Marilah Kita bersama-sama BERSELAWAT kepada Nabi junjungan kita....
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam. Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-
1. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
2. Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
3. Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Sebagai orang Islam kita tahu Nabi Muhammad adalah nabi dan rasul yang terakhir. Banyak kisah duka Rasulullah lalui semasa berdakwah untuk Allah. Kalau bandingkan dugaan yang Rasulullah lalui dengan kita tersangat lah bezanya. Kita sebagai manusia biasa selalu tidak tahan atau tidak sabar pada dugaan yang kita lalui tapi Rasulullah hadapi dengan penuh kesabaran, walaupun di fitnah, baling tahi dan sebagainya. Kalau kita di fitnah atau orang berkata buruk hal kita, cepat sangat melenting dan menuduh macam2 pula pada orang yg memfitnah atau berkata buruk pada kita. Tak berhenti2 pula kita memfitnah semula pada mereka, tetapi Rasulullah sangat sabar dan boleh buat baik pada orang yang buat jahat pada Baginda. Begitu lah mulia hati Rasulullah. Memang Rasulullah manusia yang terpilih. Kita patut jadikan Rasulullah sebagai idola kita untuk menjalani hidup kita yang penuh pancaroba ini.
Untuk mencintai Rasulullah kita mesti mengenali nya. Di bawah ini anime4nz kongsikan biodata dan kronologi Rasulullah secara ringkas yang anime4nz perolehi dari carian. Harap kita mengenali nya dan disarankan kita cari buku kisah Rasulullah sebelum Baginda lahir hingga Baginda wafat. Memang sedih dan kagum dengan kehebatan Baginda.
BIODATA RASULULLAH SAW
• Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
• Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan.
• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab.
• Nama Datuk: Syaibah bin Hashim atau lebih dikenali dengan nama Abdul Mutalib.
• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571 Masihi
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)
• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
• Bidan Nabi: Ummu Mas'ud
• Bilangan adik-beradik: Anak tunggal [anak yatim].
• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
• Pengasuh lain: Aminah, Thuwaibah, Halimatun As-Sa'diyah
• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
• Nama-nama lain: Ahmad, Al-Mahi, Al-Hasyir, Al-A'qib, Al-Mutawakkil.
• Nama-nama Gelaran: Abu Qasim, Al-Amin.
• Bangsa: Arab Quraisy.
• Agama: Islam
• Umur ketika Berkahwin: 25 Tahun
• Nama-nama Isteri:
1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)
*semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar
• Nama Anak-anak:
1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)
• Nama-nama Bapa Saudara:
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-‘Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-‘Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
• Nama-nama Emak Saudara:
1. Sufiah
2. A'tikah
3. Barrah
4. Urwa
5. Umaimah
6. Ummu Hakim Al-Baidha'
• Bapa Saudara dan Emak Saudara yang memeluk Islam:
1. Hamzah, Al-A'bbas
2. Sufiah, Urwa
• Nama-nama Hamba Lelaki:
1. Aslam
2. Abu Rafi'
3. Sauban
3. Abu Kabshah Sulaim
4. Syurqan
5. Yasar
6. Nubi
• Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan:
1. Mariah Al-Qibtiah
2. Raihanah
• Nama Anak Angkat: Zaid bin Harithah bin Syarahil
• Nama Anak Tiri: Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah Al-Tamimi (anak kepada Saiditina Khatijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasululllah, Khatijah adalah seorang janda.
• Nama-nama Khadam:
1. Anas bin Malik
2. Abdullah bin Mas'ud
3. Uqbah bin Amir
4. Asla' bin Syarik
5. Bilal bin Rabah
6. Abu Zar Al-Ghiffari
• Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran: Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Zubir, Amir, Amru Al-As, Zaib bin Thabit, Muawiyyah, Ubai bin Kaab, Abdullah bin Rawa
• Setiausaha Sulit : Huzaifah bin Yamam
• Sifat Fizikal:
1. Badan tinggi sedang
2. Rambut ikal mayang
3. Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap
4. Bulu dada nipis, keseluruhan badan tidak berbulu
5. Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang
• Sifat-sifat Yang Wajib:
1. Siddiq [benar]
2. Amanah [jujur]
3. Tabligh [menyampaikan]
4. Fatanah [bijaksana]
• Sifat-sifat Yang Mustahil:
1. Kazib [dusta]
2. Khianah [pecah amanah]
3. Kitman [menyembunyikan]
4. Baladah [bodoh]
• Sifat-sifat Yang Harus:
1. Makan
2. Minum
3. Tidur
4. Berkahwin
5. Sakit
6. Demam
• Pendidikan: Al-Ummiy [tidak pandai membaca dan menulis]
• Pekerjaan:
1. Gembala Kambing
2. Berniaga
• Perlantikan menjadi Nabi dan Rasul: Umur 40 tahun di Gua Hira'
• Mula Menerima Wahyu: 610 Masihi.
• Guru Pertama : Malaikat Jibril 'Alaihi Salam
• Tugas Utama: Menyeru manusia menyembah Allah SWT
• Jawatan Yang Diamanahkan:
1. Menjadi Nabi
2. Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin
3. Ketua Pemerintah Kerajaan Islam di Madinah.
• Keistimewaan:
1. Sebaik-baik makhluk yang dicipta
2. Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-QURAN.
3. Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [Khatamun Nabiyyin]
4. Manusia pertama masuk Syurga
• Gelaran dari Kalangan Nabi: Ulul Azmi [banyak menempuh ujian berat daripada Allah]
• Kenangan Manis: Dibawa melancong dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj
• Kenangan Pahit:
1. Diusir oleh penduduk Ta'if
2. Semasa peperangan Uhud
• Pengalaman Pertama Menerima Wahyu: Turunnya Al-Quran Ayat Iqra' [1-5 ayat, di Gua Hira'] pada 12 Rabiul Awal.
• Pengalaman Yang Paling Menakutkan: Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s di ruang angkasa.
• Hijrah ke Madinah: Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar As-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 RabiulAwal bersamaan 24 September 622M.
• Berdakwah secara Sembunyi: 3 Tahun
• Berdakwah secara Terang: 10 Tahun
• Orang Yang Pertama Didakwah dan Memeluk Islam:
1. Lelaki Dewasa : Abu Bakar As-Siddiq
2. Perempuan Dewasa : Khatijah [isteri Nabi]
3. Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib
4. Hamba : Zaid bin Harithah
• Sahabat-sahabat Kanan:
1. Abu Bakar As-Siddiq
2. Umar Al-Khattab
3. Uthman bin Affan
4. Ali bin Abu Talib
• Mertua dan Menantu dari Kalangan Sahabat:
1. Abu Bakar dan Umar [mertua]
2. Uthman dan Ali [menantu]
• Berita Yang Mengembirakan: Keislaman Umar bin Al-Khattab
• Berita Yang Menyedihkan:
1. Kematian Khatijah bt Khuwailid [isteri Nabi]
2. Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]
3. Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi]
• Peristiwa Yang Mengembirakan: Pembukaan Kota Makkah.
• Penglibatan dalam Peperangan: Peperangan Badar, Uhud, Bani Nadhir, Khandak, Khaibar, Bani Qurazhah, Al-Fathu Makkah, Hudaibiyyah, Hunain, Tabuk
• Nama tempat yang pernah dilawati: Syam, Baitul Maqdis [Palestin]
• Catat Rekod Dunia: Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya' hingga sebelum masuk waktu Subuh [Isra' & Mi'raj]
• Isteri yang Paling Disayangi: Aisyah [ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup]
• Anak yang Paling Disayangi: Fatimah
• Cucu yang Paling Disayangi: Hassan bin Ali & Hussin bin Ali
• Sahabat yang paling Disayangi: Abu Bakar
• Warna Kegemaran: Merah, Putih dan Hijau.
• Makanan Kegemaran: Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur.
• Sukan Kegemaran: Menunggang kuda, memanah dan berenang.
• Binatang Kesayangan: Kucing
• Nasihat Nabi: "Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan"
• Wasiat Nabi: Dalam Khutbah Wida' [Khutbah Selamat Tinggal] "Aku tinggalkan dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kau berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku,"
• Syafaat Nabi: Kepada umat yang sentiasa berselawat keatasnya.
• Tarikh Wafat: Waktu pagi hari Isnin, 12 Rabiul Awal 11H bersamaan 8 Jun 632 Masihi [Umur 63 tahun, 4 hari]
• Tempat Wafat: Madinah Al-Munawwarah.
Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga," (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)
USIA 5 TAHUN
• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud didalamnya dan membersihkan Baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya.
USIA 6 TAHUN
• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
• Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
• Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
• Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.
• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
• Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 Masihi.
USIA 63 TAHUN
• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Jun 632 Masihi.
Nabi Muhammad SAW - Manusia Agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Diantara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :
- Aku belum pernah melihat lelakiyang sekacak Rasulullah saw
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut Baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi tertalu elok bentuknya.
- Rambutnya sidikit ikal.
- Rambutnya tebal kdng-kdng mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Ditubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dngn cantik.
- Tapak tangannya bagai sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit Baginda putih kemerah-merahan
Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak.
Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya.
waallahualam.......
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada anime4nz [at] gmail [dot] com"
~ JOM LAYAN KOMIK DARI PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL ~
*********************************************************************************
No comments:
Post a Comment