klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, October 30, 2012

Kurangkan Penggunaan Botol Plastik


Botol plastik terbahagi kepada dua jenis, iaitu 
1. Botol plastik yang boleh digunakan semula (jenis polikarbonat) ; dan 
2. Botol air mineral biasa (jenis polyethylene terephalate,PET)

Secara umumnya, air yang terdapat dalam botol dikatakan lebih baik daripada air paip atau air yang telah dimasak. Ini kerana kandungan air dalam botol tidak dicemari oleh persekitaran selagi penutup botol tersebut belum dibuka. Air juga mudah dibawa dalam botol plastik kerana ia ringan, tahan panas serta tidak mudah pecah lebih-lebih lagi sewaktu mendaki gunung atau melawat kawasan yang kurang bersih.

Air dalam botol yng terdapat di pasaran biasanya terdiri daripada air mineral, air cosmosis berbalik (RO), air suling, jus dan minuman berkarbonat. Walaupun botol ini mempunyai kelebihannya, namun ia mempunyai potensi untuk memudaratkan alam sekitar dan kesihatan. 

Antara kesan botol plastik kepada alam sekitar adalah:

1.      Peningkatan jumlah sampah

Kebanyakan botol plastik dihasilkan untuk digunakan sekali sahaja terutamanya botol yang mempunyai label nombor 1 tertera di bawah botol tersebut. Dalam pada itu, setiap orang dinasihatkan untuk minum 8 gelas air sehari iaitu 4 botol (500ml) air. Cuba bayangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh botol plastik yang terkumpul di tapak pelupusan sampah sekiranya semua orang meminum air dalam botol plastik. Keadaan ini bertambah buruk memandangkan kadar kitar semula plastik di negara kita ini masih rendah (hanya dalam lingkungan 3%) dan botol plastik pula tidak dapat dibiodegrasikan.

2.  Pembaziran air

Proses penulenan yang kompleks dan panjang dan juga kehilangan akibat penyejatan (exaporation loss) yang berlaku semasa pengilangan air kedalam botol memerlukan 3 kali jumlah air mentah untuk menghasilkan satu botol air terproses. Disamping itu, agen pencuci yang digunakan sewaktu pemprosesan botol ini boleh mencemarkan sumber air seperti sungai dan tasik.

3.  Pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui

Penghasilan botol plastik menggunakan bahan daripada petroleum, iaitu sumber yang tidak boleh diperbaharui. Dianggarkan 17 juta tong minyak digunakan setiap tahun di Amerika Syarikat untuk menghasilkan botol air plastik sahaja. Sumber ini akan semakin berkurangan dengan bertambahnya penghasilan botol plastik bagi menampung permintaan pasaran yang terus meningkat.  


4.  Risiko kesihatan

Menurut kajian baru pada September 2008 oleh 'Journal of American Medical Associations' dan juga lapuran terkini (November 2008) dari program Toksikologi Negara (Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat), botol plastik yang menggunakan Bisphenol A (BPA) boleh membawa risiko kesihatan, lebih-lebih lagi kesihatan kanak-kanak. Penggunaan yang kasar seperti pendedahan lama kepada persekitaran yang panas, mencuci dengan agen pencuci yang kuat atau mengisi dengan air yang mendidih boleh mengakibatkan dan mempercepatkan bahan kimia ini mencemari air dalam botol.
BPA memberi kesan yang sama seperti hormon astrogen. Pengumpulannya dalam badan manusia boleh menjejaskan pertumbuhan otak, sistem kesuburan dan fungsi-fungsi lain badan.


 PENYELESAIAN

Apakah yang boleh kita lakukan ialah menghantar botol plastik yang telah digunakan ke pusat kitar semula. Ini dapat mengurangkan kuantiti botol plastik yang dibuang di pusat pelupusan sampah. Akan tetapi, pastikan botol plastik yang digunakan tersebut tidak mengandungi Bisphenol A. 

Botol plastik yang mengandungi BPA selalunya mempunyai nombor 7 tertera di bawah botol tersebut. Namun ini tidak bermakna semua botol plastik bernombor 7 mengandungi BPA kerana nombor 7 bermakna 'lain-lain' jenis plastik. Pastikan kandungannya dirujuk dengan pembuat botol tersebut.

Sebagai alternatif kepada botol plastik, gunakanlah botol kaca atau botol besi jenis tahan karat. Ia bukan sahaja mesra alam tetapi boleh digunakan semula. Namun pastikan anda sentiasa mencuci cawan atau botol ini dengan sabun pencuci serta pastikan ia kering dahulu sebelum mengisikan semula dengan air. Ini kerana botol yang mengandungi air adalah lebih terdedah kepada pertumbuhan kuman dan bakteria.


Anime4nz : Minuman melegakan kehausan - Habis minum buanglah di tong yang disediakan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online