klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, February 24, 2011

Dinosaur Thunder Thighs

LONDON 23 Feb. - Saintis Britain dan Amerika Syarikat (AS) dilapor telah menemui sejenis dinosaur dipanggil Thunder Thighs yang mempunyai kaki berotot besar yang membolehkannya menendang dengan kuat.

Para penyelidik menemui tulang-tulang daripada dua rangka yang tidak lengkap milik seekor spesies dewasa dan anak dinosaur itu di sebuah kuari di Utah, barat AS.

Saintis mendapati, spesies yang juga dikenali sebagai Brontomerus mcintoshi dalam bahasa Latin itu mempunyai bentuk tulang pinggul yang unik dan luar biasa besarnya jika dibandingkan dengan dinasour berleher panjang sauropod seperti Diplodocus dan Brachiosaurus.

 Struktur tulang itu memberikan Thunder Thighs satu keseimbangan pada bahagian sambungan ototnya, seterusnya membuatkan saintis melabelkan paha haiwan itu sebagai 'dinosaur pacuan empat roda'.

"Brontomerus mcintoshi merupakan seekor dinosaur yang menarik dan satu penemuan menakjubkan.

animasi anime4nz ; Imej komputer yang diperolehi 21 February, 2011

"Semasa kami menyusun semula bentuk tulang pinggul yang aneh itu, kami tertanya-tanya apakah bentuknya, tetapi kami menyimpulkan ia mampu menendang dengan kuat," kata seorang penyelidik, Mike Taylor di Jabatan Sains Bumi Kolej Universiti London.

Katanya, tendangan itu mungkin digunakan ketika dua ekor Brontomerus jantan berebutkan seekor spesies betina.

Pakar paleontologi percaya, spesimen dewasa Brontomerus itu yang dianggarkan seberat enam tan dan berukuran 14 meter panjang merupakan ibu kepada spesimen lebih kecil yang dianggarkan seberat 200 kilogram.

Penyelidik mengenal pasti jenis haiwan gergasi itu melalui tulang daripada bahagian bahu, pinggul, tulang rusuk, vertebra dan beberapa bahagian lain.

Bentuk tulang pinggul dinosaur itu menunjukkan ia mungkin mempunyai kaki berotot terbesar dalam keluarga dinosaur sauropod. - AFP untuk anime4nz

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online