klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, June 15, 2023

Ladang Limau Langkap Madu Di Kebun Limau Cameron Highlands, Pahang, Malaysia

Bahagia dan Gembira boleh dicari bila-bila masa asal kita ikhtiar untuk mencapainya dengan bersungguh-sungguh. Ikut cara kita.

Korang pernah dengar tak di cameron highlands ada kebun limau ? Ingatkan di Cameron ada strawberry ja.. buah lain tu banyak import masuk cameron.... rupanya tak.... ADA... memang wujud. Siap ladang limau guyss... serius.... teruja bila dapat tahu ni.... terus kitaorang rancang satu trip untuk teroka ladang limau langkap madu di Cameron Highlands, Pahang.

Bermulanya perjalanan ke Kebun Azam's Orange Farm Campsite di Cameron Highlands pagi hari. Dari Terengganu melalui jalan Aring. Perjalanan cuN, Cuaca pun cuN. Santai-santai lah katakan. Saya pergi satu family.. Masing2 berpecah tak bergerak sekali.. Cuma berjanji akan berjumpa di meeting point sebelah petang di Cameron Highlands, Pahang.

Jalan Aring ni adalah laluan alternatif dan laluan terpantas untuk ke Gua Musang.. Kenyir - Aring - Gua Musang. Tapi jalan nya tidaklah seelok dan sesempurna kerana ianya banyak lopak-lopak dan berlubang. Banyak digunakan oleh lori-lori dan jentera berat. Ramai yang fobia untuk lalu jalan ni, terutama waktu malam. Untuk perjalanan kali ini kami memilih jalan ini dengan risiko dan tawakal kepada Allah Yang Maha Esa.

Sebelum sampai di Meeting Points, dang lagi cuci mata beli barangan dapur sayur-sayuran segar di Kea Farm, Cameron Highlands, Pahang. Rancang perjalanan anda dengan betul di Cameron Highlands. Banyak kenderaan keluar masuk masa cuti sekolah atau hari minggu. Pukul 5pm baru dapat berkumpul di meeting point. 


Perjalanan ke point kedua, kena sedikit hati-hati kerana kerap berselisih dengan kereta dalam seinci dua jah. Tapi yang rare nya. Kereta Exora saya tak lepas naik bukit tinggi untuk ke tempat parking di atas. 3 X percubaan. Last ambil keputusan turun parking di bawah ja. Angkut semua barangan dengan pacuan 4 X 4 ke Drop Bag.

Dari Drop Bag ke camsite hanya 100 meter. Jadi kena angkut segala barangan yang dibawa sendiri. Pandai-pandailah jika bawa penuh serumah tu. Tapak khemah dah tersedia. Khemah dah dibawa dari rumah. Petang beransur malam beserta hujan menyambut kedatangan kami. Kami setup 2 khemah untuk berteduh 2 malam. Penat siapkan khemah terubat dengan masakan kuehteow sup sayur cameron segar panas-panas.

Malam yang panjang. Dengan suhu mencecah 14 C. Tidur terasa amat panjang. Kesejukan memang terasa sepanjang malam tu. Dengan setup seadanya... tak boleh buat sebaiknya dalam hujan. Tidurlah buat sementara. Menunggu esok menjelma, mengharapkan ada kehangatan tersisa.

Pagi yang ceria. Alhamdulillah. Hilang kesejukan sementara. Cerah mata melihat pemandangan di depan mata. Dikelilingi oleh pokok limau. Hanya menunggu untuk dipetik sahaja.


So pagi nie seharian boleh petik dan makan limau guys... boleh pilih yang mana manis, rasa masam-masam limau, tak rasa limau pun ada. Boleh perah buat jus limau. perut pun cerah berlimau. hihi. so aktiviti hari kedua. siapkan khemah sebaiknya. pergi meninjau ke dalam kebun / ladang limau langkap / madu. tengahari masak. petang jalan-jalan ke kebun sayur. malam berBBQ dan menikmati suasana malam di Cameron Highlands. Tidur di malam kedua dah tak sesejuk malam pertama. tapi masih terasa....


Hari ketiga menjelma.. cuaca pun cerah. Kemas khemah untuk balik dah. Tunggu owner camsite datang bawa masuk ke dalam ladang limau langkap. Boleh pilih limau fresh lagi, ini untuk dibawa pulang dalam 30kilo semuanya. 

Dalam pencarian buah limau tu.. Rupanya masih ada lagi pokok yang ditanam daam kebun limau ni.. Salah satunya adalah ubi yacon. Ubi yang memang jarang dan tiada di tanam di Malaysia secara komersial lagi. Tapi yang spesialnya ubi ni boleh dimakan begitu saja... hihi. Selepas siap memilih buah, kami turun ke parking kereta. Singgah di kebun teh sambil bergambar kenangan dan sempat juga berhenti di Tringkap, Brinchang, Cameron Highlands sebelum perjalanan balik ke Terengganu.


Seronok, Teruja, Puas Hati. Layanan Tuan Tanah terbaik.  Boleh repeat lagi next trip. tapi mesti kena tunggu turn yang bagus. Hanya dibuka pada hujung minggu sahaja. Nak kena pastikan musim limau tengah masak kuning baru ngam. 

Rule ya mudah ja masa kami redah masuk kebun limau di cameron highlands ni. Limau boleh dipetik sebanyak mana pun, boleh makan di ladang limau.. tapi jika bawa pulang kena bayar ikut per KG.. HA..... Camna okay tak? Harga dia kira masih lagi murah dari pasaran.. dan yang penting ianya FRESH dari ladang limau Cameron Highlands, Pahang.

Rasailah pengalaman berbeza bila ke Cameron Highlands. Ini adalah sisi tersembunyi di Cameron Highlands. Memang ramai yang tidak tahu kewujudannya. Inilah keseronakan bercuti bersama keluarga Experience Terengganu. N

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online