Namun pertolongan yang dihulurkan bukanlah bermaksud membeli atau menempah risiko. Ia hanyalah sekadar pertolongan menyambung bayar kenderaan kenalan kerana niat ingin membantu dan sekaligus mendapat kenderaan dengan mudah tanpa melalui urusan dengan pihak berkuasa dan institusi kewangan.
Sebenarnya urus niaga seperti ini hendaklah dielakkan. Terdapat banyak lagi cara lain yang boleh digunakan untuk membantu. Untuk pengetahuan, urus niaga menyambung bayar kenderaan tanpa penukaran hak milik banyak mengundang masalah, terutamanya dari segi penipuan, kemalangan, tuan kenderaan asal meninggal dunia dan juga kecurian.
Walau apapun surat perjanjian yang dilakukan, ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang penipuan. Ini kerana tuan punya kenderaan asal masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut dan boleh menuntut pada bila-bila masa. Semestinya hak penyambung bayar kenderaan akan terlucut dengan serta-merta.
Keadaan akam menjadi lebih rumit jika tuan punya asal kenderaan meninggal dunia. Waris yang layak boleh mengabaikan apa juga surat perjanjian yang termenterai dengan tuan punya asal kenderaan sebelum itu dan berhak menuntuk kenderaan pada bila-bila masa.
Ternyata orang yang menyambung bayar kenderaan tidak boleh berbuat apa-apa selain menyerahkan kenderaan tersebut apabila dituntut oleh waris, padahal anda yang membayar ansuran bulanan.
TIDAK ADIL BUKAN?
Jika kenderaan itu dicuri atau mengalami kemalangan teruk, segala tuntutan ansuran hanya boleh dibuat oleh tuan punya kenderaan yang berdaftar sahaja. Dan kemalangan dan pelupusan kenderaan perlu dilakukan, maka pembayaran selepas ditolak baki pinjaman, hanya akan dibayar kepada tuan punya asal kenderaan oleh penanggung insurans.
Oleh itu, anda yang bukan tuan punya asal kenderaan walaupun sah dari segi perundangan dan perlindungan insurans tidak akan mendapat apa-apa bayaran.
Namun jika pembaca anime4nz berniat untuk membantu kenalan, usahlah bimbang. Jangan mengambil risiko besar dengan tidak menukar hak milik kenderaan.
Carilah jalan terbaik dengan menasihati tuan punya kenderaan asal untuk berbincang dengan institusi kewangan. Terdapat pelbagai pakej menarik yang ditawarkan. Lakukan penjadualan semula pembayaran atau penyerahan kenderaan kepada institusi kewangan sebelum tamatnya notis jadual keempat iaitu notis peringatan terakhir sebelum kenderaan ditarik.
Anime4nz : Pilihlah langkah yang selamat dan tidak merugikan anda. Janganlah mengambil risiko menyambung membayar kenderaan tanpa menukar hak milik kerana tiada sesiapa pun boleh meramal apa yang bakal berlaku di kemudian hari.
No comments:
Post a Comment