Lama kelamaan, seolah-olah wujud kebergantungan bagi manusia terhadap teknologi ini kerana hampir apa saja urusan pada hari ini boleh dilakukan menerusinya.
Kemudahan laman sosial sering dikatakan penyebab mengapa manusia zaman sekarang kurang bermasyarakat kerana sibuk meneroka satu juta macam perkara yang terdapat di dalamnya.
Facebook antara laman sosial yang paling tinggi penggunaannya di negara ini, malah dikatakan Malaysia antara tujuh negara dengan jumlah pendaftaran akaun tertinggi di dunia.
Pada zaman moden serba canggih yang kita lalui sekarang, anda akan menyaksikan ruang peribadi sudah terbuka.
Kalau tidak percaya, anda taip sendiri nama anda di laman pencari Google, Yahoo! atau Bing yang menghasilkan jutaan keputusan.
Meskipun ia mungkin tidak relevan, anda akan mendapati nama anda mungkin terpampang pada carian pada muka surat 1,000,0012 dalam Google Search.
Sebenarnya, terdapat beberapa kesilapan ketika mengendalikan laman facebook kita sehingga mendedahkan maklumat peribadi yang sensitif atau menggugat kehidupan seharian. Antaranya:
- Kata laluan lemah
Ada baiknya kalau kata laluan ditukar secara kerap. Lebih baik jika pengguna sendiri memilih untuk campuran huruf, nombor dan simbol serta tidak menggunakan perkataan sebenar.
Maksud perkataan sebenar misalnya ‘kereta’ tetapi lebih baik kalau perkataan itu langsung tidak terdapat dalam kamus.
Tahukah anda syarikat keselamatan online, ESET mendedahkan kata laluan yang kerap digunakan pengguna di dunia adalah:
1. password
2. 123456
3. 12345678
4. 1234
5. qwerty
6. 12345
7. dragon
8. pussy
9. baseball
10. football
11. letmein
12. monkey
13. 696969
14. abc123
15. mustang
16. michael
17. shadow
18. master
19. jennifer
20. 111111
21. 2000
22. jordan
23. superman
24. harley
25. 1234567
Jadi, adakah anda salah seorang daripada mereka? Kata laluan yang anda gunakan untuk laman sosial facebook tidak seharusnya digunakan untuk mana-mana akses ke akaun lain seperti e-mel atau mesin ATM.
- Suka dedahkan maklumat peribadi yang penting
Maklumat peribadi yang dimaksudkan mungkin nombor telefon, e-mel kerja dan nombor akaun bank anda.
Walaupun ada menu ‘Info’ dalam laman web sosial, tidak bermakna anda perlu mengisinya dengan lengkap seperti nombor telefon dan e-mel.
Lebih baik kalau ‘hilangkannya’ daripada dilihat umum yang membahayakan di samping jangan merancang untuk bertemu rakan kurang atau tidak dikenali di status ‘Wall’ anda.
- Satu e-mel untuk facebook dan kerja
Kebanyakan pengguna akan mendaftar akaun facebook mereka menggunakan alamat e-mel seharian mereka.
Lebih malang kalau anda gunakan e-mel sama ketika mengisi ‘resume’ anda, e-mel sama untuk kerja, e-mel sama untuk mendaftar ke akaun lain dan sebagainya.
Jika anda lakukan demikian, mana-mana individu dengan mudah boleh menaip alamat e-mel anda dan mencarinya di Google untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai akaun facebook.
Ia sekali gus memberi peluang kepada orang tidak dikenali mengetahui mengenai diri anda dengan mudah yang hanya dilakukan melalui satu klik.
Kalau boleh, gunakan satu alamat e-mel hanya untuk facebook.
- Anda abaikan fungsi ‘Facebook Security Alerts’
Kesilapan biasa pengguna lakukan ialah mengabaikan tetapan tertentu yang dianggap rumit walaupun sebenarnya ia penting bagi memelihara tahap keselamatan akaun anda.
Tetapan mudah yang disediakan facebook termasuk membolehkan pengguna menetapkan butang keselamatan khas untuk memaklumkan kepada anda melalui e-mel atau telefon bimbit jika ada cubaan mendaftar masuk ke akaun yang meragukan.
Baiklah, kalau ini berlaku, lebih baik anda tukar kata laluan anda dengan pantas serta memeriksa halaman profil anda untuk melihat jika terdapat apa-apa aktiviti yang luar biasa.
- Anda abaikan ikon ‘Privacy’ facebook
Menukar tetapan Privacy terbabit perlu menjadi keutamaan setiap kali anda membuka laman facebook anda, malah jadikan ia aktiviti pertama sebaik menekan butang ‘Enter’.
Tetapan terbabit membolehkan anda mempunyai beberapa kawalan umum untuk akses kepada maklumat anda.
Menerusinya, anda boleh memilih untuk tetapan umum tetapi lebih baik kalau mengambil masa kira-kira 15 minit bagi mendalami atau melakukan aktiviti ‘customize’ pada tetapan privasi yang sesuai dengan anda.
Sebenarnya, anda boleh menetapkan facebook anda menjadi laman yang hanya dilihat individu tertentu saja.
Jika anda membiarkan akaun anda pada tetapan umum dan seterusnya rakan anda ‘likes’ kepada apa jua yang dilakukan pada status atau gambar anda, maklumat yang dikongsi akan keluar pula pada suapan berita rakan facebook.
Natijahnya, status atau gambar yang anda hanya mahu kongsikan bersama keluarga dan rakan anda kini dikongsi dengan orang yang tidak dikenali!
- Selalu ‘Check In’ pada facebook
Anda mungkin tidak mahu mendedahkan alamat anda atau apa yang anda lakukan untuk tontonan orang lain.
Contohnya begini, anda membuat Check In dalam facebook disusuli dengan status berbunyi ‘Keseorangan di pejabat, bosan betul!’
Sememangnya ia satu kesilapan yang besar malah boleh membahayakan nyawa anda jika tidak berhati-hati.
- Dedah album foto untuk semua
Ramai di kalangan pengguna facebook yang beranggapan menukar status menjadi kepentingan ketika menggunakan facebook tetapi melupakan soal pindah turun foto.
Pada hakikatnya, anda boleh memilih untuk hanya membenarkan keluarga untuk menonton gambar keluarga dan hanya rakan sekerja untuk melihat gambar berkaitan kerja.
Terdapat ibu bapa yang memasukkan foto anak mereka dengan sejumlah yang besar.
Tahukah anda, mengikut kajian, golongan pedofil menggemari foto kanak-kanak berusia dua tahun dan menjadikan facebook sebagai platform mencari mangsa?
Lebih baik jika anda tidak terlalu memindah turun foto yang menggambarkan kehidupan secara langsung misalnya lokasi sekolah atau tempat kerja sehingga menampakkan lokasinya dengan jelas.
Ia dikhuatiri mendedahkan maklumat yang banyak berkaitan diri anda.
- Gemar ‘Like’ pada apa jua ‘Page’
Sejak menggunakan facebook pada awal kemunculannya, facebook sudah mengumumkan pelbagai fungsi menarik termasuk pembangunan aplikasi lain yang dimuatkan bersama laman terbabit.
Anda boleh bayangkan beratus-ratus aplikasi pihak ketiga yang sebenarnya mengakses maklumat peribadi.
Lebih baik anda mengambil sikap berhati-hati memandangkan satu aplikasi saja sudah cukup mendedahkan maklumat peribadi kepada umum, jadi kurangkan untuk bersetuju menerima sebarang aplikasi sewenang-wenangnya.
Ada sebab yang jelas mengenainya? Contoh di bawah mungkin terbaik:
Terdapat agensi berita melaporkan penyangak siber membangunkan Page facebook palsu seakan-akan laman yang memaparkan tajuk ‘Cara Menjadi Ibu Bapa Yang Baik’.
Di sebalik Page terbabit, ia laman palsu dimiliki pedofil yang mencari mangsa dengan mengakses foto pengguna.
Jika anda Like Page terbabit, mereka akan mempunyai akses kepada gambar anak anda.
Sebelum laporan polis dilakukan ibu bapa, laman terbabit dikatakan sudah diberikan Likes sehingga 10,000.
- Taip apa saja dalam status
Adakah salah untuk menaip apa saja dalam facebook? Ada yang berkata, “Eh, facebook aku, suka hati akulah!”
Jawapannya tidak salah tetapi kalau ia mendedahkan peribadi anda, mungkin akan memberikan pandangan yang salah kepada orang lain.
Jika anda sedang mencari pekerjaan, ada kemungkinan majikan yang bakal mengambil anda bekerja meninjau dulu facebook anda bagi mengetahui cara hidup atau tabiat anda.
Kalaulah aktiviti status anda mengutuk atau berstatus begini, ‘malas betul kerja hari ini’, apakah pandangan pertama mereka?
- Dedahkan keluarga
Anda ‘Tag’ keluarga anda dalam facebook tanpa meminta izin terlebih dahulu daripada mereka.
Ada sesetengah individu yang tidak mahu terlalu menonjol dalam dunia maya.
Oleh itu lebih baik kalau kita boleh hormat permintaan mereka.
Anime4nz : Manusia Kurang Bermasyarakat ; Pengguna laman sosial jarang bergaul dengan orang sekeliling kerana asyik di depan telefon pintar atau komputer peribadi.
No comments:
Post a Comment