klik atas

backlink

gambar laju

Monday, October 8, 2012

Sains Angkasa dan Penyelidikan Astronomi

Apakah keperluan kita menguasai angkasa ?
Pada era 1950-an, dua negara berlumba-lumba ke arah menguasai angkasa.
Fasafahnya : " Siapa Yang Menguasai Angkasa, Mereka Akan Menguasai Bumi "

Jom bersama anime4nz Meneroka Angkasa : Merintis Jalan Membina Tamadun Di Luar Bumi.

Sains Angkasa

Sains angkasa mempunyai peranan penting dalam konteks pembangunan negara. Sains angkasa ialah satu kajian ke atas angkasa lepas dengan menggunakan sains sebagai mediumnya dan terbahagi kepada tiga bidang utama iaitu :
  • Penyelidikan astronomi / astrofizik.
  • Pembangunan teknologi angkasa.
  • Aplikasi angkasa
Astronomi pula merupakan satu bidang ilmu mengenai pengkajian objek angkasa dan alam semesta.

Penyelidikan Astronomi

Penyelidikan berkaitan astronomi biasanya melibatkan :
  • Objek angkasa adalah jauh dan malap.
  • Maklumat yang diterima hanyalah melalui gelombangnya.
  • Memerlukan instrumentasi yang berkuasa dan jitu.
Ahli astronomi menggabungkan pelbagai teknik cerapan di dalam pelbagai panjang gelombang.

Selain mempelajari tentang kepentingan sifat-sifat bumi sebagai contoh, kajian ke atas angkasa juga merangkumi kegunaannya kepada manusia.


Sebagai contoh ; sains angkasa akan membantu manusia menjana ilmu pengetahuan untuk menghasilkan aplikasi seperti kajian oleh saintis Itali, Galileo Galilei mengkaji bulan planet Musytari yang membantu kepada pemahaman sistem suria. Seorang lagi saintis, Edwin Hubble mengkaji gerakan galaksi yang membantu manusia memahami konsep pengembangan alam semesta.

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Mhd. Fairos Asillam berkata pada era ini, penyelidikan aplikasi menjadi semakin penting termasuk untuk tujuan komersial.

"Hari ini jutaan manusia di seluruh dunia menggunakan kemajuan hasil dari penyelidikan astronomi dan sains angkasa untuk meningkatkan kualiti harian mereka tanpa mereka sedari".

"Angkasa ialah suatu bidang yang mengujakan dari segi penyelidikan dan pembangunan teknologi baru serta sarat dengan misteri yang tidak ada batasannya (Full Of Endless Possibility)".

"Sumbangan bidang sains angkasa kepada dunia memang tidak dapat dinafikan lagi".

"Abad ini akan menjanjikan banyak lagi penemuan ilmu pengetahuan baru dan 'spin off' atau limpahan daripada penyelidikan angkasa yang akan meningkatkan kualiti kehidupan di Bumi".

"Malaysia, sebagai sebuah negara yang progresif dalam bidang sains dan teknologi tidak ketinggalan dan sebaliknya bersama-sama dengan komuniti dunia untuk menjadi sebahagian daripada kejayaan tersebut".


Contoh pemindahan teknologi yang merupakan sebahagian dari hasil penyelidikan astronomi dalam bidang tertentu :

Bidang Umum di Daratan
Pembangunan pengesan kamera, teknik pemprosesan imej, komunikasi menggunakan satelit dan pembangunan robotik.

Bidang Umum di Lautan
Penentuan pasang-surut air laut dan arah pelayaran (melalui pemahaman gerakan matahari, bulan dan planet)

Bidang Pertanian
Penentuan musim penanaman dan penyemaian melalui pencerapan dan pemahaman konsep pergerakan Matahari dan Bulan untuk perikanan.

Bidang Pertahanan
Penggunaan satelit berguna dalam teknologi komunikasi, sistem kawalan bumi, isyarat, navigasi serta mencari dan menyelamat.


Aplikasi Sains Penentu Kedudukan
Kenderaan
Kereta - pengurusan kenderaan komersial

Keretapi
Ketibaan / Pelepasan
Mengelak pelanggaran peribadi
Telefon bimbit
Rekreasi
Penjejakan

Maritim
Manuver di pelabuhan
Kawalan barangan berbahaya

Penerbangan
Pengurusan Lapangan Terbang
Kapal Terbang

Lain-lain
Pertanian
Sistem waktu
Penguatkuasaan undang-undang
Transaksi Kewangan

Pencerapan bumi
Kajicuaca
Kajian atmosfera
Pemetaan
Pengurusan risiko dan bencana
Oseanografi

Kajian Sains dalam Perubahan Cuaca
  • Perubahan jumlah penerimaan tenaga dari Matahari yang memberi kesan kepada atmosfera Bumi.
  • Penambahan kadar kebocoran lapisan ozon dan kemasukan sinar ungu yang memberi kesan kepada suhu Bumi. Sinar kosmik boleh memberi kesan kepada litupan awan.
  • Ilmu astronomi (positional astronomy) membantu menggemudi satelit buatan manusia dan penggunaan aplikasi sistem penentu kedudukan global (GPS).
  • Ramalan cuaca : Penggunaan teknologi satelit untuk memantau pergerakan awan yang membolehkan ramalan cuaca yang tepat dilakukan.

Kesan daripada Teknologi Angkasa Lepas
  • Kelengkapan pakaian menahan kebakaran / pakaian kalis api.
  • Kawalan kayuria (joystick).
  • Pengesan asap.
  • Sistem penapisan air


Anime4nz : Ilmu Dunia Angkasa Menjangkaui Pemikiran Akal Manusia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online