klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 30, 2012

Petua Memilih Tayar Kereta Yang Sesuai

Assalamualaikum....

Tentu ada diantara kita bercadang ataupun memang nak menukar tayar kereta ada baiknya Sahabat anime4nz semua membaca artikal tentang tayar ni. Nak beli tayar nie pun, Bukannya boleh beli sebarangan. Kena faham beberapa perkara. Barulah tak kena tipu.
Harga Tayar Kereta
Perkara pertama yang perlu anda diketahui. Pemilihan saiz tayar yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Kalau macam kereta di blog anastasyea, Myvi 1.3, dan menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz sport rim 14 inci. Ini kerana jika menggunakan lebih daripada itu misalnya sport rim saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, kesemua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangkahayatnya dan yang paling penting, minyak akan cepat habis. (memang pun terasa coz anime4nz gunakan myvi 1.3 - R15)

Selepas memperolehi saiz tayar yang sesuai, cuba perhatikan pula di bahagian tepi permukaan tayar. Di situ anda akan nampak satu rangkaian nombor dicetak dipermukaan tepi tayar seperti contoh dibawah.


185/60 R14 82H


Lebar permukaan bawah tayar : 185 mm
Lebar permukaan sisi tayar : 60 mm

Jejari : R

Diameter rim : 14 inchi

Indeks muatan symbol kelajuan : 82H

* indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg

*simbol H = kelajuan maksimum bagi tayar tersebut ialah 210 km/j. Sekiranya dipandu lebih dari kelajuan tersebut, sifat fizikal akan berubah dan besar kemungkinan tayar tidak lagi berfungsi dengan baik.
 



Indeks Had Muatan Tayar ;
*indeks muatan 62 = 265 kg     *indeks muatan 84   = 500 kg     *indeks muatan 106 =   950 kg 
*indeks muatan 63 = 272 kg     *indeks muatan 85   = 515 kg     *indeks muatan 107 =   975 kg
*indeks muatan 64 = 280 kg     *indeks muatan 86   = 530 kg     *indeks muatan 108 = 1000 kg
*indeks muatan 65 = 290 kg     *indeks muatan 87   = 545 kg     *indeks muatan 109 = 1030 kg 
*indeks muatan 66 = 300 kg     *indeks muatan 88   = 560 kg     *indeks muatan 110 = 1060 kg
*indeks muatan 67 = 307 kg     *indeks muatan 89   = 580 kg     *indeks muatan 111 = 1090 kg
*indeks muatan 68 = 315 kg     *indeks muatan 90   = 600 kg     *indeks muatan 112 = 1120 kg
*indeks muatan 69 = 325 kg     *indeks muatan 91   = 615 kg     *indeks muatan 113 = 1150 kg 
*indeks muatan 70 = 335 kg     *indeks muatan 92   = 630 kg     *indeks muatan 114 = 1180 kg  
*indeks muatan 71 = 345 kg     *indeks muatan 93   = 650 kg     *indeks muatan 115 = 1215 kg 
*indeks muatan 72 = 355 kg     *indeks muatan 94   = 670 kg     *indeks muatan 116 = 1250 kg
*indeks muatan 73 = 365 kg     *indeks muatan 95   = 690 kg     *indeks muatan 117 = 1285 kg 
*indeks muatan 74 = 375 kg     *indeks muatan 96   = 710 kg     *indeks muatan 118 = 1320 kg
*indeks muatan 75 = 387 kg     *indeks muatan 97   = 730 kg     *indeks muatan 119 = 1360 kg
*indeks muatan 76 = 400 kg     *indeks muatan 98   = 750 kg     *indeks muatan 120 = 1400 kg
*indeks muatan 77 = 412 kg     *indeks muatan 99   = 775 kg     *indeks muatan 121 = 1450 kg 
*indeks muatan 78 = 425 kg     *indeks muatan 100 = 800 kg     *indeks muatan 122 = 1500 kg
*indeks muatan 79 = 437 kg     *indeks muatan 101 = 825 kg     *indeks muatan 123 = 1550 kg
*indeks muatan 80 = 450 kg     *indeks muatan 102 = 850 kg     *indeks muatan 124 = 1600 kg 
*indeks muatan 81 = 462 kg     *indeks muatan 103 = 875 kg     *indeks muatan 125 = 1650 kg 
*indeks muatan 82 = 475 kg     *indeks muatan 104 = 900 kg     *indeks muatan 126 = 1700 kg
*indeks muatan 83 = 487 kg     *indeks muatan 105 = 925 kg

Simbol/Code Kelajuan Tayar ;

J     - Had laju 100 km/j
K   - Had laju 110 km/j 
L    - Had laju 120 km/j 
M   - Had laju 130 km/j 
N   - Had laju 140 km/j 
P   - Had laju 150 km/j 
Q   - Had laju 160 km/j 
R   - Had laju 170 km/j 
S   - Had laju 180 km/j
T   -
Had laju 190 km/j
U   -
Had laju 200 km/j
H   -
Had laju 210 km/j
V   -
Had laju 240 km/j
Z    -
Had laju melebihi had laju 240 km/j
W  -
Had laju 270 km/j
Y   -
Had laju 300 km/j
ZR  -
Had laju untuk tayar yang mengatasi kelajuan 270 km/j ke atas


contoh : TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A


- kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus tayar kereta tersebut)

- kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B dan C)

- ketahanan suhu : TEMPERATURE A

*A : kawasan panas,  B : kawasan bercuaca normal,  C : kawasan sejuk




 Harga Tayar Kereta
Jika anda melihat semula di tepi tayar itu. Anda akan nampak EMPAT nombor seperti gambar di atas. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan anda maklumat mengenai tarikh tayar itu dikilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluarannya. Macam gambar di atas; 1511 bermaksud, minggu ke 15 dan tahun dikeluarkan adalah pada tahun 2011. Tarikh expired tayar tu pula, sepatutnya minggu ke 15 tahun 2013. Jadi kalau guna tayar yang dah expired. Kemungkinan tayar tersebut akan senang meletup semasa kelajuan tinggi.
tire identification diagram - normal car
tire identification diagram - light truck

 

Anime4nz : Berhati-hatilah ketika memilih tayar yang sesuai untuk kereta anda.

2 comments:

  1. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Tak payah peluh peluh pusing keliling taman tanya harga lepas tu kena klentong dengan kedai...

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama