klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 9, 2012

6 Syor PRU-13 Tak Dapat Dilaksana

KUALA LUMPUR  - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan agensi-agensi kerajaan tidak dapat melaksanakan enam daripada 32 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini kerana enam syor itu melibatkan hal ehwal perundangan dasar dan kos kewangan yang besar namun tidak bererti keenam-enam perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan pada masa depan.

‘‘"SPR telah memaklumkan bahawa sebahagian syor tersebut sememangnya diberi perhatian dan tindakan wajar telah dan sedang dilakukan untuk merealisasikannya," katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong) yang meminta kerajaan menyatakan tindakan diambil berkaitan cadangan dalam laporan jawatankuasa itu.


Berhubung syor pengukuhan SPR, Mohamed Nazri berkata, suruhanjaya itu bersetuju agar kuasa dan kebebasan mutlak SPR diperuntukkan dalam undang-undang kerana penubuhan badan itu berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kata beliau, contohnya, perkara 114 Perlembagaan menyebut bahawa keanggotaan suruhanjaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja serta seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima anggota lain.
‘‘
Secara dasarnya SPR merupakan institusi di bawah Yang di-Pertuan Agong yang bertanggungjawab untuk memelihara, mengawasi dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini menerusi sistem pilihan raya yang adil, bebas dan saksama," katanya.

Antara syor yang akan dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang termasuk:-

  • Mengadakan peruntukan undang-undang bagi dakwat kekal semasa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
  • Mengadakan peruntukan undang-undang bagi orang yang dipercayai oleh orang kurang upaya (OKU) membantunya dalam urusan pengundian.
  • Mengadakan peruntukan undang-undang bagi menjalankan pengundian awal.
  • Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas media.
  • Melaksanakan urusan pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan selama 14 hari dan mengadakan peruntukkan undang-undang menaikkan daripada 10 orang kepada 20 orang bagi orang kena bantah (OKB) untuk setiap pembantah.
  • Memansuhkan proses bantahan pada hari penamaan calon dan tempoh penarikan balik pencalonan.

Anime4nz : Undang-undang Diadili Pemangkahan Haruslah Diyakini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online