klik atas

backlink

gambar laju

Monday, February 21, 2011

Animasi Malaysia

Sejarah Animasi Malaysia

ADAKAH kita masih ingat animasi pertama yang diterbitkan di negara kita suatu ketika dulu.... Mari kita imbas kembali nostalgia bersama penglipur lara beranimasi kita. Dari sang kancil, monyet dan buaya, silat lagenda, usop santorium, anak-anak sidek, kluang man, upin dan ipin dan terbaru boboiboy.

1. Hikayat Sang Kancil pada 1978

Tahun berapakah anda lahir.?
Mungkin itu pertanyaan yang sepatutnya ditanya untuk entri ini.
Ini kerana, kalau anda lahir dalam lingkungan 1980 hingga 1990 (atau kebawah) anda mungkin mengerti dan akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak anda dahulu.

Hikayat sang kancil antara kisah teladan pendek yang di pertontonkan di televisyen Malaysia (RTM) hingga lewat 1990. Jadi sesiapa yang lahir selepas tahun 1990 mungkin kurang mengerti video ini.:). Bagi yang berkesempatan dengan video² ini, semestinya ia akan mengimbau kembali zaman kanak-kanak.:). Dan bagi yang 'muda', apa kata kalau korang tengok juga apa yang kami tengok semasa zaman kanak-kanak dahulu.:)

2. Monyet dan Buaya pada 1983

Filem animasi Monyet dan Buaya terhasil selepas Hikayat Sang Kancil (arahan A. XAVIER). Pembikin animasi ini tak pernah menulis, hanya  buat animasi atau mengarah filem naratif pendek. Buat juga. Meletup! Dapat buat 5 filem pendek sebelum bersara atas pilihan sendiri pada tahun 1995. Dapat 2 Anugerah SRI ANGKASA untuk IDEA TERBAIK dan TRELER TERBAIK. ANUGERAH JURI untuk DOKU TERBAIK di Festival Filem Asia-Pasifik, Jakarta. 

3. Silat Lagenda 1998

Sejak itu, industri ini berkembang dengan adanya perkakasan, teknologi dan inovasi dari negara Barat terutama Perancis yang membawa era baru animasi negara dalam animasi empat dimensi, khusus pada pertengahan 1990-an.

Selepas bersara ( Hassan Abd Mutalib; pengarah animasi sang kancil, buaya dan monyet), menulis, mengarah, buat ‘prod design’ dan menyelia ‘Visual Effects’ untuk SILAT LEGENDA, filem animasi pertama Malaysia.

Filem animasi tempatan pertama dengan kos produksi RM3.5 juta ini mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dan ditayang kepada umum pada 27 Ogos 1998.


4. Usop Santorium 1996-1998


Sekitar 90-an, negara kita menerima kedatangan animasi tempatan yang ‘meletupkan’ dunia siaran iaitu Usop Sontorian (1996-1998),

Usop Sontorian diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. yang mana dimiliki ketika itu oleh Pak Lam (Mr. Michael Lum) dan Md Othman Yusof. Manakala Siri Usop Sontorian diterajui oleh Kamn Ismail dengan pelukis watak animasinya adalah kartunis Ujang.



5. Anak-Anak Sidek 1997-2004

Anak-anak Sidek adalah sebuah komik bersiri serta animasi dari Malaysia. Ia merupakan komik biografi untuk keluarga pemain badminton negara iaitu keluarga Sidek.





6. Kluang Man

Kluang Man dan sebagainya yang berjaya mendapat tempat di saluran utama televisyen tempatan.

Watak utama dalam siri ini adalah Burhan dan Samad. Mereka adalah pesakit mentai ditumpoi, dan mereka dirawat oleh Dr. Ramu dan assistant dia Ateq. Apabila malam mereka menjadi superhero iaitu keluangman dan tiongman. Gerak geri mereka sentiasa dijejaki oleh pemberita Khaty dan mereka juga sering membuat ISP Swahab bengang kerana mengganggu siasatan beliau.


7. Upin dan Ipin


Kini, Upin & Ipin mencipta sejarah terutama selepas menjadi filem animasi tiga dimensi (3D) tempatan yang pertama menjejak ke panggung dan terus memecah panggung.

Siapa di kalangan kita yang kini tidak kenal animasi ini pasti canggung rasanya.... Cerita yang pasti menjadi bualan di bibir kanak-kanak rata-rata ini bukan :-).



 8. Boboiboy

Boboiboy, nama yang diberikan syarikat pembikinnya, Animonsta Studios Sdn Bhd, diterajui Pengarah Urusan, Mohd Nizam Abdul Razak dengan tujuh rakannya yang lain melonjakkan kemampuan bakat muda untuk mencipta hasil setanding produk Amerika Syarikat.

Pembikinan animasi Boboiboy mencecah kos RM2.6 juta untuk 30 episod dengan 25 tenaga pakar dikerah untuk menyiapkan siri BoBoiBoy yang mengambil masa 18 bulan untuk dihasilkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online