klik atas

backlink

gambar laju

Sunday, December 30, 2012

Gajet Popular 2012

SEPANJANG tahun 2012, banyak gajet elektronik yang dilancarkan dan mendapat tempat di hati pengguna.

Tahun ini saja bagaikan tercetus 'perang' antara dua gergasi pengeluar gajet terkemuka dunia iaitu Apple dan Samsung.

Kedua-dua gergasi ini tidak ambil peduli dengan kes saman-menyaman sebaliknya terus mengeluarkan pelbagai gajet bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Jom kita tinjau bersama anime4nz apakah gajet yang berjaya mendapat tempat di hati pengguna berdasarkan carian Google.

iPAD 3

WALAUPUN iPad 4 telah dilancarkan November 2012 lalu, iPad 3 masih menjadi gajet yang paling banyak mendapat tempat di carian Google.

Ini tidak memeranjatkan kerana iPad 3 adalah tablet pertama yang datang dengan paparan visual dengan kualiti Retina.

Paparan berkenaan sememangnya berbaloi bagi pengguna terutama individu dan mereka yang telah menggunakan dan membezakan kedua-dua iPad 2 dan iPad 3.

Untuk tahun 2013, apa agaknya gajet yang akan merampas kedudukan iPad 3 ? PAD AVAIL



NOKIA LUMIA

PADA nombor ke-10 senarai carian Google bagi senarai 10 gajet teknologi 2012 adalah Nokia Lumia 900.

Telefon pintar yang dijana menggunakan Windows Phone 7.5 boleh dikatakan antara telefon Nokia yang amat diterima pengguna.

Ini antara telefon pintar terbaik yang ditawarkan Nokia selain Lumia 920.


KINDLE

KINDLE Fire keluaran Amazon memberikan pengalaman tablet mewah dalam spektrum pengguna gajet.

Sejak dilancarkan, Amazon telah membawa Kindle Fire HD ke pasaran meninggalkan Kindle Fire dengan menawarkan paparan resolusi definisi tinggi, peningkatan audio dan model pelbagai saiz.



SAMSUNG GALAXY S2

BOLEH dikatakan tahun 2012 adalah tahun terbaik bagi telefon pintar dan Galaxy S 2 yang dilancarkan tahun lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna.






SAMSUNG GALAXY S3

DILANCARKAN pada pertengahan tahun 2012, Galaxy S 3 masih menjadi salah satu telefon terbaik yang berada di pasaran.






NEXUS 7

DI TEMPAT Ke-5, adalah tablet Nexus 7 - tablet dijana Android yang dikeluarkan oleh Google.

Nexus 7 salah satu edisi tablet terkini yang menyumbang kepada kebanjiran gajet yang berada di pasaran.

Sehingga kini, penerimaan pengguna amat baik dengan ramai pengguna berpuas hati menggunakan Nexus 7 termasuk keserasiannya dengan Android.

Dan jika Google benar-benar akan mengeluarkan Google Fiber, pengguna akan diberikan tablet Nexus 7 secara percuma sebagai alat kawalan jauh jika anda melanggan pakej Fiber+TV. Amat Menarik !


iPHONE 5

APABILA mula pengumuman pelancaran iPhone 5, Peminat tegar Apple telah mula tidak tentu arah menunggu.

Tapi sememangnya setiap kali Apple melancarkan apa saja tentu saja ada yang berkhemah di luar kedai menanti untuk menjadi pembeli pertama.

Walau Apple mengungguli dalam iPad tetapi masih tidak dapat menandingi Samsung dalam telefon pintar.


MICROSOFT SURFACE

MUNGKIN gajet teknologi yang paling menarik tahun 2012 berdasarkan Windows RT dan Windows 8 Pro adalah tablet Microsoft Surface.

Nampaknya tiada pertengahan mengenai apa yang pengguna fikir mengenai Surface, mereka sama ada suka atau benci. Semuanya mengenai sistem operasinya.

Apa pun kini Microsoft telah memasuki pasaran gajet kerana sebelum ini hanya membarikan perhatian kepada perisian.


GALAXY NOTE 2

TAHUN 2012 nampaknya membawa sinar kepada Samsung dalam gajet teknologi dengan Galaxy S2 sebelum ini.

Nampaknya Samsung akan terus bersinar dan produknya akan terus masuk dalam senarai gajet 10 popular.

Galaxy Note 2 adalah gabungan telefon pintar dan tablet atau phablet yang amat diterima oleh pengguna.

Ia amat baik untuk aplikasi bisnes dan mereka yang mencari penyelesaian semua dalam satu bagi tablet dan telefon pintar.

Khabar angin mengatakan Galaxy Note 3 akan muncul tidak lama lagi dengan skrin yang lebih besar berbanding Galaxy Note 2.

Galaxy Note 3 2013 ? Wow !


iPAD MINI

PADA tangga kedua masih lagi produk keluaran Apple, tidak lain tidak bukan adalah iPad mini.

Gajet comel ini mempunyai ramai peminat tersendiri dan boleh dikatakan klon iPad 2 yang dikecilkan.

Walaupun baru dilancarkan November 2012 lalu, iPad mini boleh dikatakan gajet yang hebat kerana ramai yang mencarinya di Google.

Mungkin ramai pengguna gemarkannya kerana saiznya yang kecil dan mudah dipegang selain aplikasi sama dengan iPad.

Apa kata bertukar kepada Pad Avail - Mejamin Kesihatan


Anime4nz vs Keluarga Avail : Jom kita lihat gajet apa selepas ini ? Tahun depan ? 2013 !! Akan Datang !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online