Assalamualaikumwbh. Ikutilah
cerita sedih di sebalik April Fool’s Day sebagai renungan bersama.
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub
dengan budaya ‘pandang kebarat’.
Berbalik kepada perayaan April
Fool’s Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan
Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,
Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera
Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa
berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha
untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan
untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua
barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.
Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.
Anime4nz : KONGSI jika anda SAYANGKAN Islam . Martabatkan Islam Seantara Dunia
No comments:
Post a Comment