klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, February 13, 2011

Jangan sambut Hari Valentine

KENAPA TIDAK BOLEH SAMBUT HARI KEKASIH "VALENTINE DAY" :-

14 Februari? Jadi kalau sebut jer 14 Februari anime4nz tau je apa dalam kepala hotak u all…. Hari Kekasih, Hari Dating, Hari bagi bunga, hari di mana kedai-kedai bunga kehabisan stok bunga Rose… senang cerita Hari ni adalah Hari Valensetantine’s Day.

Kadang-kadang heran jugak bila ditanya bilakah Nabi Muhammad dilahirkan, tak tau, bilakah jatuhnya Maal Hijrah, tak tau, bilakah jatuhnya Nisfu Syaban, hoh yang ni lagi la tak tau pasal susah sket, bilakah jatuh Hari Aidilfitri, tak err… eh melampau ni  kalau Raya pun tak tau. Berbanding Hari Valentine’s Day masing-masing dah pakat ngan kepala hotak mesti sambut… tak kurang jugak yang awal-awal tahun baru hari tu dah bulatkan 14 Februari tarikh penting seolah-olah ia dah jadi budaya… ishkk3x sedihnya.

Sedikit info yang dapat saya pastekan untuk korang semua kali ini.

1. Perkataan "Valentine" berasal daripada Bahasa Latin Bermaksud 'Yang Perkasa, Kuat dan Kuasa'. Ini ditujukan khas kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan masyarakat Rom. Menyambut Valentine adalah sama seperti menghidupkan kembali budaya pendewaan dan pemujaan patung-patung sembahan masyarakat Rom itu.

2. Sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari 'Valentine' pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka.

3. 'Valentine' adalah paderi paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Paderi besar Pope. Valentine', adalah orang penting ditugaskan menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol.


Teringat pula Halaqah TV9 baru-baru ini oleh Ustaz Syed Mohd Norhisham; panjang lebar diterangkan kisah valentine day yang menjadi ikutan bangsa kita sekarang.

Nauzubillah.... Ketahuilah budaya yang bukan dari kalangan kita dan tidak terikut-ikut agar kita tak terpesong dari akidah NYA. amin....

Jadi kita seharusnya tau tentang asal-usul Valentine’s tersebut agar kita tak terjerumus ke dalam situasi yang merencatkan iman kita. Jadi di bawah ni ada beberapa versi tentang sejarah Valentine’s Day.

Versi 1 ( Riwayat pertama )

Pada 14 Februari 270M, paderi Valentine ditangkap dan dipenjarakan kerana mengahwinkan anak tempatan. Ekoran peristiwa pembunuhan Valentine itu, dia dianggap simbol ketabahan dan keberanian. Sebagai memperingati Valentine, Anak-anak muda Yahudi Kristian merasakan perlu menyambut hari 14 Februari sebagai memperingati ' saint valentine ' @ ' saint valentino ' yang berjuang demi cinta.

Versi 2 ( Riwayat Kedua )

Saint Valentine merupakan seorang paderi yang berpengaruh ketika pemerintahan Ratu Isabella di Andalusia (Sepanyol sekarang). Dia adalah orang kedua terpenting dalam kedudukan Paderi Pope. Dikatakan Valentine adalah orang yang berperanan besar dalam menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Andalusia. dan menghapuskan saki baki orang islam pada masa itu. Ratu berkenan memberikan apa saja keinginannya, dan valentine meminta izin berkahwin dengan kekasihnya dari protekter sedangkan dia hanyalah orang katolik, menyebabkan Ratu Isabella marah. Lalu dipenjarakan Saint valentino dam mati pada 14 Februariu. Oleh kerana jasanya yang tak terhingga maka tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan  kemenangan yang diketuai oleh Valentine pada setiap tahun.
Ini adalah dianggap sebagai virtual agama mereka.

Versi 3 ( Riwayat 3 )

Dalam Catholic Encyclopedia ; Apapun versi Valentino ini. Ia dianggap mati syahid.. Sekurang-kurangnya ada 3 orang Sir Valentine yang berbeza. Semua merupakan syahid.. Ini disebutkan golongan syahid yang terawal pada 14 Februari. Ini disebut dalam web Etnit Catholic Encypclopedia.

Ada juga gereja yang diberikan bersempena nama valentine seperti Gereja di Glasgow, Scotland, St Valentine Church di Philadelphia, Pennsylvania, Catholic Church di Peru, Illinois dan St. Valentine di Buffalo, New York.

Para ayah, para ibu, anak muda , semua orang kena tahu asal usul valentine. Tiada kaitan dengan ajaran islam dan ianya jelas hanyalah tradisi keagamaan penganut Kristian. Jadi sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati dan tidak terlalu beria-ia mengikut tradisi ini.


Mesyuarat pada 24&25 November 2005
(Jawatankuasa Hal Ehwal Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia)
Kesimpulannya :

" Amalan merayakan valentine day tidak pernah dianjurkan oleh islam. Semua perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian, dan amalannya bercampur dengan maksiat yang dilarang oleh islam, dan hukumnya Haram bagi orang Islam "

1 hadis : Riwayat Abu Imam Abu Daud  " Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka mereka terkira dari golongan itu ". 


PERINGATAN : Ini jelas bertentangan dengan syariat Islam selain dikhuatiri boleh menjejaskan akidah dan keimanan kita. 
Dibimbangi kita telah kufur dan inya merupakan  termasuk dalam dosa-dosa besar.
Hukumnya Haram kerana termasuk dengan maksiat.
Ingatlah, kesucian Islam akan dapat dipertahankan selagi umat Islam berpegang kuat dengan akidah Islam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama