klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 2, 2012

Fungsi ABS Pada Kenderaan

Ketahuilah Fungsi ABS Pada Kenderaan Anda

Ada dalam kalangan pengguna/pembaca anime4nz yang pernah mendengar atau sedia maklum terdapat sistem ABS yang dipasang pada kenderaan mereka. Tetapi mungkin ada juga yang tidak tahu apakah fungsi sebenar ABS tersebut.

'Anti-Lock Braking System' atau selalunya dikenali sebagai ABS adalah salah satu peralatan kelengkapan permotoran pada kereta yang berfungsi untuk mengawal kegelinciran tayar ketika membrek.

Sistem kawalan kegelinciran ini bertujuan mengelakkan kenderaan yang dipandu daripada terus terbabas lebih jauh selain berfungsi menahan tayar daripada terkunci ketika brek ditekan kuat akibat kecemasan.

Secara tidak langsung, keadaan ini dapat mengurangkan risiko berlakunya kemalangan yang tidak terduga. Dalam masa yang sama, sekiranya berlaku sebarang kerosakan teruk pada kenderaan akibat terbabas lalu melanggar penghadang jalan atau kenderaan lain, ketika inilah kita dapat melihat ABS menjalankan fungsinya.

Kebiasaannya, setiap kenderaan yang dilengkapi dengan sistem keselamatan ABS akan didatangkan dengan empat ciri-ciri pengesan yang terletak pada setiap tayar.


Apabila terdapat sebarang kerosakan atau kegagalan fungsi pada ABS, ciri pengesan pada tayar akan memberikan amaran kepada pemandu melalui nyalaan lampu penunjuk sistem terbabit yang terletak pada penal meter di papan pemuka.

Walaubagaimanapun, sistem pengesan ABS kadangkala gagal mempamerkan kerosakan fungsinya secara tetap. Contohnya seperti nyalaan lampu yang padam selepas beberapa ketika menyala.

Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh pengesan ABS yang mengalami kekotoran ketika pemandu melakukan penyelenggaraan brek atau semasa penggantian suspensi.

Akibat daripada kekotoran tersebut, pengesan ABS gagal mengesan dengan baik bagi kelancaran putaran rotor di bahagian batang pemanduan (drive shaft) atau tayar.

Dalam situasi yang lain pula, adakalanya lampu penunjuk ABS terus menyala dan tidak padam. Keadaan ini menunjukkan kemungkinan ada antara ciri pengesan pada tayar yang mengalami kerosakan dan perlu diganti.

Selain itu, ada kemungkinan juga ia dikaitkan dengan masalah lain seperti kerosakan pada litar arus tenaga yang terdapat dalam kotak fius.

Sebagai seorang pengguna/pembaca anime4nz yang bijak, anda seelok-eloknya menghantar kenderaan anda terus ke pusat servis pengeluar untuk pemeriksaan lanjut bagi mengatasi kerosakan terbabit secepat mungkin.

Hal ini kerana, pusat sevis pengeluar mempunyai kelengkapan peralatan serta keberkesanan pemeriksaan sistem ABS.

Pengguna boleh meminta mekanik melakukan pemeriksaan pada relay ABS atau sistem ECU ABS yang terdapat pada kotak fius sebagailangkah berjaga-jaga sekiranya kerosakan berpunca daripada peralatan tersebut.

Namun begitu, pemilik kenderaan tidak perlu bimbang sekiranya sistem ABS pada kenderaan anda mengalami kerosakan atau gangguan kerana sistem brek biasa masih boleh berfungsi dan kenderaan boleh dipandu seperti biasa.

Di samping itu, jika sistem ABS mengalami kegagalan, pemandu dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa melakukan brek kecemasan kerana keberkesanan kuncian tayar dan kawalan kegelinciran tidak lagi semantap ketika memiliki sistem ABS.

Oleh itu, adalah penting bagi kenderaan yang pada asalnya memiliki sistem ABS untuk memperbaiki segera kerosakan atau gangguan tersebut. Ia akan lebih memberi jaminan kepada anda dan penumpang.

3 comments:

  1. Kenapa ya saya break kereta saya macam berenyut macam cengkam tak cengakam terhanguk2 apa kah itu fungsi abs?

    ReplyDelete
    Replies
    1. fungsi asal abs adalah untuk mencengkam tayar dengan kemas... jika ada masalah pihak tua bolehlah ke bengkel/servis kereta tuan untuk mengetahui masalah utama kerata tuan

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online