Umum mengetahui, pasaran barangan binaan perumahan dikawal oleh sebilangan pengilang, kos bahan binaan, upah pekerja, manipulasi oleh spekulator hartanah, harga / keuntungan kontraktor atau sub-kontraktor dan kawasan tumpuan penduduk itu sendiri.
Bukan setakat rumah harga rumah, harga makanan di terengganu dah meningkat naik ... ada perasan tak?
Apa sebabnya kenaikan harga di terengganu?
Adakah Kos Sara Hidup Orang Terengganu dah meningkat? Gaji dah terlebih tinggi... so duit boleh pakak bayar-bayar.... TAK KUT................
JIka ter 'perasan'.... harga kos/ rumah di terengganu meningkat sejajar dengan pengumuman Terengganu sebagai BANDARAYA TERENGGANU..... nampak gah dengan nama, so GAH lah dengan harganya..... :)
Harga rumah kekadang naik mendadak tidak selari dengan kenaikan harga binaan seperti 2,3 tahun kebelakangan ini. HARGA RUMAH TETAP NAIK DAN TAK PERNAH TURUN. Ini disebabkan oleh permintaan terhadap hartanah ini begitu tinggi sekali. Bukan saja di bandar-bandar besar seperti KL, Penang atau JB tetapi ianya menyeluruh ke bandar kecil dan sederhana di seluruh negara.
Harga sesebuah rumah yang ditawarkan oleh pemaju perumahan bergantung kepada lokasi projek tersebut. Jika di bandar harganya lebih mahal kerana nilai tanah yang lebih tinggi.
Pemaju Perumahan yang membina perumahan kos sederhana dan kos rendah di Terengganu adalah terkawal disebabkan oleh tanggungjawab sosial bagi memenuhi kehendak kerajaan dan rakyat tempatan. Tetapi ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh bakal-bakal pembeli.
No comments:
Post a Comment