klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, December 12, 2023

Pawagam Patuh Syariah Pertama Malaysia Berwajah Baru Kini di LFS Cinemas Kuala Terengganu

 Bermula pada 9 Disember 2023, Pawagam  Lotus Five Star atau lebih dikenali sebagai LFS Kuala Terengganu kini memperkenalkan wajah barunya kepada orang ramai dengan menaik taraf fasiliti yang akan memberi kualiti perkhidmatan terbaik dan juga dengan beberapa penambahan baharu.


Menurut Pengurus Besar Lotus Five Star Cinemas, Dr Sai Suthan, LFS Cinemas Kuala Terengganu, Malaysia kini diberikan nafas baharu sesuai dengan budaya negeri Terengganu. LFS Kuala Terengganu kini menjadi hab industri hiburan utama di ibu negeri Warisan Pesisir Air, pawagam patuh syariah yang pertama di Malaysia. Beliau berharap dengan penaiktarafan beberapa fasiliti ini, penonton akan mendapat keselesaan seperti menonton filem di rumah sendiri.

Tampil dengan Dewan 'RIA' / (RIA Hall) yang merupakan dewan pawagam mesra kanak-kanak TERBESAR di Malaysia dengan menawarkan 135 aneka pilihan tempat duduk individu, keluarga mahupun khas untuk kanak-kanak. LFS Kuala Terengganu menawarkan pengalaman menonton yang berlainan dari pawagam-pawagam sedia ada di negeri Terengganu mahupun negeri2 lain.. Penonton pasti kagum dengan dewan baharu ini yang bertemakan elemen Terengganu seperti penyu (3D mocked up turtles) dan ruang itu kini dilengkapkan dengan alat-alat permainan dan gelongsor terowong khas untuk kanak-kanak yang ingin bermain dalam suasana yang menyeronokkan. Dewan Ria ini juga akan disertakan dengan "MARSHAL" yang akan memantau tingkahlaku kanak-kanak. Ibubapa kini boleh menonton wayang dengan tenang tanpa merisaukan anak-anak mereka.



Kawasan lapang di luar dewan RIA boleh dijadikan ruang menunggu dan kawasan ini telah dinaik taraf dengan panel abacus dan gelongsor kanak-kanak, set khemah mainan dan aktiviti memanjat kanak-kanak. Ianya pasti akan menjadi pilihan yang tepat untuk menghabiskan masa bersama anak-anak.

Selain dari Dewan RIA, LFS KT turut tampil dengan dewan berkonsepkan VIP pertama di Pantai Timur. Penonton akan dapat merasai keselesaan yang maksimum sepanjang menonton filem di dewan ini yang diberi nama Dewan PERDANA. Dewan Perdana ini direka bentuk secara eksklusif untuk acara eksklusif dan tayangan filem perdana. Tandas berasingan turut disediakan untuk dewan ini disamping terdapat pilihan kerusi boleh laras untuk penonton berehat sambil menonton filem kegemaran.

Lounge Dolby Atmos telah mendapat suntikan rupa baharu. Ruang menunggu pelanggan dan VIP dihias dengan poster filem Melayu klasik serta dihias dengan lampu ambient yang mencerminkan atmosfera klassik. Bahagian ini diklasifikasikan sebagai tanda penghormatan kepada industri perfileman Malaysia yang akan membangkitkan rasa nostalgia kepada penonton filem.

LFS KT turut menawarkan pelbagai pilihan makanan menerusi kafe terbarunya yag diberi nama Cafe Kuih Movieh. Sekiranya pengunjung ingin menukar selera daripada bertih jagung dan makan ringan, maka penonton boleh membuat pilihan sendiri di kafe Kuih Movieh ini.

Bagi penonton yang risau gajet kehabisan bateri, usah risau kerana LFS ada menyediakan ruangan khas pengecasan gajet di ketiga-tiga aras dan juga penaiktarafan ruangan mesra bayi khas untuk para ibubapa menguruskan anak kecil mereka.

Naik taraf yang mencecah kos jutan ringgit ini adalah tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi keselesaan kepada penonton sepanjang sesi tontonan filem di premis ini.

Segala kelengkapan baharu ini telah boleh diakses oleh penonton dan pembelian tiket untuk dewan baharu boleh dibuat menerusi aplikasi LFS Cinemas serta di kiosk kiosk premis LFS Cinemas Kuala Terengganu, Paya Bunga Sentral, Terengganu, Malaysia.

AAA Jom Sek Kite Tengok wayang di pawagam patuh syariah pertama di malaysia. Hanya di Kuala Terengganu, Terengganu. Nanti Negeri lain follow neh...  #Anime4NZ

#LFSKualaTerengganu #JomLFS #EnjoySokmo #LFSCINEMAS #LFSCINEMASMY 

#ExperienceTerengganu #AmazingTerengganu #TranungKini


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online