klik atas

backlink

gambar laju

Showing posts with label Expo / Karnival. Show all posts
Showing posts with label Expo / Karnival. Show all posts

Sunday, January 18, 2015

Pasca Banjir

Minggu Pasca Banjir Sudah Bermula

Tahun Lepas (2014), Kita telah dikejutkan dengan musibah yang Maha Besar Dugaan bagi yang mampu menahan kesabaran dan ujian dari Allah S.W.T....

Banjir Besar seperti BAH 1971.... menenggelamkan seluruh kampung... sehinggakan rumah 2 tingkat tidak berkecuali... bahkan sekolah 3 tingkat pun.

Yang paling teruk terkena musibah adalah negeri Kelantan..... Anime4nz berkesempatan mengikuti misi sukarelawan bantuan banjir dengan kerjasama #Chukai Adventure Team(CAT), #Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd.(KOPERAT), #Intan Unggul Travel dan #Pemuda Dun Wakaf Mempelam.

Sunday, January 4, 2015

Kenali Nabi Muhammad = Sayangi Rasulullah SAW

Assalamualaikum dan Salam Maulidul Rasul.......

Marilah Kita bersama-sama BERSELAWAT kepada Nabi junjungan kita....

Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam. Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]

Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]

3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]

Sebagai orang Islam kita tahu Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang terakhir. Banyak kisah duka Rasulullah lalui semasa berdakwah untuk Allah. Kalau bandingkan dugaan yang Rasulullah lalui dengan kita tersangat lah bezanya. Kita sebagai manusia biasa selalu tidak tahan atau tidak sabar pada dugaan yang kita lalui tapi Rasulullah hadapi dengan penuh kesabaran, walaupun di fitnah, baling tahi dan sebagainya. Kalau kita di fitnah atau orang berkata buruk hal kita, cepat sangat melenting dan menuduh macam2 pula pada orang yg memfitnah atau berkata buruk pada kita. Tak berhenti2 pula kita memfitnah semula pada mereka, tetapi Rasulullah sangat sabar dan boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Begitu lah mulia hati Rasulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani hidup kita yang penuh pancaroba ini.

Untuk mencintai Rasulullah kita mesti mengenali nya. Di bawah ini anime4nz kongsikan biodata dan kronologi Rasulullah secara ringkas yang anime4nz perolehi dari carian. Harap kita mengenali nya dan disarankan kita cari buku kisah Rasulullah sebelum Baginda lahir hingga Baginda wafat. Memang sedih dan kagum dengan kehebatan Baginda.


Thursday, November 27, 2014

Pakaian Beragam Kanak-kanak Islam

Pertunjukan pakaian beragam kanak-kanak telah diadakan sempena Majlis Konvokesyen PASTI AL-KHAUTHAR II, Kampung Mengabang Tengah, Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Di dalam acara ini pihak PASTI telah memilih kanak-kanak berumur 4 tahun untuk memperagakan pakaian beragam pilihan islamik untuk tontonan hadirin.

Tiada pemenang yang diperuntukkan dalam acara ini.... hanya pra tonton sahaja. semua peserta diberi hadiah saguhati selepas menjayakan pertunjukkan..

http://youtu.be/PZ3XKZjXxgA


Wednesday, October 22, 2014

Panduan Pembeli Rumah

Sila ikuti panduan asas sebelum membeli rumah para blogger anime4nz sekalian.

Hasrat untuk membeli dan memiliki rumah sendiri adalah diantara keutamaan kita....

Bagi kebanyakan orang, ia merupakan detik paling penting dalam hidup mereka.

Prosesnya ringkas dan mudah, namun demikian anda perlu elak daripada melakukan beberapa kesilapan lazim.

Dan bagi memudahkan proses membeli rumah idaman, anda dinasihati mengambil langkah-langkah berikut :

{。^◕‿◕^。} Peringkat Awal : Penilaian sendiri sebelum pembelian.

{。^◕‿◕^。} Peringkat Pembelian

{。^◕‿◕^。} Peringkat Akhir : Penyerahan Pemilikan Kosong


Thursday, August 14, 2014

Sertai Askar Wataniah

SERTAI ASKAR WATANIAH

Permohonan Askar Wataniah

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

Warganegara Malaysia.
Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
Sihat tubuh badan.
Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

Salinan Kad Pengenalan Awam.
Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
Salinan Sijil Kelahiran.
Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

Tuesday, August 12, 2014

Pasaran Rumah Di Terengganu

SEMEMANGNYA isu harga pasaran rumah di Terengganu yang meningkat kini menjadi isu paling menjadi perhatian bagi rakyat selain kos sara hidup yang semakin tinggi.

Umum mengetahui, pasaran barangan binaan perumahan dikawal oleh sebilangan pengilang, kos bahan binaan, upah pekerja, manipulasi oleh spekulator hartanah, harga / keuntungan kontraktor atau sub-kontraktor dan kawasan tumpuan penduduk itu sendiri.

Bukan setakat rumah harga rumah, harga makanan di terengganu dah meningkat naik ... ada perasan tak?

Apa sebabnya kenaikan harga di terengganu?

Wednesday, January 15, 2014

Rumah Berkembar 1 Lapis di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu

Pemaju Perumahan

Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd.
(KOPERAT)

Rumah Berkembar 1 lapis

Banggol Peradong, Mukim Belara, Manir, Kuala Terengganu

28 unit

35' x 75'

RM 250,000.00 - RM 305,600.00

www.koperat.com.my

facebook / koperat








Monday, June 3, 2013

KUSZA dan Sejarah Penubuhannya

Bersesuaian dengan dasawarsa pembangunan Negeri Terengganu yang pesat, satu sistem pengajian tinggi yang berkesinambungan dangan sistem lama ditubuhkan. Sistem pengajian tinggi ini akan meneruskan tradisi melahirkan pemimpin masyarakat dalam semua bidang untuk menyambut cabaran semasa dan mewujudkan golongan profesional dan semi profesional yang berteraskan Islam.

Jesteru, berpaksikan falsafah "Membentuk Generasi Muslim Bertaqwa melalui Ilmu, Iman, Amal dan Akhlak, pada 27 Januari 1980, KUSZA ditubuhkan.

Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah ditubuhkan dan diperbadankan sebagai sebuah Pusat Pengajian Tinggi Islam pada 22 Ogos 1981, melalui Enekmen Bil. 3/1981 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu. Dengan ini K.U.S.Z.A dijadikan sebuah badan berkanun dan mula beroperasi sepenuhnya sebagai badan tersebut pada bulan Jun 1982. Pada peringkat awalnya pentadbiran KUSZA diletakkan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Thursday, May 2, 2013

model replika PRU13 di TERENGGANU DARUL IMAN

Jom kita susuri perjalanan dan semangat perjuangan ISLAM di Terengganu Darul Iman.


Boleh kira tak NIKMAT dari ALLAH?

Nikmat pada tubuh badan kita. Ambil kalkulator, ganti bateri baru dulu gok.
Kita pun kira nikmat mata kita, bila tengok bukan mula-mula keluar black & white dulu.
Tapi terus yang ada colour.

Nikmat boleh cakap, boleh makan, dapat isteri, dapat anak...

Kira kira, kira... Boleh jem kalkulator !
Mampukah kita bayar nikmat ALLAH ?

CONTOH : Manusia tak dapat nikmat nafas oksigen.
Di beri pilihan, nak oksigen ke nak kereta mercedes ?
Tentu manusia nak oksigen lagi.

Kita terlalu bertuah di beri nikmat ISLAM,
kerana ALLAH hanya menerima ISLAM sebagai agama disisi-NYA.

Maka, peliharalah ISLAM pada diri, sebaik-baik ISLAM di sisi ALLAH,
adalah mereka yang beriman.

Thursday, April 11, 2013

kahwin tanpa hutang

Anda nak kahwin hujung tahun ni ?.
Hantaran kahwin, RM10,000.
Dalam simpanan, ada RM1,000. (RM10,000-RM1000 = RM9,000 lagi)
Daripada sekarang, ada lebih kurang 8 bulan lagi.
Katakan anda kerja, gaji RM2,000.
Tolak sana sini, tinggal RM200.
Kalau 8 bulan, adalah RM1,600. (RM9,000 - RM1,600 = RM7,400 lagi)


1. Kalau nak cara gerila, jual semua benda yang anda ada :-
2. downgrade kenderaan anda. Mungkin daripada kereta kepada motor, atau daripada motor kepada public je
3. kalau tak perlu laptop, pakai desktop je kat rumah
4. downgrade henfon anda, daripada smartphone, kepada cucu cicit Nokia 3310
5. jual semua barang yang anda tak perlu di mudah.my atau lelong.com.my atau kat kedai barang second hand

6. Satu lagi, buat bisnes yang boleh bagi anda, income at least RM500 sebulan.
Kalau kena jual beger jual lah beger.
Kalau kena jual nasi lemak, jual lah nasi lemak.
Kalau kena jual air, jual lah.

Kalau perlu jual PAD AVAIL, jual lah.
Pedulikan apa orang kata, bukan diorang yang nak kawin, anda yang nak kawin.

Sebenarnya banyak lagi cara untuk tambah pendapatan, mungkin tak nampak jalan sebab terlalu tertekan.

Nasihat anime4nz, pergi solat Maghrib kat Masjid atau Surau, then tunggu Isyak.
Masa tunggu Isyak tu, sukahati lah nak duduk saje ke, nak baca quran ke, nak dengar ceramah ke, asalkan duduk kat sana tu.

Kasi kepala otak kurang serabut sikit.

Owh ye, sekarang ni musim demam politik.
Kalau boleh, takyah lah terlibat baca post atau beri komen kepada post-post yang berbaur "kutuk mengutuk", tidak kira mana bendera sekali pun.

Wallahua'lam

Monday, April 8, 2013

Jenis-jenis Ikatan Tanjak, Destar dan Tengkolok Semua Negeri Di Malaysia

TERENGGANU DARUL IMAN


TANJAK LANG MELAYANG
Destar ini dipakai oleh pembesar-pembesar Negeri Terengganu yang bergelar Datuk. Destar ini terkenal sebagai solek Lang Melayang dan hanya dipakai pada majlis tertentu sahaja.


TANJAK LAKSAMANA TERENGGANU
Destar yang di perbuat daripada kain songket berwarna hitam berbenang emas ini berasal dari Terengganu. Pada mas dahulu, ia menjadi pakaian hulu rasmi Laksamana Terengganu. Warna rasminya adalah biru yang melambangkan laut selaras dengan tanggungjawab Laksamana mengawal laut. Pada masa sekarang ikatan jenis ini dipakai oleh Menteri Besar Terengganu sebagai pakaian rasmi di majlis adat istiadat di istana Terengganu. 



DESTAR DATUK BIJA DI RAJA
Orang Besar Lapan Negeri Terengganu memakai destar yang digelar ikat lilit Datuk Bija Diraja. Kain yang digunakan berwarna hitam dan perak. 



TANJAK TEMALONG BUDU
Destar jenis ini biasanya dipakai oleh pegawai-pegawai kerajaan pangkat rendah dan orang biasa di Negeri Terenganu apabila mengadap D.Y.M.M. Sultan Terengganu untuk menerima anugerah pingat atau kurniaan negeri. 




TANJAK DAGANG SAKIT DI RANTAU
Ada juga Datuk-datuk di Negeri Terengganu yang memakai destar yang diberi nama Dagang Sakit Di Rantau berwarna kelabu dan perak. 



Monday, April 1, 2013

RAHSIA APRIL FOOL - Buat Renungan Bersama

Assalamualaikumwbh. Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya ‘pandang kebarat’.

Berbalik kepada perayaan April Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Saturday, January 26, 2013

Langkah Keselamatan Dari Kejutan Elektrik / Elektrikal


Keselamatan Dari Kejutan Elektrik

 Sebelum kita pergi jauh jom anime4nz men'share'kan sedikit pengetahuan yang perlu diketahui langkah-langkah keselamatan untuk memastikan kita tidak terkena kejutan elektrik.

Di bawah disenaraikan langkah-langkah yang perlu dipatuhi:


1. Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan.

Jangan pegang/sentuh 'live wire' dengan tangan. Gunakan 'Test pen' atau 'Multimeter' untuk memeriksa sama ada talian tersebut mempunyai tenaga elektrik atau tidak.

Plug didinding mempunyai tiga lubang. Lubang di atas sekali dikenali sebagai bumi (Earth) dan wayar di dalamnya berwarna hijau. Sebelah kanan dikenali sebagai hidup (Live) dan wayarnya berwarna coklat. Sebelah kiri dikenali sebagai berkecuali (Neutral) dan wayarnya berwarna biru. 
menunjukkan kedudukan wayar dlm plug 3 pin
 Sekiranya kita menggunakan peralatan seperti Test Pen, hujungnya hendaklah dimasukkan pada lubang hidup dan hujung jari kita memegang pangkal atau penutup Test Pen tersebut. Sekiranya lampu menyala pada Test Pen maka ada aliran elektrik. Jika tidak menyala, pastikan anda telah menghidupkan plugnya. Ujian juga boleh dilakukan pada lubang hidup dan berkecuali, hasil ujian mestilah menyala. Kalau tidak menyala tandanya ada kesilapan pendawaian atau tiada api/elektrik. Perlu diingatkan ujian arus elektrik untuk peralatan Test Pen ada hadnya. Pada setiap peralatan Test Pen ada tertera voltan minima dan maksima. Selalunya bermula dari 100V sehingga 500V. Jadi lampu hanya menyala sekiranya voltan tersebut melebihi 100V. Sekiranya kita menguji talian voltan sebesar 1000V, kita pasti akan terkena kejutan elektrik.
cara betul guna test pen vs kadar voltan minima-maksima ditunjukkan
 Sekiranya kita menggunakan peralatan seperti Multimeter, tombol perlu disetkan kepada arus AC sekurang-kurangnya menunjukkan 250V. Palam yang berwarna merah perlu dimasukkan pada lubang hidup dan palam berwarna hitam dimasukkan pada lubang berkecuali. Sekiranya terdapat voltan yang mengalir, jarum akan menunjukkan sekitar 230V.

Sekiranya kita tersentuh wayar yang hidup, maka tangan kita secara automatik akan mengengam wayar tersebut.  Ini kerana tindakan reflex yang membuatkan kita mengengam wayar tersebut. Tidak ada manusia normal sengaja menyentuh wayar elektrik hanya semata-mata untuk menguji sama ada talian tersebut berfungsi atau tidak. Kadang-kadang (selalunya) kita terlupa membawa Test Pen, kita hanya membawa peralatan pemutar skru (skru driver). Ini menimbulkan masalah apabila kita perlu menguji plug ditempat yang tiada peralatan elektrik.

Bayangkan scenario ini, anda pergi melawat pejabat baru dengan Pengarah. Sampai sahaja, lampu pejabat akan dipasang. Bila lampu menyala, maka kita tahu pejabat tersebut telah mempunyai bekalan elektrik. Tetapi anda tidak pasti sama ada plug dipejabat tersebut berfungsi atau tidak. Tiba-tiba Pengarah bertanya “Mat, plug dekat dinding tu boleh digunakan ke? Tetapi anda tidak membawa sebarang peralatan untuk menguji plug tersebut. Test Pen pula tertinggal dipejabat dan yang ada hanyalah kunci kereta. Nak jawap tak tahu sebab terlupa bawa Test Pen pada Pengarah, alamatnya kena jeling. Jadi cara paling mudah, masukkan kunci dilubang hidup, hidupkan plug dan pegang kunci tersebut. Kalau anda terkena kejutan, maka sah 100% plug berfungsi dengan baik. TOLONG JANGAN BUAT KERJA GILA. Kalau terpaksa juga (nak bodek Pengarah punya pasal), anda boleh sentuh kunci tadi dengan belakang jari (BUKAN belakang tapak tangan). Sekiranya ada kejutan elektrik, jari anda akan tergenggam dengan sendirinya dan seterusnya menjauhi kunci tersebut.

Friday, January 18, 2013

Cara Mengatasi Handphone, Telefon, Tablet PC Android Yang Tidak Boleh Start atau Boot Loop, Brick, Terkunci, Lupa Pin, Password, Salah Masukkan Kunci Pola atau Unlock Patern

Masalah juga ya kalu doh pakai telefon atau tablet yang lebih updated ni kan. Kalau pembaca sekalian ada kewarasan baik pakai telefon atau tablet biasa saja. Baru je start nak pakai tablet pc dah mula terjadi sesuatu yang tak diingini. Masalah yang anime4nz terjadi adalah hanging tak tentu pasal  dan terbaru  tidak boleh start  atau masuk dalam operasi biasa kerana tersalah unlock patern. Ralatnya kena masukkan akaun gmail yang sah. Tapi akaun gmail yang ada adalah milik tuan kedai. Walaupun saya dah bertanyakan pada vendor passwoodnya still tak dapat masuk dan salah kata laluannya. Mungkin kena ada line internet dulu kut baru dapat log in. Masalahnya camna nak masuk internet, camna nak tekan on wifi, camna nak tekan data override untuk broadband kalau dah jadi lagu tu?

Buat baik lah dengan pokcik google mungkin dia yang sedia membantu sikit banyak. Terjumpa jugaklah masalah yang dicari. terima kasih la pada pakcikku, pelangiisya dan harga-hp coz tolong barang ser dua walaupun bahasa pelat jawa izinkan saya ubahsuai ke bahasa malaysia dan pemahaman dan rujukan blog ini ya. Tablet PC ku dah boleh beroperasi seperti biasa. Alhamdulillah

Jom anime4nz sharekan masalah tu dan korang semua boleh applykan jika terjadinya masalah yg sama, so tak payahlah pergi ke kedai berulang kali dan bayar sebayar bayarya. Kalau korang banyak duit pergi saja.. kalau masih dalam waranti pergi sahaja. kalau korang tak nak buat sendiri pergi sajalah ya.

Apa itu Factory Data Reset (Reset Data Kilang/Asal) Android?
Factory reset adalah suatu cara untuk mengembalikan software handphone/telefon/tablet pc Android ke keadaan asal seperti baru keluar dari kilang. Factory reset pada umumnya dapat menyelesaikan hampir semua masalah yang disebabkan oleh kerosakan software.

Sebagai catatan : Proses 'factory reset'/'factory data reset' akan menghapus semua data dan aplikasi yang tersimpan di memori internal telepon/ handphone / tablet pc Android.

Pada umumnya Factory Reset dapat dilakukan melalui menu Settings (pengaturan) - Privacy (privasi) / Backup n reset - Factory data reset (reset data kilang). Namun bila keadaan handphonenya tidak mahu start atau tidak mahu masuk ke menu, maka untuk melakukan factory reset, harus melalui recovery mode.

Apa itu Recovery Mode Android?
Recovery mode Android pada dasarnya adalah suatu menu Android yang berguna untuk recovery atau memperbaiki kerosakan software Android.
Ada juga beberapa handphone, upgrade software dapat juga dilakukan langsung melalui recovery mode.
Tidak semua tablet / handphone Android memiliki recovery mode,
Namun beberapa jenis Android, hal ini dapat diatasi dengan menginstall recovery mode buatan pihak ketiga, misalnya ClockwordMod recovery atau xRecovery.

Recovery mode akan sangat berguna bila Anda mengalami hal-hal sebagai berikut:
  1. Bila handphone/telefon/tablet pc Android tidak dapat start atau hanya berhenti di logo saja (biasa disebut boot loop Android). Hal ini terjadi disebabkan oleh beberapa hal, misalnya akibat ada aplikasi yang error atau baru saja menginstall aplikasi yang tidak stabil dengan model handphone (dalam banyak keadaan/kes, setelah menginstall font changer).
  2. Bila handphone Android dapat dinyalakan, namun tidak mahu merespon input dari pengguna, misalnya layar Android tidak mahu/boleh disentuh atau tidak dapat masuk ke menu telepon / tablet pc.
  3. Bila anda lupa PIN, Password atau anda terlalu banyak melakukan percubaan menggambar pola (pattern) pengunci skrin depan Android yang menyebabkan anda tidak dapat masuk ke menu.
  4. Kerosakan-kerosakan software Android lainnya.
Untuk melakukan factory reset via recovery mode secara garis besar dapat dilakukan dengan dua langkah mudah berikut. Namun sebelumnya

do with your own risk (DWYOR) atau risiko ditanggung sendiri ok !

Berikut caranya:

Tuesday, January 8, 2013

AMARAN ! RIBUT TROPIKA SONAMU DI MALAYSIA

info ribut tropika (sonamu)
terkini :-

CUACA DI TERENGGANU SETAKAT INI TIDAK MENENTU.

MENDUNG DISEBELAH PAGI DAN PANAS TERIK KETIKA INI.

TINJUAN DI BEBERAPA LOKASI DI PERSISIR PANTAI DI CHENDERING HINGGA KE BATU BURUK MENDAPATI--TENANG DAN TERKAWAL.

SELAIN LAUT BERGELORA DAN BACAAN KETINGGIAN OMBAK SETAKAT INI HANYA 0.5 METER.

PENIAGA-PENIAGA KECIL YANG BERNIAGA DIKAWASAN PANTAI MASIH MENERUSKAN AKTIVITI PERNIAGAAN SEPERTI BIASA.

SETIAUSAHA KESELAMATAN NEGERI, TAJUL ARIFFIN MUHAMAD KETIKA DIHUBUNGI BERKATA, BERDASARKAN RAMALAN-- KELAJUAN ANGIN ATAU RIBUT TROPIKA SONAMO YANG MENGHAMPIRI PERAIRAN NEGARA BERKURANG.

TERKINI--RIBUT TROPIKA KINI HANYA BERPUSAT DI KAWASAN LAUT DAN TIDAK MENGHAMPIRI KAWASAN PERSISIRAN PANTAI TETAPI BOLEH MEMBAWA JUMLAH HUJAN YANG TINGGI KE KAWASAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG.

DALAM PERKEMBANGAN LAIN, AKTIVITI LAUT TIDAK DBENARKAN BERIKUTAN OMBAK BESAR.

AGENSI-AGENSI KESELAMATAN LAIN SEPERTI PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT, JABATAN PERTAHANAN AWAM, POLIS, ANGKATAN TENTERA, JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU--KINI BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI KEMUNGKINAN BANJIR FASA KETIGA.

BAGAIMANAPUN SEGALA KEMUNGKINAN TEMPIAS RIBUT TROPIKA SONAMU MELANDA PERSISIRAN PANTAI TERENGGANU HINGGA KE TIMUR LAUT DUNGUN TIDAK BOLEH DIPANDANG REMEH.

KETUA POLIS TERENGGANU, DATUK JAMSHAH MUSTAPA KETIKA DIHUBUNGI MEMINTA ORANG RAMAI SENTIASA BERWASPADA.

PIHAKNYA JUGA MENEMPATKAN BEBERAPA ANGGOTA POLIS DI KAWASAN PANTAI UNTUK MEMBUAT RONDAAN DAN MEMANTAU PERKARA ITU.

ORANG RAMAI DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK PANIK DAN JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN YANG DISEBARKAN OLEH PIHAK TIDAK BERTANGGUNGJAWAB MELALUI LAMAN SOSIAL DAN JUGA BLOG.

SEGELINTIRNYA MENDAKWA BAHAWA BANDAR TERENGGANU AKAN TENGGELAM-- BERSABIT PERKARA ITU.

ENDS

Keadaan Laut Di Terengganu 8 Januari 2013

Dikeluarkan pada pukul 12:41PM, 08 Januari 2013
 
AMARAN KATEGORI KETIGA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA



Kemaskini:
Satu Lekukan Tropika dikesan pada Latitud 6.0 U dan Longitud 108.0 T, pada jam 08:00 pagi 8 Januari 2013, kira-kira 526 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan berada dalam keadaan hampir pegun.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Terengganu, Condore & Reef North dijangka berterusan sehingga lewat malam, Selasa, 8 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Bintulu & Miri) & Reef South dijangka berterusan sehingga lewat petang, Selasa, 8 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

iii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Johor Barat dijangka berterusan sehingga awal petang, Selasa, 8 Januari 2013.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan berbahaya kepada bot- bot kecil.

Dikemaskini pada 08 Januari 2013, jam 12:41PM

Oleh: Jabatan Meteorologi Malaysia
(Bhg. Meteorologi Lautan dan Oseanografi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Amaran JMM.RML 07/701/03 Jld.76 (22)

Imej Radar Semenanjung Malaysia
Nama / Kawasan Perairan Malaysia

DARIPADA: PUSAT RAMALAN CUACA,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH: 08 Januari 2013
Our Ref: JMM.RML06/599/46/ Jld22 (79)

Nasihat Lekukan Tropika
Di keluarkan pada  08:57AM 08 Januari 2013
Peringkat : Lekukan TropikaMasa Pencerapan : 8:00 pagi, 8 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 6.0 Utara; Longitud 108.0 Timur; kira-kira 555 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Hampir pegun.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 526 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.



DARIPADA: PUSAT RAMALAN CUACA,
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA
TARIKH: 08 Januari 2013
Our Ref: JMM.RML06/599/46/ Jld22 (77)


Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada  02:49AM 08 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).Masa Pencerapan : 2:00 pagi, 8 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 6.2 Utara; Longitud 108.0 Timur; kira-kira 534 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Ke arah Barat-Barat Daya dengan perlahan.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 532 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.


Penamatan Nasihat (Peringkat Kuning)

Dikeluarkan pada: 08:35pm pada 07 Januari 2013

Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang dikeluarkan pada 07:10pm, Sabtu, 05 Januari 2013 untuk Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang kini ditamatkan.


anime4nz : AMARAN ! SONAMU - PERINTAH KERAJAAN TERENGGANU 

Monday, January 7, 2013

Keadaan Laut Di Terengganu 07 Januari 2013

AMARAN BERJAGA-JAGA 2013

Dikeluarkan pada pukul 03:39PM, 07 Januari 2013
 
AMARAN KATEGORI KETIGA

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA


Di Perairan Laut China Selatan


Kemaskini:
Ribut Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.4 U dan Longitud 108.3 T, pada jam 2:00 petang 7 Januari 2013, kira-kira 571 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu dan bergerak perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.

SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North, Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini

i) Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore dijangka berterusan sehingga lewat malam, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter, adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sabah (Sandakan & Lahad Datu), Sulu & Sulawesi dijangka berterusan sehingga lewat malam, Isnin, 7 Januari 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dikemaskini pada 07 Januari 2013, jam 03:39PM

Oleh: Jabatan Meteorologi Malaysia
(Bhg. Meteorologi Lautan dan Oseanografi) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Amaran JMM.RML 07/701/03 Jld.76 (19)

Sunday, December 30, 2012

Gajet Popular 2012

SEPANJANG tahun 2012, banyak gajet elektronik yang dilancarkan dan mendapat tempat di hati pengguna.

Tahun ini saja bagaikan tercetus 'perang' antara dua gergasi pengeluar gajet terkemuka dunia iaitu Apple dan Samsung.

Kedua-dua gergasi ini tidak ambil peduli dengan kes saman-menyaman sebaliknya terus mengeluarkan pelbagai gajet bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Jom kita tinjau bersama anime4nz apakah gajet yang berjaya mendapat tempat di hati pengguna berdasarkan carian Google.

iPAD 3

WALAUPUN iPad 4 telah dilancarkan November 2012 lalu, iPad 3 masih menjadi gajet yang paling banyak mendapat tempat di carian Google.

Ini tidak memeranjatkan kerana iPad 3 adalah tablet pertama yang datang dengan paparan visual dengan kualiti Retina.

Paparan berkenaan sememangnya berbaloi bagi pengguna terutama individu dan mereka yang telah menggunakan dan membezakan kedua-dua iPad 2 dan iPad 3.

Untuk tahun 2013, apa agaknya gajet yang akan merampas kedudukan iPad 3 ? PAD AVAIL

Wednesday, December 19, 2012

Pengiraan Peruntukkan Elaun / Gaji / Saguhati / Bounti / Bounty Askar Wataniah Melalui Latihan

Elaun Pasukan Simpanan Tentera Darat Naik Mulai Tahun 2013

Jom kira duit masuk poket bersama anime4nz :)


ELAUN LATIHAN TEMPATAN

Elaun Latihan Tempatan bagi anggota LLP akan dinaikkan sebanyak 50% daripada RM4.00/jam kepada RM6.00/jam mulai tahun 2013. Dalam setahun, terdapat 24 siri latihan tempatan yang selalunya bermula pada bulan Februari/March dan berakhir dalam bulan September/Oktober. Setiap siri memperuntukkan 10 jam latihan maksimum. Jadi matematiknya adalah seperti berikut:

RM6.00/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1440.00

dan bagi pegawai pula adalah seperti berikut:

RM7.80/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1872.00 (kenaikan daripada RM 5.80/jam kepada RM 7.80/jam)


GAJI LATIHAN BERTERUSAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan berterusan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota boleh menghadiri kedua-dua latihan tersebut selama 7 hari bagi satu siri. Gaji pokok bagi setiap pangkat dikatakan telah naik.

Siri 1 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 1

Siri 2 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 2


GAJI LATIHAN KEM TAHUNAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan kem tahunan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota hanya dibenarkan menyertai salah satu siri sahaja yang dilaksanakan selama 15 hari.

15 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Bagi Latihan Kem Tahunan

Bagi anggota berpangkat prebet, sekurang-kurangnya memperoleh RM 502.00,
Bagi anggota berpangkat lans koperal, sekurang-kurangnya RM 645.00,
Bagi anggota berpangkat koperal, sekurang-kurangnya RM 760.00.
.............

Tuesday, December 4, 2012

Eurocopter EC725

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) semalam menerima dua daripada 12 pesawat Eurocopter EC725 bagi menggantikan sebahagian daripada 38 helikopter Nuri (Sikorsky S61A-4) yang berkhidmat sejak 1959.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain memperkuatkan operasi mencari dan menyelamat, pesawat buatan Perancis itu juga mempunyai fungsi luas antaranya, sebagai pengangkutan serta utiliti lain.

"pemilikan helikopter enjin berkembar daripada keluarga Super Puma atau Cougar itu dapat memantapkan lagi tugas-tugas mencari dan menyelamat (SAR), logistik dan keupayaan tempur Angkatan Tentera Malaysia secara Amnya."
Helikopter EC725

"EC725 ini boleh membawa sehingga 11,000 kilogram muatan. Ia juga boleh digunakan dalam semua cuaca serta dilengkapi kamera dan radar yang amat penting apabila operasi mencari dan menyelamat dilakukan," katanya selepas majlis penyerahan pesawat itu di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di sini.

"Helikopter berkelajuan 324 kilometer sejam ini juga boleh digunakan pada waktu malam dengan teknologi penglihatan pandang malam, di samping kekal relevan selaras perkembangan taktikal geostrategik pertahanan rantau ini sekurang-kurangnya dalam masa 30 tahun akan datang."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online