klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, February 24, 2011

Inspirasi Seni Khat

KUALA TERENGGANU – Usaha memartabatkan seni khat kepada umum khususnya golongan muda mendorong Taman Tamadun Islam (TTI) menganjurkan Seminar, Pertandingan dan Pameran Inspirasi Seni Khat yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Mac depan.

Pengerusi jawatankuasanya, Zubir Embong berkata, program yang akan diadakan itu adalah bagi peringkat nasional yang melibatkan penggiat karya seni khat dari seluruh negeri.

Menurutnya, sehingga kini TTI telah menerima lebih 300 penyertaan dari seluruh negeri, malah TTI turut mengundang pengkarya seni khat dari Brunei, Indonesia dan Selatan Thailand untuk mempamerkan karya mereka sepanjang seminar berlangsung.

“Pada seminar ini juga satu pembentangan kerja akan dibentangkan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Madya Dr Bukhari Lubis, bertajuk Pelestarian Tulisan Jawi.

“Malah kita juga menjemput tokoh seni khat dunia dari Syria, Adnan Syeikh Osman bagi menyerikan lagi program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengarah Urusan TTI, Engku Md Azmi Engku Abd Rahman.

Zubir berkata, usaha yang dilakukan itu bertujuan memperkembangkan seni khat Islam yang menjadi salah satu asas peradaban dan tamadun Islam, selain menggalakkan penulis serta pengkarya seni khat ini bergiat aktif dan mempamerkan hasil karya mereka.

Katanya, penganjuran program ini juga mendapat kerjasama sepenuhnya Kerajaan Negeri dan Persatuan Seni Khat Malaysia.

“Malah Menteri Besar sendiri sudi menyediakan satu piala pusingan khas bagi pertandingan khat yang akan diadakan nanti.

“TTI memperuntukkan RM61,000 kepada pemenang pertandingan tulisan khat menerusi dua kategori utama yang dipertandingkan iaitu kategori terbuka dan pelajar sekolah,”.

Pertandingan seni khat yang akan diadakan nanti terbahagi kepada dua bahagian iaitu spontan dan karya siap menerusi medium kanvas, kayu dan logam.

“Setiap peserta perlu memilih empat jenis tulisan yang telah disyaratkan iaitu tulisan Thuluth, Jaly Diwani, Kufi dan Naskah.

“Sepanjang program berlangsung TTI turut mempamerkan karya penulis khat tempatan seperti Alias Abu Bakar dan demonstrasi penulisan khat daripada pelajar Institut Al-Quran Terengganu,”.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online