung, motor biasa dah boleh pun melalui perjalanan ini. kalau x, kena biasakan diri naik jentera / traktor / lori kelapa sawit la.


Dulu-dulu pernah pernah krew2 berkampung dan buat abseiling di air terjun gua condong ni. memang best in action ah. agak-agaknya siapa mahu cuba ?? boleh try try usha page EXPERIENCE TERENGGANU jika ada info terkini.. 




Tak perlu anime4nz wawarkan lagi kelebihan air terjun di sini. Biarlah pengunjung yang menghargainya sahaja merasai sendiri keunikannya. Bonus bagi kaki mengail, bolehla cuba-cuba untuk mengail di kaki ladang kelapa sawit. Airnya memang sesuai buat ikan baung berkampung di sana. Memang rezeki buat penduduk setempat.


TAPI BERINGATLAH ! ! !. Jagalah hutan dan sungai kita. jagalah keindahan tanpa dicemari sampah sarap yang boleh merosakkan ekosistem alam semula jadi. APA YANG KITA BAWA MASUK, BAWALAH IA KELUAR SEMULA. terutama barangan yang tidak dapat terurai secara semula jadi.

Semoga ianya kekal tempat terpelihara dan dilindungi daripada tangan-tangan manusia yang suka merosakkan keindahan alam semulajadi. dN

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online