klik atas

backlink

gambar laju

Monday, October 22, 2012

Pelumba Negara gegar litar sepang, Malaysia (Zulfahmi Khairuddin & Hafizh Shahrin)

SEPANG, (D5) - Dua penunggang negara melakar sejarah tersendiri dalam sukan permotoran negara yang menyaksikan Zulfahmi Khairuddin menamatkan perlumbaan Moto3 ditempat kedua sementara Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan Moto2 ditempat keempat di Grand Prix Malaysia di Litar Sepang hari ini.

Zulfahmi daripada pasukan AirAsia-SIC-Ajo meraih petak depan terus konsisten menampilkan tunggangan kemas dengan catatan 40 minit 54.115 saat.

Dia menyerah kedudukan di hadapan kepada Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo pada saat-saat akhir yang menyaksikan penunggang Jerman, Jonas Folger of Mapfre Aspar ditempat ketiga.
"Ia merupakan strategi pasukan kami untuk tidak mendahului perlumbaan sejak dari mula. Saya hanya mengekori Jonas (Folger) sehingga separuh perlumbaan. Apabila hujan mula turun, saya katakan kepada diri sendiri ini, ini detik saya untuk melakukannya dan merampas tempat sendiri.

"Ia merupakan cabaran sengit daripada Sandro pada beberapa pusingan terakhir. Ini perlumbaan yang hebat dan saya tidak percaya saya berjaya menaiki podium (untuk kali pertama)," katanya.

Selepas 16 perlumbaan, Zulfahmi berada di tempat ketujuh dengan 112 mata dan perlumbaan seterusnya akan berlangsung di Philip Island, Australia minggu depan.
Hafizh Syahrin yang berlumba secara wild card turut menampilkan kejutan dengan meraih tempat keempat di atas jalan licin dengan merekodkan masa 37 minit 00.734 saat. Perlumbaan Moto2 itu terpaksa dihentikan pada pusingan ke-15 daripada 19 ekoran hujan lebat.

Dalam kategori itu, penunggang pasukan NGM Mobile Forward Racing, Alex De Angelis dari negara San Marino Republic.

Menurutnya, kejayaan Zulfahmi yang beraksi terlebih dahulu menjadi pendorong kepadanya untuk berjaya.

"Tiada sebab untuk saya mengalah. Saya juga suka berlumba dalam cuaca hujan," ujarnya yang memulakan perlumbaan di petak 27.

Tempat kedua diraih Anthony West yang menunggang untuk QMMF Racing Team manakala penunggang dari Great Britain, Gino Rea di tempat ketiga.

Dani Pedrosa mengungguli perlumbaan Grand Prix Malaysia setelah masa 29 minit 29.049 saat, lebih pantas 3.774 saat daripada pencabar terdekat, Jorge Lorenzo dari Yamaha Factory Racing yang juga merupakan pendahulu gelaran dunia.

Rakan sepasukan Pedrosa, Casey Stoner pula ditempat ketiga dengan 29'36.193 saat.

Kemenangan di Litar Sepang itu membolehkan Pedrosa untuk terus memberi tekanan kepada Lorenzo.

Anime4nz : Kejayaan mencipta sejarah, takluki podium tingkatkan potensi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online