Pencetus idea pembinaan parkir berharga RM 9.8 juta itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said telahpun merasmikannya baru-baru ini.
Difahamkan cadangan mereka bentuk membina sistem parkir automatic “rotary type” di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu melibatkan 24 set sistem parkir untuk kereta biasa. Satu set boleh memuatkan 10 buah kereta (saloon car). Jumlah parkir adalah sebanyak 240 buah kereta.
Parkir percuma diberikan secara percuma selama satu minggu kepada pengguna kenderaan yang menggunakan kemudahan canggih diilhamkan kepakaran teknologi dari China bermula 3 Februari 2011 dalam usaha memahirkan pengguna tentang teknologi baru itu.
“Saya bangga kerana Terengganu mempunyai parkir automatik pertama seumpamanya di negara ini dan menyelesaikan masalah pengguna jalan raya terutama dalam Bandaraya Kuala Terengganu meletakkan kenderaan mereka,” jelas Dato’ Ahmad.
Dato’ Ahmad juga berharap ramai pengguna akan menggunakan kemudahan yang telah disediakan kerajaan itu demi kesenangan serta keselesaan rakyat.
Beliau berkata, hanya London dan Tokyo sahaja yang menggunakan Rotary Type seumpama itu dalam usaha menjimatkan penggunaan kawasan serta keselamatan kenderaan lebih terjamin.
Pembinaan 'Rotary Type' memakan masa tidak sampai setahun bermula 9 Mei 2010 dan siap sepenuhnya Disember 2010. Parkir tersebut mampu memuatkan kereta saiz biasa pada suatu masa serta kenderaan pelbagai guna (MPV).
Caj RM 2.50 dikenakan pada 1 jam pertama bagi pengguna bersesuaian dengan teknologi canggih tersebut. Bagi jam seterusnya mereka perlu membayar RM1 setiap jam.
Seramai dua pekerja bertanggungjawab mengendalikan parkir automatik 'rotary type' yang telah memulakan operasinya.
Dalam pada itu, menurut pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu :
Kelebihan-kelebihan sistem parkir automatic jenis “rotary” adalah :-
• Menjimatkan penggunaan tanah
Dapat memuatkan 10 buah kereta dengan menggunakan luas dua buah kereta.
• Menjimatkan masa
Pemilik hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang kosong tanpa perlu berpusing berkali-kali seperti di dalam parkir bertingkat biasa.
• Aspek keselamatan
Pemandu khususnya wanita tidak perlu menaiki lif atau tangga atau berjalan jauh untuk keluar seperti di dalam bangunan parkir bertingkat biasa.
• Memudahkan
Pemandu hanya perlu meletakkan kenderaan di ruang yang tetap dan sistem akan memutarkan ruang parkir yang kosong untuk kenderaan seterusnya.
Menurut Datuk Bandar, Dato’ Azlan Dagang sistem itu berkonsepkan “Merry Go-Round” idea Menteri Besar menggunakan teknologi Korea.
Katanya, pelanggan akan dibekalkan dengan e-kad untuk menyimpan dan menuntut balik kereta yang disimpan.
Jom baca pula artikel terbaru ;
Cara Masuk Parkir Automatik di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu
sangat setuju dengan penggunaan teknologi tersebut..berdasarkan lawatan saya ke tokyo n china...sistem parking tersebut sangat efektif kerana bilangan penduduk tersangat ramai...namun bangga nye kalu itu produk malaysia...mesti kos nya makin murah..dan rakyat dpt menikmati secara efisyen..
ReplyDeletesalam..nak tanya sikit..
ReplyDeletesy tengah wt kajian psl rotary type parking system kt ganu ni.. so, boleh x gtaw camne proses parking kete kt situ eh... nk masuk cmne, nk keluar cmne..
thanx
terimakasih kerana bertanya.
ReplyDeletecara guna parking ni senang je. cuma masukkkan kereta dalam trek disediakan. tekan no. parkir dan tekan ok @ enter.
nanti saya post artikel cara masuk parkir pula. baca ya. tk
JOm pula baca artikel terbaru :
ReplyDeleteCara Masuk Parkir Automatik Di Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu