Seperti yang kita semua maklum, punca utama kenapa blog kita menjadi berat dan loading menjadi lambat adalah disebabkan oleh penggunaan widget ataupun plugin yang banyak dan tidak praktikal yang kita letakkan pada sidebar. Paparan jumlah entri di frontpage (muka depan) juga merupakan punca utama kenapa blog tersebut menjadi berat.
Pada info kali ini, aku nak kongsi satu tip bagaimana untuk mengurangkan beban pada blog dengan mengurangkan jumlah entri pada front page supaya blog tersebut dapat loading dengan lebih cepat dan pantas. ( Ini pun ku dapat dari rakan blog yang lain... semoga ianya ilmu yang berguna untuk kita)
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengira bebanan blog anda di sini .
Sebagai contoh,untuk blog anime4nz.blogspot.com, apabila memaparkan 6 entri pada frontpage, bebanan adalah sebanyak 123.35 kb . Kemudian paparan entri dikurangkan kepada 5 dan apabila di buat timbangan untuk kali yang kedua, bebanan berkurangan menjadi 118.49 kb. Apabila entri di kurangkan kepada 4, bebanan juga semakin berkurangan menjadi 112.26 kb.
Untuk blog anime4nz.blogspot.com, jumlah paparan terbaik adalah tidak melebihi daripada 6 entri. ( Akan ku turunkan kb-nyer lagi agar ianya lebih efektif akan datang... InsyaAllah) Jadi, aku hanya letakkan 4 entri kerana aku merasakan jumlah tersebut adalah yang terbaik jika diambil kira pada kelajuan internet di Malaysia, terutamanya bagi pengguna broadband yang berkelajuan rendah.
Harus diingat post yang terdahulu saya ada ingatkan kengkawan!! Blog yang baik dan bagus adalah di bawah 100 kb....... Selamat berblog.....
No comments:
Post a Comment