Keselamatan Dari Kejutan Elektrik
Sebelum kita pergi jauh jom anime4nz men'share'kan sedikit pengetahuan yang perlu diketahui langkah-langkah keselamatan untuk memastikan kita tidak
terkena kejutan elektrik.
Di bawah
disenaraikan langkah-langkah yang perlu dipatuhi:
1. Jangan sesekali pegang wayar hidup dengan tangan.
Jangan pegang/sentuh 'live wire' dengan
tangan. Gunakan 'Test pen' atau 'Multimeter' untuk memeriksa sama ada talian
tersebut mempunyai tenaga elektrik atau tidak.
Plug didinding mempunyai tiga lubang.
Lubang di atas sekali dikenali sebagai bumi (Earth) dan wayar di
dalamnya berwarna hijau. Sebelah kanan dikenali sebagai hidup (Live) dan
wayarnya berwarna coklat. Sebelah kiri dikenali sebagai berkecuali (Neutral)
dan wayarnya berwarna biru.
menunjukkan kedudukan wayar dlm plug 3 pin |
Sekiranya kita menggunakan peralatan
seperti Test Pen, hujungnya hendaklah dimasukkan pada lubang hidup dan hujung
jari kita memegang pangkal atau penutup Test Pen tersebut. Sekiranya lampu
menyala pada Test Pen maka ada aliran elektrik. Jika tidak menyala, pastikan
anda telah menghidupkan plugnya. Ujian juga boleh dilakukan pada lubang hidup
dan berkecuali, hasil ujian mestilah menyala. Kalau tidak menyala tandanya ada
kesilapan pendawaian atau tiada api/elektrik. Perlu diingatkan ujian arus elektrik untuk peralatan Test
Pen ada hadnya. Pada setiap peralatan Test Pen ada tertera voltan minima dan
maksima. Selalunya bermula dari 100V sehingga 500V. Jadi lampu hanya menyala
sekiranya voltan tersebut melebihi 100V. Sekiranya kita menguji talian voltan
sebesar 1000V, kita pasti akan terkena kejutan elektrik.
cara betul guna test pen vs kadar voltan minima-maksima ditunjukkan |
Sekiranya kita menggunakan peralatan seperti
Multimeter, tombol perlu disetkan kepada arus AC sekurang-kurangnya menunjukkan
250V. Palam yang berwarna merah perlu dimasukkan pada lubang hidup dan palam
berwarna hitam dimasukkan pada lubang berkecuali. Sekiranya terdapat voltan
yang mengalir, jarum akan menunjukkan sekitar 230V.
Sekiranya kita tersentuh wayar yang hidup,
maka tangan kita secara automatik akan mengengam wayar tersebut. Ini kerana tindakan reflex yang membuatkan kita
mengengam wayar tersebut. Tidak ada manusia normal sengaja menyentuh wayar
elektrik hanya semata-mata untuk menguji sama ada talian tersebut berfungsi atau tidak.
Kadang-kadang (selalunya) kita terlupa membawa Test Pen, kita hanya membawa
peralatan pemutar skru (skru driver). Ini menimbulkan masalah apabila
kita perlu menguji plug ditempat yang tiada peralatan elektrik.
Bayangkan
scenario ini, anda pergi melawat pejabat baru dengan Pengarah. Sampai sahaja,
lampu pejabat akan dipasang. Bila lampu menyala, maka kita tahu pejabat
tersebut telah mempunyai bekalan elektrik. Tetapi anda tidak pasti sama ada
plug dipejabat tersebut berfungsi atau tidak. Tiba-tiba Pengarah bertanya “Mat,
plug dekat dinding tu boleh digunakan ke? Tetapi anda tidak membawa sebarang
peralatan untuk menguji plug tersebut. Test Pen pula tertinggal dipejabat dan
yang ada hanyalah kunci kereta. Nak jawap tak tahu sebab terlupa bawa Test Pen
pada Pengarah, alamatnya kena jeling. Jadi cara paling mudah, masukkan kunci
dilubang hidup, hidupkan plug dan pegang kunci tersebut. Kalau anda terkena
kejutan, maka sah 100% plug berfungsi dengan baik. TOLONG JANGAN BUAT KERJA
GILA. Kalau terpaksa juga (nak bodek Pengarah punya pasal), anda boleh sentuh
kunci tadi dengan belakang jari (BUKAN belakang tapak tangan). Sekiranya ada
kejutan elektrik, jari anda akan tergenggam dengan sendirinya dan seterusnya
menjauhi kunci tersebut.
Apabila kita melihat rakan kita
terkena kejutan elektrik, JANGAN terus menyentuhnya kerana kita akan turut
terkena kejutan elektrik tersebut. Apa yang perlu kita lakukan adalah mematikan
bekalan kuasa tersebut. Sekiranya punca bekalan kuasa atau plug tersebut tidak
dijumpai, kita boleh menolak wayar atau peralatan tersebut dengan menggunakan
benda penebat seperti kayu atau getah. Kayu! Getah! Dalam situasi sebenar kalau kita sibuk mencari kayu,
getah atau bahan penebat lain untuk mengalihkan peralatan tersebut, rakan kita
sudah lama mati keras. Cara lain adalah dengan merempuh rakan anda (bukan
menolak) sekuat hati. Tindakan ini akan memisahkan rakan anda dengan peralatan
atau wayar tersebut.
3. Bila melakukan
pemeriksaan terhadap 'live equipment' pastikan plug yang digunakan berada ditempat
tinggi.
Pastikan
plug kuasa yang digunakan dipasangkan ditempat yang mudah dicapai dan dapat
dilihat oleh pengguna lain supaya sekiranya berlaku sebarang kemalangan mudah
sahaja pengguna lain dapat melihat dan memadamkan bekalan kuasa. Elakkan membuat
plug dicelah-celah atau di bawah meja. Ini kerana apabila berlaku bencana,
pengguna lain mungkin tercari-cari plug tersebut.
4. Jangan melakukan pemeriksaan terhadap 'live
equipment' dalam keadaan bilik yang tidak selamat.
Kadang-kadang
kita terpaksa melakukan pemeriksaan pada peralatan yang perlu dihidupkan
bekalan kuasa. Sekiranya ini berlaku, pastikan bilik yang kita guna selamat.
Pastikan tiada peralatan tajam atau buju meja dibelakang kita semasa melakukan
pemeriksaan. Sekiranya berlaku kejutan elektrik atau letupan,
kemungkinan kita akan terhumban kebelakang.
5. Pastikan sebelah
tangan anda berada di dalam poket seluar semasa melakukan ujian terhadap 'live
equipment'.
Secara
amnya, tenaga elektrik akan mengalir mengikut laluan yang mudah untuk sampai ke
bumi. Semasa kita terkena kejutan elektrik, elektrik tersebut akan mengalir
dari tangan (sebab kita pegang sesuatu dengan tangan, maka sudah semestinya ia
bermula dari tangan) dan melalui jantung dan seterusnya ke kaki. Semasa arus
elektrik melalui jantung kita, ini akan menyebabkan gangguan terhadap organ
jantung dan boleh menyebabkan maut.
Oleh
itu sebagai langkah keselamatan, kita perlu meletakkan sebelah tangan kita di
dalam poket seluar. Manakala sebelah tangan lagi melakukan pemeriksaan terhadap
peralatan tersebut. Sekiranya berlaku kejutan elektrik, arus elektrik akan
mengalir melalui tangan dan seterusnya melalui bahu dan bergerak ke tangan yang
berada di dalam poket tersebut melepasi jantung kita. Dengan ini walaupun kita
terkena kejutan elektrik keselamatan jantung kita terjamin.
6. Gunakan kasut getah
Kasut
kulit bukanlah penebat yang baik. Adalah lebih baik sekiranya menggunakan kasut
yang dikenali sebagai Safety Shoes. Kasut jenis ini dapat menghalang
dari terkena kejutan elektrik.
Voltan
yang tinggi tidak akan membunuh, hanya arus ‘mill’ yang membunuh.
Elecktrik Statik boleh mencapai sehingga 10KV tetapi tidak akan membunuh kerana
mempunyai nilai arus yang sangat kecil.
7. Pastikan diri tidak dibumikan
Semasa menghidupkan peralatan komputer atau elektrik, pastikan diri
kita tidak dibumikan. Jika gagal mematuhi langkah ini, kita
pasti akan dikebumikan.
Semasa melakukan pemeriksaan kita
digalakkan untuk memasang tali
pergelangan tangan (wrist strap) untuk mengelakkan kerosakkan pada peralatan
elektronik. Ini kerana peralatan elekronik amat sensitif dengan elektrik
statik. Walaupun bagi kebanyakkan orang Asia Tenggara masih beranggapan
kerosakkan dari kejutan elektrik statik di negara Asia Tenggara tidak berlaku.
Ini merupakan pendapat yang salah, memang benar kadar voltan elektrik static di
negara Asia Tenggara lebih rendah kerana kita mempunyai cuaca jenis panas
lembap.
Di negara Eropah, sekiranya kita
memegang modul memori tanpa menggunakan tali pergelangan tangan (wrist strap),
kemungkinan besar modul tersebut akan rosak. Di Malaysia, memang sudah jadi
budaya kita memegang modul memori tanpa menggunakan tali pergelangan tangan (wrist
strap). Hasilnya kita akan mengalami masalah intermittent.
Contoh masalah : gejala skrin biru (skrin monitor memaparkan skrin biru). Gejala skrin biru sering disebabkan oleh kepincangan modul memori. Sekiranya kita menegur penjual komputer mengenai kerosakkan berpunca dari elektrik static, mereka akan menjawap:
Contoh masalah : gejala skrin biru (skrin monitor memaparkan skrin biru). Gejala skrin biru sering disebabkan oleh kepincangan modul memori. Sekiranya kita menegur penjual komputer mengenai kerosakkan berpunca dari elektrik static, mereka akan menjawap:
“mana
adalah, tarak rosak punya. Itu negara orang putih memang rosak kalau pegang ini
macam”.
Jangan terpedaya dengan jurujual tersebut, sebab
kerosakkan tetap berlaku tetapi mengambil masa untuk mengalami kerosakkan
secara total. Tindakan kita, pergi ke kedai lain yang lebih berhati-hati
apabila memegang modul memori.
Penggunaan tali pergelangan tangan (wrist strap) dapat mengelakkan berlakunya kerosakkan komponen komputer, tetapi tali pergelangan tangan (wrist strap) tersebut perlu ditanggalkan sekiranya kita perlu menghidupkan komputer tersebut. Ini kerana formula V = IR (Voltan bersamaan dengan Arus didarabkan dengan rintangan). Voltan dari TNB adalah 230V. Apabila kita memakai tali pergelangan tangan (wrist strap) jumlah rintangan kita menghampiri sifar. Maka nilai arus adalah 230Amp. Arus sebesar 50mA (milliamps) cukup untuk membunuh, inikan pula 230Amp. Gerenti hangus. TETAPI rintangan masa pakai tali pergelangan tangan (wrist strap) bukannya ‘0’ tetapi adalah sekitar 1000Kohm. Di bawah ditunjukkan cara pengiraan:
Voltan dari TNB = 230 V
Rintangan =
1000Kohm
Formula V = IR
I = V/R
I =
230/1000 x 1000 (nilai 1000 didarab
dengan 1000 kerana Kohm perlu ditukar ke milliohm)
I = 0.00023
mA
Nilai 0.00023 mA tidak akan membawa akan membawa kesan kepada kita. Kalau menggunakan tali pergelangan tangan (wrist strap) merbahaya, sudah tentu ramai yang mati keras.
Walau bagaimanapun penggunaan rantai/jam emas atau
besi perlu dielakkan dari tersentuh peralatan tersebut kerana nilai rintangan
mereka adalah kecil. Jadual 1 menunjukkan jumlah arus dan kesannya kepada kita.
Kesan Kejutan Arus Elektrik
Kesan Kejutan Arus Elektrik
Arus
|
Tindak Balas
|
1 milliamp
|
Hanya suatu gelenyar kabur.
|
5 milliamps
|
Kejutan sedikit terasa. Gangguan,
tetapi tidak sakit. Kebanyakan orang dapat melepaskan peralatan dari tangan
mereka Walau bagaimanapun, sentuhan
yang lama boleh menyebabkan kecederaan.
|
6-25 milliamps (women)†
9-30 milliamps (men) |
Kejutan sakit. Kawalan otot hilang.
Peralatan yang dipengang tidak dapat dilepaskan. Sentuhan yang lama boleh
menyebabkan kematian.
|
50-150 milliamps
|
Kejutan yang sangat sakit,
penafasan berhenti, pengecutan otot yang teruk. Kematian itu munasabah.
|
1,000-4,300 milliamps (1-4.3 amps)
|
Kerosakan saraf terjadi. Kematian
itu mungkin berlaku.
|
10,000
milliamps (10 amps)
|
Penahanan
kardium dan pembakaran teruk terjadi. Kematian itu boleh terjadi.
|
Jadual 1: Kesan kejutan arus eletrik
8. Putuskan punca bekalan tenaga elektrik
sebelum melakukan pemeriksaan kecuali terpaksa.
Sebelum
melakukan pemeriksaan terhadap peralatan elektik / elektrikal kita perlu:
1. Matikan suis peralatan – kita sendiri
kena pastikan suis peralatan dimatikan, jangan sesekali mengharapkan rakan kita/orang lain mematikannya. Kita tidak mahu masing-masing beranggapan suis peralatan
dimatikan oleh orang lain. Akhirnya suis peralatan tersebut tidak dimatikan
2. Matikan suis bekalan diplug dimatikan –
ini untuk mengelakkan sebarang bencana sekira suis pada peralatan rosak. Ada kes tertentu dimana
suis peralatan senantiasa ON kerana suis tidak berfungsi dengan baik
3. Cabut plug dari dinding – kita tidak mahu
ada diantara rakan kita / orang lain tersalah menghidupkan plug
4. Cabut plug pada peralatan – dengan
melakukan ini, sekiranya rakan kita / orang lain terpasang dan terhidupkan plug tersebut,
peralatan masih lagi selamat untuk kita melakukan pemeriksaan
5. Letakkan kabel kuasa yang mudah anda
lihat - Sekiranya dengan tidak sengaja
rakan kita / orang lain mengambil plug tersebut kita boleh berkata “Plug itu aku punyalah!”
9. Pisahkan
peralatan lain yang bersambung dengan peralatan yang sedang dibaiki.
Peralatan
seperti monitor, pencetak, pengimbas dan sebagainya perlu dipisahkan kerana
kita tidak mahu peralatan tersebut mengalami kerosakkan. Peralatan lain yang
dibaiki, peralatan lain yang rosak. Kita juga tidak mahu terkena kejutan
elektrik dari peralatan tersebut.
10. Jauhkan diri dari peralatan yang dibaiki
apabila menghidupkan bekalan kuasa.
Sekiranya
peralatan tersebut baru dibaik pulih dan kita ingin mengujinya, pastikan kita
berdiri jauh dari peralatan yang dibaik pulih. Sebab? Kita kuatir sekiranya ada
letupan yang berlaku. Sekiranya letupan berlaku, tidak ada apa yang perlu kita
buat lagi. Benda sudah meletup, tidak perlu tergesa-gesa mematikan bekalan
kuasa. Tetapi jika terbau hangit,
bekalan kuasa perlu dimatikan dengan segera. Tindakan ini mungkin dapat
mengurangkan kerosakkan yang mungkin berlaku.
11. Berhati-hati
dengan peralatan yang bergerak.
Sekiranya pembaikan dilakukan
terhadap barangan yang bergerak seperti mesin pencetak atau kipas; pastikan tali leher,
kad nama, rambut dan barang kemas tidak ditarik oleh peralatan tersebut.
Kecederaan mungkin terjadi sekiranya tali leher, kad nama, rambut dan barang kemas tersebut tersangkut pada roller
mesin pencetak / bilah kipas.
Thank for sharing
ReplyDeletewww.sst.com.my
Tips test api / elektrik hari ini ;
ReplyDeletecuba gunakan dengan tangan kiri......
(kerana tangan kanan lebih terdedah dengan bahaya... berdekatan dengan nadi dan saraf yg kuat)
gunakan belakang tangan.....
(kerana tangan mudah tergenggam apabila terkena renjatan)