klik atas

backlink

gambar laju

Monday, October 22, 2012

10 Cara Menerapkan Nilai Aqidah Pada Anak

Ramai ibu bapa berlumba-lumba untuk mengajar anak-anak yang masih bayi pelbagai kemahiran sejak dari awal kelahiran. Kemahiran cepat membaca, mengeja, mengira, menghafaz. Juga pelbagai cara lagi untuk menstimulasi otak bayi dengan berbagai-bagai jenis permainan dan alat bantu mengajar.

Kesedaran kepentingan pendidikan awal di kalangan ibu bapa sejak anak-anak masih bayi telah menjadi fenomena baru. Namun, bagaimana pula tentang penerapan nilai akidah kepada anak kecil itu? Adakah ibu bapa hanya mementingkan anak mereka dipupuk nilai dan kemahiran dunia yang pelbagai tapi meninggalkan perkara pokok dan asas kehidupan sebagai seorang muslim??

Penerapan nilai akidah boleh dilakukan sejak bayi masih kecil, malah semenjak bayi lahir.
Bagaimana cara untuk melakukannya?

Di sini anime4nz kongsikan 10 cara yang boleh diamalkan bersama:


1- Mengajar menyebut perkataan Allah.
 – Ibu bapa selalu cuba untuk mengajar bayi menyebut namanya, sebutan ibu/ayah/mama/papa dll.. Jadi ajarkan juga bayi sebutan ‘ALLAH’. Terangkan dengan mudah siapa Allah.. “Allah tuhan kita.. Allah cipta Reem.. Allah cipta ibu ayah”

2- Allah yang mencipta.
 – Setiap kali proses memandikan bayi, apabila mahu dibuka atau dipakaikan pakaian, sambil mengajar sebutan bahagian badan seperti mata, hidung dll, ajarkan juga “siapa yang cipta mata?? – Allah..”, ‘Siapa yang cipta hidung?? – Allah”, “Siapa cipta ibu dan ayah? – Allah”

3- Solat bersama-sama bayi. 
– Beritahu bayi telah masuk waktu solat dan solat apa yang kita akan lakukan serta ajak bayi solat bersama. “Jom solat bersama ibu. Ibu nak Solat Zohor.. Allah marah kalau ibu tak solat zohor”. Dan biarkan bayi berada di sekeliling kita semasa kita bersolat.

4- Melakukan ibadah lain seperti membaca Al-quran & berzikir bersama bayi.
 – Apabila kita ingin membaca al-quran atau berzikir, riba bayi bersama. Tunjukkan kepada bayi Al-quran, tasbih dan sebagainya.. dan terangkan apa yang kita lakukan kepada bayi.. “Ibu sedang baca Al-quran. Allah sayang siapa yang baca Al-quran”.

5- Ambil peluang semasa menyusu.
 – Masa menyusu adalah masa yang ‘privacy’ antara kita dan bayi. Bercakap-cakap dengan bayi tentang nikmat yang Allah beri.. “Allah yang bagi susu untuk Reem minum.. sedapkan susu? Dan jangan lupa ajar bayi untuk ucapkan alhamdulillah, terima kasih Allah selepas bayi kenyang menyusu.

6- Sentiasa berdoa.
 – Ajarkan bayi berdoa ketika masih bayi, contohnya semasa hendak menyusu, makan dll.. Boleh juga ajak bayi berdoa bersama ketika menyusu.. “Ya Allah, bagilah rezeki susu yang banyak kepada Reem, Reem nak minum sampai Reem umur 2 tahun”.. dan sebagainya.

7- Beritahu bayi perkara yang Allah sukai.
 – Contoh apabila bayi anak kecil membuat sesuatu yang baik, seperti tidak menangis semasa kita bersolat, puji bayi “Bagus, Allah sayang macam ni”.. dan sebagainya.

8- Beritahu bayi perkara yang tidak disukai / dimurkai Allah.
 – Contoh jika anak menangis ketika kita mahu bersolat, beritahu bayi “Ibu nak solat sekejap je.. kalau tak solat, nanti Allah marah”.. atau jika bayi meragam dan mengamuk… bagitahu bayi yang Allah tak suka dia berperangai sebegitu.

9- Hubungkan perbuatan baik dengan syurga dan perbuatan buruk dengan neraka.
 – Contoh: “Kalau bagus-bagus, dengar cakap ibu, nanti masuk syurga” ..

10- Hubungkan segala perlakuan kita ketika bersama bayi kepada Allah.
 – Contoh apabila melihat ikan, beritahu bayi yang Allah cipta ikan, dan puji keindahan ikan ciptaan Allah. Galakkan dan terapkan anak-anak sejak bayi untuk melakukan apa yang seorang muslim perlu lakukan walaupun masih bayi.

Kita selalu menyangka bayi tidak faham apa-apa.. Apatah lagi soal akidah yang kita rasakan sangat berat untuk diceritakan. Tapi jangan khuatir. Jika bayi didedahkan dengan penerapan akidah dan akhlak mulia semenjak dari bayi, yakinlah yang bayi akan lebih lebih mudah memahami dan menerima berbanding jika penerapan dibuat apabila anak sudah agak besar.

Anime4nz : [LIKE & SHARE] ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online