Belek punya belek... tercatit satu catitan.... catitan masa aku belajor amik lesen kereta dulu-duluan.... Maklumlah jenis mudah lupa... kena la catit apa-apa patut kan.... Sebelum aku buang jer memori tu dalam garbige.... Aku perturunkan kat anime4nz untuk pembaca budiman. Ini ilmu cikgu keta tu bagi... mungkin ader kesilapan.... Tapi yang pasti... dengannya aku PAS lesen kereta...... he he.. Terima kasih Cikgu...
Cara Masuk Parking ajaran anime4nz :-)
1. Mula-mula Sila pastikan anda ingin masuk parking cara reverse belakang. dan bila anda dapat kotak parking anda , Lajakkan kedepan untuk proses reverse masuk parking
( Risiko kereta di belakang akan amik parking anda dengan cara parking depan sering timbul - dan anda akan terlepas peluang parking anda... : pasti siap sekarung beleber.... he he ; )
Ingatan : Pastikan kereta di belakang anda dan senantiasa pastikan lampu isyarat belok ke kanan diaktifkan.
2. Reverse ; sambil mata melihat Ke arah cermin belakang penumpang hujung sekali beloh kiri ( Kalu kat sekoloh memandu kereta situ siap ader letok lubang disitu @ bulat hijau)
Pastikan tiang parking sama bertentang ngan lubang tadi.
3. Pusing stering kereta ke kiri sampai habis.
4. Melalui cermin sisi kanan, Gostan @ reverse hingga nampak 5 tiang belakang \
[ 4 tiang penuh; lepas, 1 tiang ; 1/2 saja ]
5. Pusing stering 2x ke kanan.
Melalui cermin sisi kanan, Gostan dan berhenti bila tayar belakang sampai sekaki dari garisan (dalam garisan @ kebanyakannya duk betul betul atas garisan).
6. Pusing strering ke kanan sampai habis. Gostan hingga tayar depan masuk dalam garisan putus-putus kotak parking.
7. Siap... Boleh la betulkan sikit sikit biar kedudukan kereta selari ngan parking tu... baru cun melecun
Oppppsss!! Satu lagi... Kalu tengoh belajor drive @ amik test drive SILA ANGKAT TANGAN MENANDAKAN ANDA TELAH MASUK PARKING......
Cara Keluar Parking
1. Paling senang kut.
Masuk gear satu, Pusing stering ke kanan 2x, terus keluar parking dan berjaga-jaga dengan tiang @ kereta di hadapan dan tengok juga cermin sisi, ya.
Itu saja catitan diariku buat masa ini. Sebarang kecuaian diri atau kemalangan diri jika tersalah tunjuk ajar ditanggung sendiri oleh pihak yang belajar. anime4nz hanya coretkan catitan di blogger untuk ingatan kita bersama.....
Moralnya ... Parking dengan elok agar tak menghalang pengguna lain.... Jangan main blok sesuka hati jer kereta orang.... okey... choww
yeah...wish me luck aah nanti ak pun nak kene gi ujian memandu..nyampah gak rase..sbb ak x reti sgt nak turun bukit ngan masuk parking
ReplyDeleteselamat dapat lesen memandu... jangang dilayang sangat mamak/minah kat sebelah tu.... keja ya tik tik ja bgi markah.... he he
ReplyDeletealamakkk…mmg xingat la tip2 nk wat parking n 3 penjuru tu..slalu kena marah dgn cikgu..hahaha
ReplyDelete