klik atas

backlink

gambar laju

Wednesday, December 19, 2012

Pengiraan Peruntukkan Elaun / Gaji / Saguhati / Bounti / Bounty Askar Wataniah Melalui Latihan

Elaun Pasukan Simpanan Tentera Darat Naik Mulai Tahun 2013

Jom kira duit masuk poket bersama anime4nz :)


ELAUN LATIHAN TEMPATAN

Elaun Latihan Tempatan bagi anggota LLP akan dinaikkan sebanyak 50% daripada RM4.00/jam kepada RM6.00/jam mulai tahun 2013. Dalam setahun, terdapat 24 siri latihan tempatan yang selalunya bermula pada bulan Februari/March dan berakhir dalam bulan September/Oktober. Setiap siri memperuntukkan 10 jam latihan maksimum. Jadi matematiknya adalah seperti berikut:

RM6.00/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1440.00

dan bagi pegawai pula adalah seperti berikut:

RM7.80/jam x 10 jam x 24 siri = RM 1872.00 (kenaikan daripada RM 5.80/jam kepada RM 7.80/jam)


GAJI LATIHAN BERTERUSAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan berterusan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota boleh menghadiri kedua-dua latihan tersebut selama 7 hari bagi satu siri. Gaji pokok bagi setiap pangkat dikatakan telah naik.

Siri 1 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 1

Siri 2 : 7 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Latihan Berterusan Siri 2


GAJI LATIHAN KEM TAHUNAN

Di dalam setahun, terdapat satu atau dua siri latihan kem tahunan pada bulan yang berbeza di mana seseorang anggota hanya dibenarkan menyertai salah satu siri sahaja yang dilaksanakan selama 15 hari.

15 hari x (Gaji Pokok Mengikut Pangkat) / 30 hari = Gaji Bagi Latihan Kem Tahunan

Bagi anggota berpangkat prebet, sekurang-kurangnya memperoleh RM 502.00,
Bagi anggota berpangkat lans koperal, sekurang-kurangnya RM 645.00,
Bagi anggota berpangkat koperal, sekurang-kurangnya RM 760.00.
.............


SAGUHATI/BOUNTY

Dengan menghadiri latihan kem tahunan sahaja tanpa menghadiri mana-mana latihan tempatan, anggota secara automatik layak mendapat bounty 3suku berjumlah RM 390.00 kerana jumlah jam latihan yang terkumpul adalah seperti berikut:

15 hari x 24 jam = 360 jam

Untuk melayakkan seseorang anggota mendapat bounty penuh, sekurang-kurangnya 2 x siri latihan tempatan(2 x 10 jam) perlu di hadiri bagi mencukupkan jumlah jam latihan sebanyak 380 jam bagi bounty penuh tersebut.

Sebagai panduan:

  • 120 jam = bounty separuh RM 260.00
  • 240 jam = bounty 3suku RM 390.00
  • 380 jam = bounty penuh RM 520.00

Sebagai ingatan, dengan menghadiri mana-mana kursus anjuran rejimen kita sendiri ataupun menjadi pembantu jurulatih/demo, kita sudah layak menerima bounty penuh kerana kiraan jam latihannya adalah seperti berikut:

30 hari x 24 jam =  720 jam.

Sebagai mengelak kekeliruan, dengan menghadiri mana-mana kursus anjuran PUSWATAN, kita tidak layak mendapat bounty kerana jam latihannya tidak dikira.


GAJI KURSUS

Dikhabarkan gaji pokok bagi setiap pangkat telah berubah dan naik, walaubagaimanapun jumlah sebenar gaji pokok bagi setiap pangkat masih belum jelas. +- Angka lama seperti berikut:

Perajurit Muda: RM 886
Prebet: RM 1004
Lans Koperal: RM 1290
....................

Bagi yang menghadiri mana-mana kursus di PUSWATAN, selain daripada gaji, seseorang itu juga akan layak mendapat elaun pentadbiran sebanyak RM 301.00.


ELAUN PERJALANAN/PENGANGKUTAN

Bagi yang menghadiri latihan dengan menaiki kenderaan sendiri atau kenderaan awam, kita boleh mendapatkan claim dengan menghantarkan salinan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada pejabat batalion kita yang kemudiannya akan dihantar kepada pejabat gaji. Jika menaiki kenderaan sendiri, hantarkan salinan dokumen-dokumen seperti berikut di awal tahun(sah sepanjang tahun tersebut):
~ jangan lupa isi borang claim ya ~ pesanan anime4nz

1) Geran kenderaan
2) Insuran Kenderaan
3) Road Tax
4) IC
5) Lesen
6) Bat C 20(jika ada)
7) Bil air/elektrik(jika perlu)

(3 salinan setiap satu)

Setiap kali anda menghadiri latihan tempatan sebagai contoh, anda layak menerima elaun perjalanan yang akan dibayar beserta dengan elaun latihan tempatan tersebut.

Anggaran adalah mengikut kilometer jarak dari rumah ke kem dan CC kenderaan anggota.

24 siri x RM 30(contoh) = RM 720


ANGGARAN KASAR PEROLEHAN SEPANJANG TAHUN 

Latihan Tempatan RM 1440
Latihan Berterusan 1 RM 250
Latihan Berterusan 2 RM 250
Latihan Kem Tahunan RM 502
Full Bounty RM 520
Kursus(lans koperal) RM 1290
Elaun Perjalanan RM 720
Elaun Pentadbiran RM 301
---------------------------
Anggaran Kasar Jumlah +-RM 5273



NILAI ANGKA YANG PALING PERLU DIKIRA IALAH SEPERTI KATA-KATA DI BAWAH: 


"Setiap anggota pasukan sukarela itu perlu memikul tanggungjawab yang besar dalam memantapkan pertahanan negara. Apabila menyertai Askar Wataniah, ia menunjukkan kesanggupan setiap anggotanya untuk memikul tanggungjawab besar dalam membantu pasukan pertahanan menjaga keselamatan negara. Ini juga platform untuk meningkatkan disiplin dan kematangan diri. Tidak cukup jika masuk Askar Wataniah untuk mengisi poket dan mahu mendapatkan elaun sahaja. "Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato' Seri Panglima Ahmad Hasbullah Hj Mohd. Nawawi


credit to nadiawatan 4 Rejimen 512 Askar Wataniah Batalion 1 Kuala Terengganu

JOM LIKE WATANIAH : Facebook / Rejimen 512 Askar Wataniah

JOM LIKE AVAIL : Facebook / Keluarga Avail

JOM SHARE KESIHATAN BERSAMA AVAIL

33 comments:

  1. so tempoh latihan ialah 30 hari lepas tu graduan sudah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. graduan sudah..... tapi graduan itu pangkatnya hanya PREBET(PBT).....

      Delete
  2. Pangkat dari prebet tu tak boleh upgrade ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Cuma perlu pegi kursus kadar tuk peroleh (nco) lans koperal. 1calit
      Dan seterusnya... Rajin2lah mengikuti kursus

      Delete
  3. maknanya walaupun ada ijazah, masih perlu lalui Lain Lain Pangkat sebelum jadi Pegawai?

    ReplyDelete
  4. kalau melalui pelapes di U terpilih tidak perlu lalui Lain2 Pangkat.... Jika selain dari itu kene ah lalui dari bawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya... Wataniah ni boleh d serap ke askar tetap kah???

      Delete
  5. Kalau dah ade pangkat kopral , kalau masuk wataniah nanti kene mula dari awal ke...

    ReplyDelete
  6. Kalau dah ade pangkat kopral , kalau masuk wataniah nanti kene mula dari awal ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pangkat kopral dri unit maner tu.....
      klu dri unit/badan uniform lain... kena bermula dari zero

      Delete
  7. dia byr elaun sebulan sekali ka cm mna? slalu bank mna yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. elaun sebulan sebulan...... bank kerajaan..... normal BSN

      Delete
  8. Minimum had ketinggian utk apply bpa?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.. Bole ke Askar Wataniah nii sye buat kerja spenuh masa... Maksid sya nak jadikan Askar wataniah ni sbagai kerja tetap saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh.. Dengan syarat semasa ditauliah sebagai prebet, umur hendaklah di bawah 28thn. Dapat tauliah sbg prebet, boleh buat permohonan untuk berkhidmat dalam unit kerahan. Sekiranya perestasi anda cemerlang, anda kan diserapkan ke mana² kor sebagai anggota tetap.

      Delete
  10. Wataniah ni punn ic kena potong ke ?

    ReplyDelete
  11. Kalau masuk wataniah nanti ic awam bertukar ke ic tentera ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X.... iC awam tetap ic awam..
      ic tentera itu adalah nombor badan/pendaftaran anda.
      penjelasan
      ada perbezaan antara ic askar Wataniah n ic askar Tetap
      Askar Wataniah : masih pakai ic awam kerana wataniah adalah simpanan sahaja.
      Askar Tetap : kena pakai ic tentera semasa bertugas kerana faktor keselamatan . bila dah habis bertugas atau pencen akan dapat balik ic awam
      ini adalah ringkasan secara kasar... hrp faham

      Delete
  12. Replies
    1. elaun askar wataniah bergantung kekerapan anda menjalani latihan.
      bukan setiap bulan. tapi elaun anda dibayar ikut bulan
      contoh bulan mei anda datang 2hari latihan jumaat & sabtu
      makanya rm6.00 x 10jam (jumlah jam hadir) x 2 hari = rm120.00
      bulan berikutnya jun anda akan dapat rm120.00
      [ini adalah perkiraan jika anda hadir 2hari.. jika lebih maka elaun anda lebih lagi untuk bulan tu]
      [tapi jika anda tak datang maka bulan tu ZERO elaun] ok

      NOTED : Elaun askar wataniah tahun 2018 dinaikkan lagi dari rm6 kpd RM8

      Delete
  13. cara untk minta askar wataniah ni syarat apa ye ? dan sijil apa kena bawa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang dan berdaftar ke kem wataniah terdekat dengan anda

      Syarat-Syarat Penyertaan Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut: Warganegara Malaysia Berumur antara 18 hingga 45 tahun. Sihat tubuh badan. Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai). Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah). Dokumen Yang Diperlukan Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut: Salinan Kad Pengenalan Awam. Salinan Sijil Warganegara (Jika ada). Salinan Sijil Kelahiran. Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin). 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport. Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

      Delete
  14. bila tarikh bonty tahun 2018..klu bru hbis apms layak me dpt bonty..???

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarikh bounty tertakluk kpd pengurusan, yg penting semua dokumen lengkap.

      xlayak dapat bonty jika xcukup jam dan tak hadiri kem tahunan

      Delete
  15. Kalau rabun , pakai cermin mata boleh mohon askar wataniah ke ? Boleh ke mohon kalau tengah study university ? Latihan boleh pergi bila2 masa ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je yang berkaca mata lepas utk memasuki wataniah. jika di Universiti masih boleh berdaftar melalui universiti. ada kelebihannya di situ. ada jadual latihan yang akan dikeluarkan oleh pihak kem / pihak universiti itu sendiri.

      Delete
  16. Tak faham maksud gaji tu...kalau sebulan berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaji sebulan mengikut pangkat anda ... anda jalani latihan anda dapat mengikut kelayakan anda

      Delete
  17. mohon pencerahan,kalau rabun boleh mohon kerahan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut kesesuaian.... dapatkan pengesahan dengan medical chekup utk keselamatan diri, rakan dan masyarakat

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online