klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, February 17, 2011

Tebuan

Persoalan mula timbul. Sejauh manakah daya ketahanan seseorang untuk ia melepasi risiko maut sekiranya disengat tebuan? Adakah ia berkaitan dengan faktor kesihatan dan usia? Paling utama, ramai yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai serangga itu yang selama ini sekadar dianggap ‘kumbang biasa dengan bisa yang lebih’.

Kosmo! telah menemui seorang pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dari Bahagian Kawalan dan Gangguan Hidupan Liar untuk menjelaskan kejadian itu.

“Tebuan tergolong dalam keluarga Order Hymenoptera, daripada keluarga Vespidae yang terdiri dari lebih 5,000 spesies tebuan dan serangga lain.



“Spesies utama di Malaysia ialah Vespa tropica iaitu tebuan kunyit yang membuat sarang daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dilumatkan menjadi seperti kertas di dalam hutan tebal,” terang A. Morganasunderam, 51, yang berkhidmat dengan Perhilitan sejak 31 tahun lalu.

Dia yang mempunyai pengalaman mengenali spesies hidupan khususnya melibatkan ekosistem dan habitat serangga termasuk tebuan memberitahu, tebuan kunyit merupakan spesies yang boleh dianggap berbahaya jika kawasannya diganggu manusia dan hidupan liar lain.

“Seperti tebuan tanah, ia juga sangat beracun dan sengatan amat menyakitkan. Tebuan kunyit mudah dikenali pada warna kuning dan berbelang pada badannya dan ia boleh membesar sehingga lebih empat sentimeter (sm)".

“Sengatan tebuan kunyit memang berbahaya. Seseorang yang terkena sengatannya perlu mendapatkan rawatan segera, terutama kalau melibatkan kanak-kanak,”.

"Racun yang dilepaskan, walau setitik, mampu meninggalkan kesan seperti bengkak teruk selain melemahkan badan jika melibatkan orang dewasa".

“Akan tetapi jika kanak-kanak disengat tebuan, racun tersebut mampu menjejaskan daya ketahanan selain kesan bengkak yang pedih pada bahagian atau anggota tubuh yang disengat".

“Jika sengatan itu pada sistem saraf atau saluran darah seperti di bahagian muka, ia memang serius dan mangsa perlu dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan. Jika terlambat, maut boleh terjadi”.

Tebuan kunyit atau tebuan tanah adalah spesies biasa yang tinggal dalam habitat hutan serta belukar. Ia hanya keluar pada waktu malam dan ia amat sensitif pada pergerakan manusia.

Selain berpesan agar setiap sengatan serangga, baik di rumah atau di habitat semula jadi, perlu diberikan rawatan asas agar tidak membawa kemudaratan, Morganasunderam turut menasihatkan supaya kanak-kanak yang terkena sengatan serangga berbisa di bahagian sensitif anggota badan perlu segera dirujuk ke hospital.

Menekap ais

Dalam pada itu, Pakar Perunding Pediatrik dan Pakar Kanak-kanak, Dr. Chin Wai Seong, berpendapat, sengatan tebuan pada seseorang manusia dewasa atau kanak-kanak sebenarnya tidak serius kecuali beberapa faktor tertentu.
Menurutnya, sesuatu yang tidak boleh diabaikan, sama ada mangsa itu orang dewasa mahupun kanak-kanak, adalah tindakan kecemasan pertama.

“Tindakan pertama adalah dengan meletakkan ais atau air sejuk di tempat sengatan itu untuk membekukan tempat sengatan, seterusnya menghalang racun itu merebak dalam tempoh tertentu,”.

Satu kesilapan yang sering dilakukan adalah dengan menyapu minyak angin pada tempat sengatan. Tindakan itu hakikatnya tidak berkesan untuk meredakan kesakitan tersebut.

“Ini kerana sengatan serangga seperti tebuan atau lebah ganas akan menyebabkan badan mangsa terasa panas, gatal dan bengkak di tempat gigitan. Jika ubat seperti minyak angin digunakan, ia akan menambah kepedihan dan kepanasan pada badan. Itu hanya memburukkan lagi keadaan.

“Langkah kedua selepas meletakkan ais atau air sejuk adalah mereka perlu membawa mangsa ke klinik kesihatan berhampiran dalam masa dua jam untuk mengelak racun itu merebak ke anggota badan dan bercampur dalam darah,”. 

Di klinik, mangsa akan diberi ubat sapu untuk bengkak dan mengurangkan gatal dan ia seharusnya memadai bagi mengatasi masalah ini.

Namun bagi kes yang lebih serius, langkah rawatan kecemasan pertama di klinik atau hospital adalah pemeriksaan reaksi dan kesan serius alergi. Antara simptom yang diperiksa adalah keadaan mata yang bengkak, demam panas, gatal-gatal dan badan yang lemah.

“Sekiranya tanda-tanda itu dikenal pasti, doktor akan memeriksa tekanan darah, membuat ujian darah, memeriksa paru-paru dan sistem antibodinya sebelum bertindak memberi suntikan dan tindakan sewajarnya.


Biasanya, hanya sengatan melibatkan lebih daripada dua ekor tebuan boleh membawa situasi cemas.

Saya sendiri masa kecil dah terkena sengatan lebah ni di kepala....Itupun sebab melastik sarang tebuan...... Bila dah besar menghapuskan sarang tebuan.... pun kena di sini!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online