klik atas

backlink

gambar laju

Monday, February 21, 2011

animasi

Animasi ialah paparan pantas susunan imej-imej seni 2-D atau posisi model agar menghasilkan ilusi gerakan. Animasi ialah sejenis ilusi optik pergerakan disebabkan kejadian penerusan penglihatan, dan boleh dihasilkan dan didemonstrasi dalam pelbagai cara. Kaedah persembahan animasi yang paling laris ialah sebagai program wayang gambar atau video, namun juga terdapat cara-cara lain untuk mempersembahkan karya animasi tempatan.

Sejak itu, industri ini berkembang dengan adanya perkakasan, teknologi dan inovasi dari negara Barat terutama Perancis yang membawa era baru animasi negara dalam animasi empat dimensi, khusus pada pertengahan 1990-an.

Keghairahan menggunakan teknik 3D perlu dibuat atas dasar daya tarikan yang kuat terhadap golongan kanak-kanak.

“Animasi memberikan pelbagai cabaran seperti perlu mencari keseimbangan antara kreativiti, teknikal dan aspek perniagaan.
 
“Ketiga-tiga aspek ini adalah ramuan yang paling penting bagi menjayakan sesuatu produk manakala penulisan skrip yang menarik dan bersesuaian dengan animasi juga antara cabaran utama,”.

Sebagai contoh ; Animonsta menggunakan teknologi 3D menggunakan perisian Autodesk Maya selain Logic Pro sebagai perisian audio untuk menghasilkan filem terbaru di pasaran BoBoiBoy.

“Perisian Adobe Creative Suite pula berupaya mengemaskan tekstur muka dan karakter serta digunakan untuk rekaan di samping komposisi,”.

Katanya, Autodesk Maya disifatkan perisian yang kompleks lengkap untuk menghasilkan dari proses model, ‘rigging’, animasi, pencahayaan dan ‘rendering’.

“Kami perlu membahagikan tugas berbeza walaupun menggunakan perisian yang sama. Semua proses terbabit dilakukan di alam maya dalam bentuk digital sebelum dizahirkan ke bentuk imej,”.

Perisian sama kali ini lebih baik berbanding tiga tahun lalu terutama membabitkan tahap kesukarannya sebagai contoh simulasi kain jauh lebih kemas, proses mewarna yang cepat dan lebih berkualiti.

Bukan itu saja, Animonsta memerlukan 25 komputer dan 1 komputer pelayan untuk menyimpan data yang menggunakan perkomputeran medium disediakan MAC3 iaitu prasarana dikhaskan untuk syarikat kreatif.

“Rata-rata komputer kami dilengkapi pemprosesan Intel XEON Dual - Quad Core dengan memori RAM 4G. Jika proses render terlalu kompleks, kami menggunakan MAC3 Rendering Farm yang mempunyai 100 CPU untuk penghasilan imej,”.

Bercakap mengenai proses rendernya pula, Animonsta berkata ia boleh disifatkan seakan proses mewarna dengan meletakkan cahaya digital dalam senario dan kemudian dirender ke beberapa lapisan yang berasingan.

“Pengasingan lapisan dilakukan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses render.

“Lapisan yang berasingan ini kemudian dicantumkan semula dalam proses komposisi untuk penghasilan imej yang terakhir,”.

Animasi tempatan sudah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dan semakin banyak syarikat tempatan mula menceburi bidang ini.

“Ia penting untuk negara kerana animasi boleh mengharumkan nama negara di arena antarabangsa yang mengetengahkan budaya dan cerita kita pada masyarakat luar di samping menyumbang kepada ekonomi negara,”.

Malaysia sudah sampai di taraf antarabangsa atau Hollywood cuma faktor bajet boleh mengehadkan kualiti dan pencapaian teknikal.

“Kita dapat lihat syarikat gergasi di arena antarabangsa mula mencari animasi di Malaysia kerana pencapaian mutu kandungan dan teknikal kita,”.

Oleh itu, untuk lebih maju ke depan bantuan kewangan dan penerokaan pasaran antarabangsa bagi mendapat pulangan yang lebih tinggi dijadikan modal untuk menghasilkan mutu kerja yang lebih tinggi.

Sejarah sejak lima tahun kebelakangan ini membuktikan syarikat tempatan berupaya menghasilkan kandungan kreatif bertaraf antarabangsa untuk pasaran global.

Cabaran besar yang dihadapi syarikat tempatan ialah menghasilkan animasi bertaraf dunia pada kos penerbitan yang terhad.

“Industri animasi Malaysia kecil. Bajet produksi kita agak terhad berbanding syarikat terkemuka dunia yang menghasil kan sehingga RM1.1 juta bagi animasi tiga dimensi (3D) bagi tayangan selama setengah jam,”.

“Pasaran Malaysia terhad, sebab itu kami meneroka di peringkat dunia. Kami percaya pemasaran animasi tidak dibataskan sempadan dan bahasa sesebuah negara,”.

“Apa yang membanggakan kualiti animasi yang kita hasilkan menepati piawaian antarabangsa dan ini diakui sendiri pemain industri di peringkat antarabangsa,”.

Ruang yang diberikan stesen TV sebenarnya turut bertanggungjawab kepada perkembangan animasi keluaran tempatan memandangkan tanpa sokongan mereka, memang sukar anak muda yang kreatif dalam animasi dan multimedia mengembangkan bakat dan idea masing-masing.

Apatah lagi, kos penerbitan animasi terutama produk bersiri memang tinggi membabitkan teknologi multimedia canggih dan beberapa kesan khas.

Ditambah pula, proses pembikinannya juga agak leceh kerana memerlukan komitmen serta disiplin yang tinggi.

Oleh itu, kita berupaya menghasilkan sebuah animasi atau kartun yang baik kalau sanggup menyediakan peruntukan besar untuk membeli teknologi canggih seperti komputer berkelajuan tinggi atau mengambil seberapa banyak tenaga muda.

Menerusi kos yang besar itu, memang tidak menguntung kan kalau stesen TV sekadar membeli dan menyiarkan animasi yang panjangnya 10 episod atau 15 episod. Tapi ia dianggap satu pelaburan yang baik kalau stesen TV sanggup memberikan slot sekurang-kurangnya 30 episod bagi sebuah siri animasi.

Animasi menjadi semakin popular dan diterima masyarakat dunia selaras teknologi berkaitan yang berkembang pesat menyaksikan banyak perubahan daripada awal 1900 sehingga kini.

Teknologi dua dimensi (2D) menjadi pembuka tirai animasi sebelum aksi 3D mengubah fenomena menjadi lebih hebat, tetapi bagaimana ia membantu mengembangkannya?

Animasi 2D memerlukan sesuatu karakter disunting dalam komputer menggunakan grafik bitmap dan seterusnya direka menggunakan grafik vektor termasuk teknik animasi tradisional seperti ‘tweening’, ‘morphing’, ‘onion skinning’ dan ‘interpolated rotoscoping’.

3D memerlukan penggunaan komputer membina karakter berdasarkan poligon yang membenarkan pergerakan dalam bentuk digital (sculpture).

Proses ini dinamakan ‘rigging’ menggunakan pelbagai teknik termasuk fungsi matematik (graviti), simulasi serta kesan khas untuk sesuatu seperti pergerakan api dan air.

Perisian yang diperlukan bergantung kepada keperluan membina animasi baik termasuk Maya, ACIS, Animation Master, 3D Modeler, Renderman dan Interactive Scenario Builder.

Superkomputer pula dengan cip pantas mampu memproses empat gigabait data dalam tempoh satu saat selain dapat meningkatkan kelajuan pemprosesan data satu pertiga kali ganda daripada kelajuan yang ada sekarang.

Hasil kerja seperti proses pewarnaan digital dan mattle, mengubah visual, model 3D, animasi 3D dan pergerakan imej dalam filem menjadi kerja paling rumit.

Jangan anggap ‘industri kartun’ remeh hanya kerana ia kartun tapi ia mempunyai potensi pasaran besar tetapi belum diterokai secara bersungguh-sungguh oleh stesen TV tempatan.

Biarpun sekadar kartun, tetapi penontonnya bukan kanak-kanak saja. Orang dewasa juga meminati kartun.

Dari satu aspek, memang animasi sesuatu yang menarik kerana terbukti kualiti Malaysia diiktiraf oleh negara luar. Tapi dalam jangka panjang kita akan terasa kerugian dari segi bakat dan kemahiran kerana mereka menghasilkan kreativiti yang terhad tanpa tahu ke mana ia perlu disalurkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online