klik atas

backlink

gambar laju

Monday, February 21, 2011

BoBoiBoy

Boboiboy, nama yang diberikan syarikat pembikinnya, Animonsta Studios Sdn Bhd, diterajui Pengarah Urusan, Mohd Nizam Abdul Razak dengan tujuh rakannya yang lain melonjakkan kemampuan bakat muda untuk mencipta hasil setanding produk Amerika Syarikat.

Pembikinan animasi Boboiboy mencecah kos RM2.6 juta untuk 30 episod dengan 25 tenaga pakar dikerah untuk menyiapkan siri BoBoiBoy yang mengambil masa 18 bulan untuk dihasilkan.

“Setakat ini, semua tenaga kerja berumur 30 tahun ke bawah dan kebanyakannya lepasan universiti dan kami bercadang untuk menambah lima lagi juruanimasi menjadikannya jumlah keseluruhan kepada 30 tenaga,” katanya.

Beliau memaklumkan, idea BoBoiboy timbul selepas mendapati bahawa Malaysia belum mempunyai ikon superhero kanak-kanak tempatan.

“Kami mahu membuat animasi yang mampu menambat hati penonton tempatan terutama golongan kanak-kanak berkonsep ‘Superhero Kita’ yang disertakan humor,” katanya.

Katanya, karakter BoBoiboy boleh mengawal elemen seperti angin, tanah dan petir namun sering lupa kaedah memulakan kuasanya.

“Manakala Yaya seorang budak perempuan bertudung yang mempunyai kekuatan seperti Superman, tetapi tidak suka berlawan. Dia akan dipaksa oleh kawannya untuk menyelamatkan keadaan,” kata Nizam.

Sementara karakter Ying mempunyai kuasa berlari laju sepantas kilat, tapi dia akan kehilangan kuasanya apabila bersin dan memperoleh kuasanya semula selepas bersin semula berlainan dengan karakter Gopal yang boleh menukar objek kepada makanan.

Nizam berkata, keghairahan menggunakan teknik 3D dibuat atas dasar daya tarikan yang kuat terhadap golongan kanak-kanak.

Animasi memberikan pelbagai cabaran seperti perlu mencari keseimbangan antara kreativiti, teknikal dan aspek perniagaan.

Boboiboy juga kini sudah disunting saluran TV kanak-kanak antarabangsa popular, Disney yang akan memulakan tayangannya Jun nanti menunjukkan Boboiboy bukan calang-calang animasi di pasaran.

“Disney Channel memang menitikberatkan mutu. Apabila mereka memilih untuk menyiarkan Boboiboy menerusi saluran mereka, ia satu pengiktirafan besar buat Malaysia dan industri animasinya yang masih di peringkat permulaan,” katanya.

“Pasaran Malaysia terhad, sebab itu kami meneroka di peringkat dunia. Kami percaya pemasaran animasi tidak dibataskan sempadan dan bahasa sesebuah negara,” tambah Nizam.

“Apa yang membanggakan kualiti animasi yang kita hasilkan menepati piawaian antarabangsa dan ini diakui sendiri pemain industri di peringkat antarabangsa,” katanya.

TV3 menjadi stesen televisyen yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap pembangunan dan perkembangan animasi tanah air melalui siri baru Boboiboy yang bakal ditayangkan di slot utama jam 7 malam setiap Ahad.

Jom kita sama sama merasai kehangatan super melayu kita... BoBoiBoy di kaca tv kita nanti.... mesej dibawa oleh anime4nz.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online