klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, August 28, 2012

cara jimat minyak

Di sini anime4nz akan memberikan 30 cara praktikal secara ringkas dan padat  tips / cara untuk menjimatkan minyak petrol kenderaan anda dengan mudah. Kita boleh jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai pelbagai bahagian teknikal kereta yang sememangnya berkaitrapat antara satu sama lain.

Ramai orang sanggup membelanjakan ratusan ringgit memasang alat jimat minyak bagi mengurangkan kos perbelanjaan. Bagaimanapun, tidak semua alat itu berfungsi dengan baik kerana ada yang hanya memberikan prestasi minimum.
Kini, banyak pengeluar menggunakan pemancit bahan api, bukannya karburator. Pemancit bahan api kini dikawal komputer bagi memastikan penggunaan minyak paling minimum tapi memberikan prestasi tertinggi.

Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.


CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi / malam atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja.
Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan
membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.
Sains 1 : Tahap kepekatan petrol dalam tangki minyak stesen petrol meningkat di waktu pagi / suhu sejuk.
Sains 2 : Jumlah kuantiti liter adalah sama tapi jumlah jirim petrol bertambah pada waktu pagi menyebabkan kandungan tenaga dalam petrol bertambah.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

CARA #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke
dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas yang akan membazirkan minyak anda.

CARA #3
Semasa isi minyak tu, biar arah berlawanan. Kalau tank belah kiri, park kereta biar tempat minyak tu belah kanan.. so that bila isi, tali gelung tu straight je.. Minyak maksimum Kita dapat..
Kalau tak, minyak akan berkumpul sikit kat dalam gelung tu..cuba lah
(cuba-cubalah angkat dan straight kan tali gelung minyak yang berjuntai tuu kalu dah kita parking elok je sama sisi tank n tangki - isi sendiri kan - boleh nampak minyak meleleh keluar lagi hujung  pam)

CARA #4
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih
optimum.
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda “E” baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis. 

CARA #5
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan
berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan. 

CARA #6
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.
Tekanan tayar yang rendah mempengaruhi penggunaan minyak kerana ia mewujudkan daya seretan lebih besar menyebabkan enjin terpaksa membakar lebih banyak petrol bagi menghasilkan tenaga untuk menggerakkan kereta.
Pastikan tekanan tayar anda berada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
Tayar yang tidak cukup tekanan sebanyak 2PSI, akan menyebabkan penggunaan minyak berlebihan sebanyak 1%).
Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

CARA #7
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
Penalaan enjin yang sempurna dapat mengurangkan penggunaan petrol dan membantu enjin mudah dihidupkan. Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol (tukar 40 000 km sekali).
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol jika perlu. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat.
Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu. 

CARA #8
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman).
Sains 1 :
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak
Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j
(15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Sains 2 :
Memandu 80 kilometer sejam (km/j) dengan gear kelima (putaran enjin 2,500 pusingan seminit) menggunakan kurang petrol berbanding 40 km/j dengan gear ketiga (putaran enjin juga 2,500 pusingan seminit)
Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.
Jika boleh bawa had laju di bawah par cc...... baru cun.

CARA #9
Jika kereta tidak bergerak atau berhenti, matikan enjin walaupun beberapa minit terutama ketika singgah di kedai atau sekadar menunggu seseorang.
Matikan enjin ketika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak.
Enjin yang pegun boleh menggunakan sehingga satu liter petrol setiap 10 minit.

CARA #10
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Bagi gear manual, amalkan menggunakan gear yang sesuai dengan kelajuan enjin. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak mengakibatkan kehilangan lebih 45% minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
Gunakan “auto cruise” jika kenderaan anda mempunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahan api secara minima.
Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.

CARA #11
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur.
Elakkan brek mengejut. Bawalah kereta dengan pemanduan yang lancar.
Tindakan memperlahankan atau memberhentikan kereta secara tiba-tiba menyebabkan penggunaan minyak meningkat kerana tidak seimbang dengan kelajuan kenderaan.
Jika memandu terlalu laju di lebuh raya dan ingin memperlahankan kenderaan, jangan tekan brek, sebaliknya lepaskan pedal minyak hingga mencapai kelajuan yang dikehendaki. Barulah kita dapat faedahnya : )

CARA #12
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh.
Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.
Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat multi task kerja anda, iaitu dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dengan pelbagai kerja.
Misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan.
So.. hujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi.. minyak pun save...

CARA #13
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40
peratus. Kalau dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.

CARA #14
Tak perlu pasang aircond kereta kalau cuaca dah sejuk, atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
Tutup suis A/C dan gunakan “blower” tanpa pendingin udara.
Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk.
Awas!! jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapai ke dalam dengan mudah. 

CARA #15
Tok sah merempit cilok sana sini. Kalau boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan
berhemah. kalau nak jimat kenalah bawa bersederhana tak yah laju-laju, yang penting rileks
dan steady saja.. Kalau nak racing gi masuk Sepang Circuit... Sah pakai minyak yang paling maksimum.

CARA #16
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta bagi mengurangkan rintangan angin. Jika tidak, kereta anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

CARA #17
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. Kalau KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan
utama sibuk. Sebab bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalau boleh guna kereta manual bagi mereka yang nak jimatlah.. Kalau auto ni memang makan minyak daripada manual.
Pilih waktu sedang sejuk untuk bergerak, kerana di waktu panas, petrol mudah meruap dan menambahkan penggunaan minyak kereta.

CARA #18
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis.
Tukar minyak pelincir mengikut jadual - selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan.
Gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin.
5,000 km (3 bulan) / 10,000 km (6 bulan) - yang mana terdahulu.
Bab ini kena tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.

CARA #19
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.
Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.
Pandu terus sebaik enjin dihidupkan tapi pada kelajuan rendah kerana langkah itu membolehkan enjin lebih cepat panas dan pergerakan minyak enjin lebih baik.

CARA #20
Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.

CARA #21
Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.
Gunakan highway dari jalan yang mempunyai selekoh. Anda secara automatik akan memperlahankan kenderaan jika menghampiri selekoh, sekaligus gear akan terturun secara automatik. Ini menyebabkan tork akan berlebihan pengunaannya, sekaligus menambahkan pengunaan minyak anda.

CARA #22
Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.

CARA #23
Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.

CARA #24
Gunakan tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound
(Grip tinggi rintangan kurang).

CARA #25
Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.

CARA #26
Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.

CARA #27
Tidak menekan minyak dengan banyak dan secara tiba-tiba sewaktu berlepas dari keadaan henti. Mulakan dengan 2000rpm kitaran enjin dan sedikit-demi sedikit maintain 2500rpm.
Hadkan kelajuan enjin 2000rpm - 3000rpm di highway ( capai 80kmh @ 2000rpm di highway dah OK!)

CARA #28
Jangan cuba memecut apabila mendapati kelajuan semakin menurun ketika mendaki bukit.
Walaupun menuruni bukit pada gear neutral menjimatkan minyak, ia boleh menyebabkan kereta terlalu laju serta brek menjadi panas.

CARA #29
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.
Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ memana jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit.
Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter.
Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV installer yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang boleh dipercayai di forum AutoWorld.

CARA #30
Tip anime4nz yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive income anda... bersama Keluarga Avail :-)
Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable, maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang sekiranya harga petrol naik lagi.
Lagipun dalam hadis Nabi ada menyatakan 9/10 punca rezeki itu datangnya dari perniagaan.
Sepatutnya kita praktikkan sunnah ini yang mana hikmahnya besar. Jom berniaga bersama Keluarga Avail.

Kesimpulannya ;
Berbalik pada asas pemanduan berhemah.... Semakin kuat pedal minyak ditekan, semakin pantas enjin bekerja menyebabkan kereta bergerak laju, sekali gus penggunaan minyak bertambah.
Kurangkan Laju : Pandu Berhemah dan tidak melebihi had laju bagi mengurangkan penggunaan minyak dan mengelakkan kemalangan.
Diharap tip penjagaan kereta ini senang untuk dipraktikkan para blogger anime4nz sekalian.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama