klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, May 8, 2012

Borang Pendaftaran Awal Askar Wataniah



Syarat-Syarat Penyertaan
Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 18 hingga 45 tahun.
  • Sihat tubuh badan.
  • Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
  • Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).

  • Dokumen Yang Diperlukan
    Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Awam.
  • Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
  • 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
  • Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

  • Insentif Askar Wataniah
    Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:

  • Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.
  • Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
  • Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.
  • Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:
  • Elaun Kehadiran: (Pegawai RM 5.80/LLP RM 4.00) - Elaun ini dibayar berasaskan jumlah jam kehadiran ke latihan tempatan.
  • Pemberian Pakar: (Pegawai RM 300.00/LLP RM 200.00) - Untuk pegawai atau anggota ditauliahkan/didaftarkan untuk tempoh tidak kurang daripada empat tahun.
  • Elaun Pakaian 'Outfit': Dibayar sekali semasa pentauliahan seseorang pegawai angkatan sukarela.
  • Elaun Senggaraan Pakaian: (RM 125.00) - Dibayar setahun sekali dikira dari tarikh pentauliahan.
  • Elaun Pakaian Istiadat: (RM 750.00) - Boleh dituntut lima tahun sekali bermula dari tarikh pentauliahan pegawai berkenaan.
  • Elaun Pakaian Tauliah Kehormat: (RM 1000.00) - Dibayar sekali semasa pegawai diberi tauliah kehormat seseorang pegawai angkatan sukarela.
  • Elaun Pengangkutan: Anggota yang menggunakan kenderaan sendiri/pengangkutan awam layak menuntut elaun perjalanan dengan syarat-syarat tertentu.
  • 'Bounti': Memenuhi syarat: - Kadar Penuh RM 520.00 - Kadar Tiga Suku RM 390.00 - Kadar Separuh RM 260
  • Gaji Dan Lain-Lain Elaun Angkatan Tetap: Dibayar apabila anggota menjalani latihan berterusan dan kem tahunan dengan memenuhi syarat-syaratnya
  • Elaun Tamat Perkhidmatan: Mobilisasi 15% X Jumlah Bulan Genap Perkhidmatan Diakui X Gaji Akhir Pangkat Hakiki

  • Kemudahan Askar Wataniah
    Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah?

  • Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
  • Mengisi masa lapang yang sebaliknya akan terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial.
  • Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih
  • Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
  • Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
  • Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
  • Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.
  • Bounti/Saguhati tahunan.
  • Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
  • Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
  • Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
  • Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
  • Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.
  • Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.
  • Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.

  • Berikut adalah borang pendaftaran:
    1. BORANG AWALAN WATANIAH

    2. LAMAN FB 512 AW / 512 ASKAR WATANIAH (...like LIKE like...)


    278 comments:

    1. Macam mana nk join? Terus terjah je ke?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Saya pernah memohon askar wahtaniah tetapi permohonan saya takde jawapan sampai sekarang saya tunggu?apa yang patut saya buat?

        Delete
      2. Rasanya kene datang dan mohon kat sana terus kot...

        Delete
    2. Cukupi Syarat Kemasukan
      Bawakan Dokumen Yang Diperlukan
      Terus Terjah Kem Untuk Pendaftaran
      BAsic Gu ! !

      ReplyDelete
    3. saya lepasan spm 2012...adakah saya layak untuk menyetai askar wataniah..dan adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran saya ke menara gading pada bulan june jika saya menyertai askar wataniah pada bulan mac?

      ReplyDelete
    4. Masih berkelayakan dan dialu-alukan...
      Tapi jika anda berdaftar dan masuki di U/menara gading nanti anda terpilih ke PELAPIS.... lagi enjoy...
      Pilihan di tangan anda...

      ReplyDelete
    5. Kalau hantar dokumen guna pos dulu pegi kem, dapat kah?

      ReplyDelete
    6. boleh

      cuma, permohonan tidak dapat diproses selagi anggota badan tidak muncul di kem

      ada pengisian borang/pertanyaan terperinci menanti.

      Selamat berdaftar ! !

      ReplyDelete
    7. kalau weekend kem bukak tak? ke hari bekerja sahaja?

      ReplyDelete
    8. datanglah ke kem waktu bekerja... telefon kem jika perlu untuk temujanji jika perlu...
      ISNIN HINGGA JUMAAT (Sabtu & Ahad OFF)

      ReplyDelete
    9. salam.. nk isi borang pendaftaran nie mcm mna?? sy tak tahu.. sy bru lepas SPM, sy ingin msuk askar..

      ReplyDelete
    10. tak tahu isi borang... masuk kem tanya pada kerani/jurulatih bertugas.... suruh kerani isi tidak mengapa jika tiada masalah :)

      ReplyDelete
    11. assalamualaikum...sy nk tye sy ingin jd sukarelawan wataniah so mcm mne ya???..sy xnk berkerja dgn wataniah hnya nk jd sukarelawan je setiap2 thn pegi kem. satu lg sy di alor setar, kedah kem manakah yg terdekat utk sy pergi??.mohon penjelasan dr pihak tuan.terima kaseh

      ReplyDelete
    12. Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat sekiranya anda hendak menyertai Askar Wataniah. Mereka boleh dihubungi di alamat: Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR atau nombor telefon 03-2921333 atau 03-2941536 Samb 2312 atau 5415 atau hubungi pasukan wataniah yang terhampir dengan anda.

      Rej 501 AW - Kem Tebrau Johor Baharu.
      Rej 502 AW - Kem Sg. Buluh Selangor.
      Rej 503 AW - Kem Jalan Tambun Ipoh.
      Rej 504 AW - Kem Bukit Keteri Kangar.
      Rej 505 AW - Kem Telok Sisek Kuantan.
      Rej 506 AW - Kem Pangkalan Chepa Kota Bharu.
      Rej 507 AW - Kem Bukit Perwira Kota Kinabalu.
      Rej 508 AW - Kem Jalan Rasah Seremban.
      Rej 509 AW - Kem Lebuhraya Peel Pulau Pinang.
      Rej 510 AW - Kem Sri Rejang Sibu.
      Rej 511 AW - Kem Ria Kompleks Kuching.
      Rej 512 AW - Kem Padang Midin Kuala Trengganu.
      Rej 513 AW - Kem Bukit Pinang Kepala Batas Kedah.
      Rej 514 AW - Kem Bukit Bruang Melaka.
      Rej 515 AW - Jalan Buku Lima, Ampang Kuala Lumpur.
      Rej 516 AW - Kem Kukusan Tawau.

      ReplyDelete
    13. Assalammualaiku, saya berminat untuk memasuki askar wataniah dan saya bekerja di sektor swasta. saya ingin bertanya,bilakah pengambilan askar wataniah bagi tahun 2014.

      ReplyDelete
    14. Jika sudah berminat... masuklah meminang....
      pengambilan terbuka bila-bila masa di mana anda berada... datanglah ke kem terdekat dengan anda untuk pendaftaran askar wataniah....
      Anda akan diberikan maklumat dan info bila kursus perajurit uda/rekrut akan diaadakan nanti... 2013/2014...

      ReplyDelete
    15. saya ingin betanya kalau kita nk terus brhikmat dengan askar wataniah..ape syarat-syarat yg nak..

      ReplyDelete
    16. salam saya nak tumpang tanya....orang yg takde keja boleh ke menyertai askar wataniah...setahu sy nk join askar wataniah kena ade kerja tetap..betul ke?

      ReplyDelete
    17. 1. syrat2 nak berkhidmat terus dlm AW...
      Ikut LAW AW... perbaharui ROD....

      2. Keje tetap baru boleh sertai AW?
      Siapa kata? Lepasan SPM dah boleh memohon... belum kerja pun lagi... kena molek... peluang kerja datang bergolek... kerja tetap anda menanti... masuk askar tetap/kerahan....

      ReplyDelete
    18. nak tanye proses hingga betul2 dapat jadi ahli nie berape lame eh??
      maksud saye, No.anggota, khusus wajib hadir, tauliah etc.
      sampai maner? berape lame??

      ReplyDelete
    19. saya nak join askar wataniah tapi mana nak dapat borang

      ReplyDelete
    20. abinum : lama mana proses.... Ikut prosedur n kursus perajurit yg dihadiri...
      daftar - dpt no. anggota - kursus perajurit (sebulan) - tauliah
      bila dah dapt no. dah jadi ahli dah.. cuma tunggu kursus perajurit sebulan utk ditauliah mnjadi prebet.....

      semanliri long : terus ke kem wataniah berdekatan dengan anda dan berdaftar di sana...

      ReplyDelete
      Replies
      1. kem berhampiran di pahang ada ke? atau borang boleh ambil di kem askar terdekat?

        Delete
      2. kem askar wataniah... bukan asakar tetap ya....lain tu prosedur...

        Delete
    21. Assalamualaikum, saya berminat untuk menyertai askar wataniah, saya graduan universiti Uitm, tp hanya peringkat Diploma sahaja. dan memiliki keputusan yang amat baik dalam sijil pelajaran Malaysia.Persoalan saya? layak ker saya memohon untuk calon pegawai?

      Terima Kasih

      ReplyDelete
      Replies
      1. graduan universiti Uitm? baru masuk atau lepasan Uitm?
        Calon2 U layak terus berdaftar PELAPES (calon pegawai-berkhidmat 3 tahun)
        Hubungi pihak U/Jurulatih utk info lanjut

        Delete
      2. I post UiTm student for few year. In the University i havent join pelapes in UiTm. But now i am interested join AW.. That consider to apply officer ?
        Thanks

        Delete
      3. Jika tak start dari awal / join pelapes, maka kena start dari awal.
        Join wataniah, start rekrut. :
        1. Perajurit Muda > Pbt > Lkpl > Kpl > Sjn > Lt
        2. Perajurit Muda > Pbt > Lkpl > Lt
        3. Pelapes U > Lt

        Info lanjut tanya Kem siri 500AW berdekatan anda

        Delete
    22. sya brminat untuk mnjadi askar wataniah,sye seorang plajar college.jika ad rezeki syg nk jd askar tetap,kem yg brdekatan dngn sya ialah di sungai buloh,rejemen 502.. sye nk tahu bila latihan akn di adakan.. rasa teruja plak,sye akan daftar dengan secepat yg mungkin..

      ReplyDelete
      Replies
      1. Daftar pada bila2 masa waktu pejabat kem terdekat dengan anda.. Anda akn dapat maklumat kelayakan dan bila tarikh latihan baharu untuk anda nanti...

        Delete
    23. Sekiranye seseorg itu dr rekrut pusasda..tp nk amik kursus puswatan..mcm mne tu..sdg kn dia ad kor rejmen askr mlyu

      ReplyDelete
      Replies
      1. soalan nie kene rujuk kepada unit / kem rejimen berkaitan

        Delete
    24. saya pecatan TNI mau bergabung ke askar wataniah gimana caranya...karena saya sekarang lagi butuh pekerjaan...terimah kasih

      ReplyDelete
      Replies
      1. askar wataniah terbuka untuk rakyat Terengganu khasnya dan Malaysia amnya

        Delete
    25. Minta tanya, maksimum umur untuk menyertai Askar Wataniah ialah 40 atau 45 tahun? Saya kini sudah menjangkau 41. Ingin sangat untuk buat cubaan menjalani latihan perajurit muda. Jadi teladan kepada anak. Terimakasih

      ReplyDelete
      Replies
      1. had umur maksimum umur askat wataniah dah ditambah hingga 45 tahun
        Lihatlah kemampuan anda n kecergasan anda... berdaftar dan selamat datang ke Askar Wataniah..... Atau asuh anak untuk mewarnai dunia Askar Wataniah juga sudah memadai.....

        Delete
    26. Nak tanya saya budak lepasan SPM 2013 keputusan masih belum keluar lagi tapi boleh ke saya mohon masuk AW. Lagi satu, orang pakai cermin mata boleh menyertai sekali tak?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Syarat Asas jelas lepasan SPM dan pastikan lah ada sijil ya... Barulah pihak kem dapat menilai n ketahui status anda nanti..

        Penglihatan yang tajam amat perlu untuk digunakan semasa pertahahan..
        Dapatkan pengesahan n ketahui status anda ....Kem Terdekat Ya

        Delete
      2. Saya yang ada cuma sijil darjah 6..tu pun tak tau dah kat mne...agak2 saya layak ke memohon...?umur saye 26...tinggi 178cm ...berat pulak 68kg...dan saya brbadan tegap kira2 kaya layak tak?

        Delete
      3. kalu main agak agak senang-senang ar masuk tentera....
        salinan sijil penting juga utk ketahui status anda dlm pemilihan nanti....
        berdaftarlah dahulu di kem terdekat anda utk ketahui result...

        Delete
    27. salam,
      tumpang tye, kalu saya tggl area putrajaya kem trdekat kt mane ye?

      ReplyDelete
    28. Saya brminat utk menyertai AtM...klo tk dapat askar tetap..dapat wataniah pun Alhamdulillah...
      Tpi msalahnye sye tk da sijil spm/pmr..yg ade cume sijil darjah 6...itu pn tak tau dah entah ke mana...umur saya 26...brbadan tegap...berat 68kg..tinggi 178cm...kira2 sye layak tak? mohon pencerahan???

      jika saya layak..besok jugak saye nk memohon...trima kasih...

      ReplyDelete
      Replies
      1. sijil mmg perlu ... dapatkan pengesahan di kem terdekt ngn anda

        Delete
    29. Klo pendk blh join ke??tp dh pnuhi syarat2 len...😊

      ReplyDelete
      Replies
      1. masuk kem terdekat ngan anda dan ketahui result anda....

        Delete
    30. Klu bercermin mata mcm mana plak?

      ReplyDelete
      Replies
      1. usah ditunggu... terus masuk kem dan ketahui result anda....

        Delete
    31. Dh apply borang. Mcm mna nk semak dpt ke tk?

      ReplyDelete
      Replies
      1. hubungi kem berdaftar anda untuk ketahui result anda

        Delete
    32. salam..
      saya lulusan ijazah sarjana muda..
      jika sertai AW, adakah saya akan ditauliahkan
      sbg pegawai?
      berapa lama tempoh latihan utk tauliah?
      harap relpy.
      TQ

      ReplyDelete
      Replies
      1. sertai AW
        1. semasa ijazah di U - habis belajar/gred - ditauliahkan pegawai terus
        2. selepas dpt degree/habis - perajurit muda-kursus kadar-kursus PO - bru ditauliahkan mengikut kepimpinan/kelayakan. tempoh masa tak ditetapkan.... atas pegawai memerintah

        Delete
    33. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    34. salam..
      macam mana ya nak sertai wataniah untuk budak yang tak berapa pandai dalam bidang akademik

      ReplyDelete
      Replies
      1. cukup syarat... ada kelayakan spm..... apply dahulu... baru tahu kelayakan anda.... jangan patah semangat untuk ceburi Askar Wataniah....

        Delete
      2. Hi tuan Naim Osman, sy kent.klo setakat pmr & skm 2 layak x utk memohon AW..?
        Dan sy rabun...

        Delete
    35. Salam. Nk tnya. Saya ni penjawat awam. Kalau nk daftar masuk wataniah ni saya kena dapatkan kebenaran dari pegawai saya dlu kn???

      ReplyDelete
      Replies
      1. kebenaran memang perlu... apalagi jika anda berjaya menjalani atihan perajurit muda selama 1 bulan.. xkan tak bagitau majikan.. kut..... :)

        Delete
    36. Nak tanya nombor telefon baru untuk Rejimen 515 Kem Ampang? Nombor kat laman Mindef dan ATM dah outdated kerana dah no longer in service

      ReplyDelete
    37. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    38. Salam...sy nk tny..kem AW ni latihan die akn beterusan selame bebulan2 atau sebulan beberape kali je???mcm part time maksod sy..sbb sy ade keje..sy igt nk join ni tp tetap bekeje..

      ReplyDelete
      Replies
      1. part time.... cuma kursus tu je kene habiskan dlm tempoh yg tertentu... contohnya sebulan.....

        latihan biasa..... mingguan.(2hari seminggu) @ lanjutan/tahunan (2minggu)

        Delete
    39. kalau area sandakan sabah macam mana terpaksa ke tawau atau kk kah susah pulak

      ReplyDelete
    40. Hi.. askar wataniah ni pkerjaan tetap ke??

      ReplyDelete
      Replies
      1. askar wataniah=askar sukarela=askar sementara

        ianya tidaklah tetap.... tapi nak tetap boleh diserapkan jika berkelayakan....

        Delete
    41. assalamualaikum..saya nk tanya..sye bermnt dgn askr wartaniah.tpi persoalannyr saye layak ke dpt masuk sane?? sye lpsan spm 2012..kptsn spm memuaskan..boleh ke sy dpt msuk??

      ReplyDelete
    42. cuba berdaftar dngn kem berdekatan dngn anda untuk kelayakan anda..

      ReplyDelete
    43. jika dah cukup syarat... anda boleh memohon.... tiada halangan cuma adakah anda mahu memasuki kem untuk berdaftar sekarang.....

      ReplyDelete
    44. klau nak join wtaniah ni fizikal die ambik kira x?..mcm BMI tu semua?

      ReplyDelete
      Replies
      1. fizikal, bmi.. semuanya diambilkira dlm pemilihan...

        jangan takut utk berdaftar.... baru anda tahu kelayakan anda...

        Delete
    45. assalamualaikum, tuan sye berminat untuk masuk askar wartaniah tapi jika sye pernh mengalami kmalangan seperti patah kaki adakah sya tidak layak?

      ReplyDelete
      Replies
      1. kemalangan lama.. tapi dah recovery... boleh lakukan kerja berat.... berkawat.... masuk keluar hutan.... lulus ujian saringan... anda layak.... terus ke kem berdekatan anda

        Delete
    46. ada masih mempunyai ruang untuk saya sertai askar wataniah ni ?

      ReplyDelete
      Replies
      1. pendaftaran di buka sebilang masa... hanya berdaftar di kem wataniah berdekatan dengan anda

        Delete
    47. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
      Replies
      1. sye dh dftar askar wataniah...tpi..x de pnggln ape ape pn...mcm mne ae

        Delete
      2. proses panggilan mungkin mengambil masa utk kumpul rekrut utk jalani latihan selama sebulan.... tpn selalu utk bertanyakan status/bila panggilan latihan terdekat...

        Delete
      3. assalamualaikum Tuan Naim Osman saya dari batalio 1 514 AW,saya rekrut 18/5/15 sebulan,terima kasih kerana bagi maklumat dekat saya...hary tu

        Delete
    48. 30 Hari training... kerje swasta dpt ke pelepasan

      ReplyDelete
      Replies
      1. MAJIKAN BERHAK UTK MENAHAN/MELEPASKAN KITA MENJALANI LATIHAN
        Tetapi dlm undang2 ketenteraan ada termaktub...

        SEKSYEN 201B (cuti utk latihan atau pertugasan)

        SEKSYEN 201C (larangan pembuangan pekerja kerana latihan atau pertugasan)

        SEKSYEN 203 (menghalang angkatan sukarela dan membantu atau mendorong kealpaan kewajipan)

        Delete
    49. salam kita nak tanya. kita baru lepasan diploma poli.. sekarang tengah menganggur lah.. hehehe.. okay kalau dikatakan kita layak utk AW adakan kita layak untuk memohon askar tetap? sbb nak tunggu bulan 4 baru pengambilan perajurit muda.. terima kasih

      ReplyDelete
      Replies
      1. tidak semestinya AW akan mnjadi Askar Tetap.... tapi peluang tetap ada dan terbuka....senang bila kita dah ada asas dlm ketenteraan.....

        senang citer... AW... boleh jadi PRA Askar Tetap....... anda layak.... berkebolehan... lulus ujian.... boleh serap ke Askar Tetap....

        Selamat Datang ke dunia Askar Wataniah

        Delete
    50. nak tanya .. sy tgh study final year diploma .. bole ke join AW sbg pegawai ? sbb sy ad basic ketenteraan .. dlu sy skola tentera kt sg.besi :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. final year diploma.... belum gred... tak layak.... dah gred..ada sijil.. masuk AW dari bawah... anda layak dicalonkan ke pegawai....

        masuk U... ijazah... terus masuk pelapes... keluar... sebagai pegawai....

        Delete
    51. maff nk tnya kebiasaanya jika mmpunyai diploma..slpas tamat latihan..dia akan mnjadi pegawai x?.. dan jika mnjadi pegawai.dia rank apa?

      ReplyDelete
    52. Ikut kebiasaan... diploma ke bawah.... slapas tamat latihan rekrut... still rank prebet......
      kecuali diploma.. habis kursus ketua platun... boleh dicalonkan ke pegawai ; rank leftenan muda jika berkelayakan...

      ReplyDelete
    53. Salam...saya iman dan saya nk tanya wartaniah perlukan sjil apa ya...

      ReplyDelete
    54. Salam tuan naim osman saya ronald dari bintulu sarawak...saya nak tanya area bintulu ada tak sukarela askar wartaniah..saya teringin nak masuk tuan..

      ReplyDelete
      Replies
      1. rejimen 510 AW
        Kem Sri Rejang (Sibu), Kem Kuala Segan (Bintulu) dan Kem Sri Miri (Miri).

        Read more: http://www.theborneopost.com/2013/09/10/294-anggota-sertai-kem-tahunan-rejimen-510-askar-wataniah/#ixzz3UNSwdK9r

        Delete
    55. Kalau keputusan spm yg hnya memuaskan ble kh diserap sbagai askar tetap..

      ReplyDelete
      Replies
      1. cubalah berdaftar di kem AW untuk ketahui resultnya....rasailah AW dulu untk menjiwai AT.....

        Delete
    56. Pertanyaan la
      ..sekira nye kita rabun jauh boleh ker masuk wataniah nie

      ReplyDelete
      Replies
      1. pakai spek mata tak kawan???
        jika rabun itu membahayakan orng laen baik lupakan saja...
        tapi jika ianya sebaliknya... teruskan berdaftar untuk ketahui resultnya.....
        Biar Medik/medical cheecup AW menentukannya... Layak/Tidak... OK

        Delete
    57. Salam...sy student uitm ..tapi da tak boleh join palapes...sb da thun kedua pengajian..bolehkah sy ikut latihan di luar dan dpat tauliah mcam palapes?

      ReplyDelete
      Replies
      1. boleh .... tapi ikut prosedur biasa.....rank dari bawah.... kene jalani beberapa siri kursus dan dapat rekomendation utk ditauliah....

        Delete
    58. Salam..saya bakal graduan peringkat ijazah...saya berminat nak jadi pegawai lftnan muda..macamana nak mohon ye? Kalau start dari awal, saya masuk rekrut then trus apply pegawai dengan kelayakan ijazah saya boleh?

      ReplyDelete
    59. Salam..saya bakal graduan peringkat ijazah...saya berminat nak jadi pegawai lftnan muda..macamana nak mohon ye? Kalau start dari awal, saya masuk rekrut then trus apply pegawai dengan kelayakan ijazah saya boleh?

      ReplyDelete
      Replies
      1. boleh jika anda ada kabel sekuat harimau... :)

        masuk rekrut kena start dari awalan....jalani beberapa kursus , ada perkiraan jam yg diperlukan... tunggu rekomendation ... and so on....

        Delete
    60. as salam tuan..tgk syarat ada spm dh layak untuk mohon pegawai? jika benar sy nk mohon hingga ditauliah pegawai.sy tgl di gerik dan kem terdekat 304 askar wataniah gerik.sy perlu ke sana ke untuk mohon latihan?

      ReplyDelete
      Replies
      1. spm dah layak.. tapi kene stat dari awal.... rekrut....publish... kadar... PTT.... kursus .. dipercalonkan ... barulah pegawai.... yap lapor diri di kem berdekatan dngn anda

        Delete
    61. Assalamualaikum encik, sy salah seorang student unikl (masih study peringkat diploma)...adakah sy layak memohon direkrut sbg PALAPES U walaupun tempat yg sy study tak ada palapes? lagi satu sy nk tnya...apa beza AW dgn PSS (e.g.: PSSTLDM)?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Boleh..sertai askar wataniah..hadiri Kursus Asas perajurit Muda, Kursus Kadar, dan Kursus senjata kecil.lepas tu boleh hadiri kursus bakal pegawai

        Delete
    62. Blh encik britahu step by step bgmana mahu jd pegawai dgn kedudukan sy skarang (sbg student)?

      ReplyDelete
      Replies
      1. pelapes adalah utk student u yang telah mempunyai persatuan/pelapesnya nya. bukannya budak luar....

        jika luar dari u/ tiada pelapes..... kena bermula sebagai orang awam.... berdaftar di kem askar wataniah berdekatan anda.

        daftar perajurit muda - kursus asas - kursus kadar - kursus lain - kursus ketua platun - bakal pegawai

        Delete
    63. borang permohonan nk hantar kt alamat mana

      ReplyDelete
      Replies
      1. ader download ke... hntr by hand ke kem terdekat dngn tempat anda berada

        Delete
    64. Salam cik..slmat mnjalankan ibadah puasa...sbnarnya cik saya minat nak masuk askar nie..tapi keputusan sya tak seberapa memuaskan..saya cuma dapat 3 krdit jak masa spm...sijil2 masa sekolah pun tiada.cuma yang ada sijil masa kolej jak..saya tinggal d lahad datu sabah..cik rasa saya layak kah untk memohon kemasukan askar wataniah..memohon melalui on9 mcm mna caranya..tq..

      ReplyDelete
      Replies
      1. bawak dokumen berkaitan ke kem wataniah terdekat ngan anda untuk jurulatih bahagian pengambilan melihat status anda layak atau tidak.

        pernah masuk kolej kah?..... secara kasar,..... LAYAK

        Delete
    65. salam...kalo staf swasta join AW.layakkah syarikat potong cuti tahunan atau bagi cuti tanpa gaji kpd staf yg join RAW?

      ReplyDelete
      Replies
      1. x layak... coz ambil cuti tahunan...... cuti bergaji....

        Delete
      2. maknanya kami pn boleh diberi pelepasan(cuti tanpa rekod) tanpa usik kami pnye cuti tahunan jika masuk latihan AW.cmtu?

        Delete
      3. boleh..... tertakluk kepada kelulusan majikan.....

        Anda boleh berbincang dngn majikan atau refer ke pegawai kem untuk pengambilan cuti.... n minta surat pelepasan cuti dari kem jika berkenaan.

        Delete
    66. Assalamualaikum wbt . .. Tuan/Puan. izinkan saye bertanya. Secara tunjangnya, saya memang mengimpikan untuk menyertai askar tetapi saya dimaklumkan orang yg rabun tak boleh joint and saya juga adalah dari golongan org yg memakai cermin mata Jadi pertanyaan saya adalah...kenapa org yg berkaca mata x boleh nk joint dlm askar? sedangkan negara luar boleh? itu je pertanyaan saya. Peace no War :)

      ReplyDelete
      Replies
      1. luar lain... dalam lain...

        walau yg berkaca mata... ada juga yg lulus ujian.... ia melibatkan soal keselamatan, kesihatan, dan seangkatan dengannya.

        jika anda berminat... jom berdaftar dan ketahui kelayakan anda untuk memasuki askar... mulakanlah dengan wataniah anda akan tahu perbezaannya...

        Delete
    67. sye nk masuk.kn.adik sye blh tak tuan email danieltini3377@gmail.com atau col sye 0108931398 sbb sye nk information lebih lanjut

      ReplyDelete
    68. bolih ja mesaj di ruangan sebelah kanan.... tk

      ReplyDelete
    69. Assalam Encik Naim, saya ade 1 kemusyikalan mengenai penempatan apabila berdaftar. Jika saya mendaftar di Kem AW cawangan Melaka, adakah kursus tauliah akan diadakan di cawangan yang sama, atau hanya ada 1 cawangan y ditetapkan?..

      Selain itu,jika saya tidak mempunyai pekerjaan sehingga kian, brp maksimum jam yang saya boleh berkhidmat utk AW?

      ReplyDelete
      Replies
      1. penempatan berdaftar kebiasaannya mengikut tempat kita berdaftar.
        so, jika daftar di Melaka.... kursus n tauliah akan dibuat di melaka...
        selepah kursus/tauliah boleh minta tranfer/bertukar ke kem terdekat dengan anda.

        maksimum jam.... ikut kem atau arahan semasa kem...
        lagi banyak jam anda datang... lagi banyak keuntungan/kelebihan anda dapat...
        yang penting... daftar.... n kursus perajurit muda selama 1 bulan....

        Delete
    70. Jika terdapat jenayah (Dadah) tetapi kes di Selasai.
      Boleh tak menyertai Askar Wataniah...???

      ReplyDelete
    71. Sye student kolej swasta .. nak masuk PALAPES mmg xdelah kat kolej .. so nak laa msuk AW .. tpi kursus sbulan kan ? .. sdgkan kolej sye cuti pling lame pun 2 minggu .. so mcm mne yerr nak ikut kursus tu ? .. boleh ker dtg kem stiap hjung minggu ??

      ReplyDelete
      Replies
      1. X DAPAT......
        Kena dapatkan permohonan / pastikan kolej anda bekerjasama ngan pihak kem untuk menjayakan AW... POLITEKNIK boleh je buat... so kolej lain boleh je... yang penting penyertaan ramai dari kolej itu sendiri....
        Jika keseorangan, maka tuan punya diri sila bincang dengan pihak kem, harap ada penyelesaian yg terbaik.

        Delete
    72. Mata rabun 100-150 kiri kanan. Agak2 lepas ke? Teringin nk join

      ReplyDelete
      Replies
      1. boleh try tes gi temuduga..... tapi kalu dah pakai cermin mata lagi okey..... yang penting, keselamatan anda dan anggota lain selamat..... pastikan masalah anda tidak mendatangkan masalah kepada orang lain.... kerana anda berada dalam satu pasukan bukannya berseorangan....

        Delete
      2. sekarang masih ada pengambilan ke

        Delete
      3. sekarang masih ada pengambilan ke

        Delete
    73. Salam Tuan, sy pernah sertai askar wataniah di rej 514 bukit beruang dan dah pegi rekrut sebulan dlm 2 tahun lepas. kemdian tak ada join apa2 aktiviti lg dah, kalau sy nk aktif semula, sy perlu mula dari awl ke?

      ReplyDelete
      Replies
      1. call atau contact balik kem berdaftar anda untuk ketahui status keaktifan anda.... dari ulasan anda rasanya TTP anda masih ada.... (biasanya 5 tahun) cuma tak aktif gi latihan sahaja.
        Jika TTp anda masih ada dan belum tamat... anda boleh ja pergi latihan ke kem scara mimgguan....

        Delete
      2. Alhamdulillh saya dah dapat askar wataniah kem 514 aw bukit Beruang,sekarng saya dah pangkat L/kpral kursus kadar saya dah 1 tahun gaji saya sekrng 1400....terima kasih enck naim Osman

        Delete
    74. Salam. Sy nak tanya. Askar wataniah ni ada buat ujian kecergasan ke tidak ? Selain daripada ujian kesihatan. Bila pula ujian tersebut dijalankan ? Selepas dipanggil ke macam mana ?

      ReplyDelete
      Replies
      1. ada ... atas keperluan n kehendak kem/atasan....
        ujian ni selepas terpilih terpanggil n semasa menjalani latihan....

        Delete
    75. Salam nak tanyavsya berasal dri kota kinabalu sabah sya cuma ada lepasan UPSR sahaja ada kah sya layak memohon untuk meyertai askar wataniah.. dan berapa lama kursus.. dan bila kursus kena tinggal di kem atau bole pulang balik ke rumah terima kasi.

      ReplyDelete
    76. Salam nak tanyavsya berasal dri kota kinabalu sabah sya cuma ada lepasan UPSR sahaja ada kah sya layak memohon untuk meyertai askar wataniah.. dan berapa lama kursus.. dan bila kursus kena tinggal di kem atau bole pulang balik ke rumah terima kasi.

      ReplyDelete
      Replies
      1. syarat asas lepasan SPM....
        kursus asas perajurit muda 1 bulan....
        bila kursus kena tinggal di kem selama 1 bulan..... mengerti ... :)

        Delete
    77. kalau orang yang bertatoo boleh masuk????

      ReplyDelete
      Replies
      1. berTATOO tu salah tak?

        pngmbilan dibuka sepanjang masa

        Delete
      2. Sàya berminat untuk msuk wataniah dan sekali Gus JD amggota tetap until ATM...ad peluang lg ta... Cuma ta ckup syarat bmi je.. Tp pernah jlni latihan Komander..mohon pencerahan...

        Delete
      3. Salam .. Sy nk tya ..kalau sy dh download borg .. Dh siap isi .. Kn anta kat kem ke or pos ?

        Delete
      4. mia saleh ; peluang tetap ada selagi kita blm berdaftar n tak ketahui result di kem kiter takkan dapat jawapannya.... semoga keazaman anda membuahkan hasil.

        fatin ; hantar manual di kem wataniah terdekat dngn anda... akan ada pengisian borang lain mengikut kesesuaiain kem berdaftar...

        Delete
    78. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    79. kalau penjawat awam dari kalangan badan beruniform contoh kastam nak menyertai askar wataniah,boleh ke?

      ReplyDelete
      Replies
      1. kastam ada badan sukarela tak? jika ianya tidak membantut perjalanan tugas hakiki kastam... tiada masalah..... boleh memohon.

        Delete
    80. Bahagian Pasukan Simpanan Tentera Darat sentiasa bersedia untuk memberikan maklumat sekiranya anda hendak menyertai Askar Wataniah. Mereka boleh dihubungi di alamat: Markas Tentera Darat, Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, 50634 KUALA LUMPUR atau nombor telefon 03-2921333 atau 03-2941536 Samb 2312 atau 5415 atau hubungi pasukan wataniah yang terhampir dengan anda.

      Rej 501 AW - Kem Tebrau Johor Baharu. Rej 502 AW - Kem Sg. Buluh Selangor. Rej 503 AW - Kem Jalan Tambun Ipoh. Rej 504 AW - Kem Bukit Keteri Kangar. Rej 505 AW - Kem Telok Sisek Kuantan. Rej 506 AW - Kem Pangkalan Chepa Kota Bharu. Rej 507 AW - Kem Bukit Perwira Kota Kinabalu. Rej 508 AW - Kem Jalan Rasah Seremban. Rej 509 AW - Kem Lebuhraya Peel Pulau Pinang. Rej 510 AW - Kem Sri Rejang Sibu. Rej 511 AW - Kem Ria Kompleks Kuching. Rej 512 AW - Kem Padang Midin Kuala Trengganu. Rej 513 AW - Kem Bukit Pinang Kepala Batas Kedah. Rej 514 AW - Kem Bukit Bruang Melaka. Rej 515 AW - Jalan Buku Lima, Ampang Kuala Lumpur. Rej 516 AW - Kem Kukusan Tawau.

      ReplyDelete
    81. Skarang nie saya berminat nk masok....dekat mana tempat nk mendaftar..

      ReplyDelete
      Replies
      1. kenal pasti kem wawaniah terdekat dengan anda... n terus berdaftar di sana.

        Delete
    82. saya dh isi borang Dan serah dokumen di rej 511aw kem ria .. dah 4 bulan berlalu dr tarikh dan mcm mna no tau status permohonan sya tu.. STK...

      ReplyDelete
    83. saya dh isi borang Dan serah dokumen di rej 511aw kem ria .. dah 4 bulan berlalu dr tarikh dan mcm mna no tau status permohonan sya tu.. STK...

      ReplyDelete
      Replies
      1. nak tau status kena la kerap call kem berdaftar anda tu....
        macamana ngan status permohonan.... lulus ke tak
        dah dapat no. tentera ke tak....
        bila kursus perajurit muda....
        soalan harus dilontarkan ke kem berdaftar anda....
        {permohonan setempat haruslah seramai mungkin.... barulah bulih buat saringan n latihan/kursus dpt dijalankan] kalu tak.... kena join siri / kem lain.....
        yangpenting.... update selalu ngan kem anda... stk

        Delete
    84. Asalamhualaikom tuan..,,nak tnye niee,sye cuma ada sijil skolah rndah(U.P.S.R)Bleh xsye masuk askar wataniah niee??hrap mklum..

      ReplyDelete
    85. Saya hanya berkelulusan upsr.... dan sy mempunyai masalah rabun jauh.....boley sy menyertai ??

      ReplyDelete
      Replies
      1. syarat asas : spm dan ke atas

        rabun bulih paka spek

        Delete
    86. Kalau belum ada pekerjaan tetap, tpi nak masuk askar wataniah, boleh ke ? Saya lepasan diploma tpi dlm bidang pengajian Islam Usuluddin, SPM saya pass, skrng tgh memohon keje under Jakim dn lain2 lagi, tpi sementara masih belum ada kekosongan pekerjaan sya nk masuk AW dulu, sebab minat tentera sejak dulu.

      ReplyDelete
    87. kalau saya nak tarik diri dari AW dan masok balik boleh ke... sbb dulu saya dkat rjm 512 semasa saya kerja di tganu dulu dan sekrang saya dah balik ke sarawak.... saya dah buat surat utk pdah tapi tak ada brita pun.....

      ReplyDelete
    88. Selamat patang boleh ke saya masuk askar wataniah yang saya ada UPSR saya asal Sabah sekarang saya ada di sungai way Petaling boleh ke saya daftar di kem yang terdakat

      ReplyDelete
    89. Selamat patang boleh ke saya masuk askar wataniah yang saya ada UPSR saya asal Sabah sekarang saya ada di sungai way Petaling boleh ke saya daftar di kem yang terdakat

      ReplyDelete
    90. Assalamualaikum boleh tak saya nk masuk askar watiah ni...saya sekolah sampai tinkatan4 ja....

      ReplyDelete
    91. Assalamualaikum boleh tak saya nk masuk askar watiah ni...saya sekolah sampai tinkatan4 ja....

      ReplyDelete
    92. salam...sy berminat ...tp tu la tk ckup ketinggian la.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Xckup tinggi pon lpas.. Trus p kem terdekat untuk maklumat lanjut.

        Delete
    93. saya bekerja kerani bank umur 30 tahun. saya nk masuk askar wataniah boleh ke?

      ReplyDelete
    94. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    95. Assalamualaikum..bley sya tnya KPTD ad jgk ka dlm AW ni? Sya ad sjil spm tmat skolah..tggi 17.4cm brat 65kg..dan bley sja tnya adakah sijil PLKN ni brgna..sya prnh tmat latihan PLKN Kmp2/11/2014.ada askar medic tu kta bley support kita utk unit brsaragam tp dh msok 2thn ggal prmhonan dlm SPA sbb sya ggal MATH huhu..sya nk sgt2 mnyertai KPTD hrp sgat dpt maklumat/inform yg berkaitan..

      ReplyDelete
      Replies
      1. KPTD syrat ketat sikit.... masuk berdaftar di Askar Wataniah dahulu...... ada kelayakan bru lompat masuk KPTD

        Delete
    96. Mohon maaf nak Tanya.sya dah pergi pendaftaran dekat kem 510AW sri rejang sibu.April lalu .saya lihat pemohonan INI dekat utusan Borneo ..yang mnggunakn PMR dan SPM shja.

      ReplyDelete
      Replies
      1. syrat asas terbaru spm dan ke atas..... tp maybe bg negeri anda masih ada kelonggaran dlm pngmbilan..... pmr dialukan ... spm diharapkan

        Delete
    97. Nak tanya ...klau tak ada sijil spm ...mcm mana ...tapi ada sijil SKM TAHAP 2 DAN 3 ...BOLEH Masuk kh ...

      ReplyDelete
    98. Assalamualaikum tuan , saya penganggur tetap buat masa sekarang ,mempunyai sijil Upsr ,Pmr dan Skm Level 1 bhagian eletronic . berbadan kecil tinggi 150cm dan berat 46 kg BMI lepas . boleh ka saya join AW ,atau syaratnya dr SPM??, Terima kasih Tuan

      ReplyDelete
    99. Salam tuan... Saya zerum pernah interview sukarelawan navy tp masa ujian akhir sy tak terpilih dan mereka tak gtau pn knpa sy tak terpilih..skrng sy minat btul dgn askar wwataniah.. Sy lepasan spm 2004.

      ReplyDelete
      Replies
      1. beleh g daftar ke kem wataniah terdekat dngn anda

        Delete
    100. salam tuan sya nak masuk tapi umur saya baru 17 tahu kalau daftar dulu boleh tak ??dan sya ada sijil pt3 dan skm tahap 2 boleh tak masuk

      ReplyDelete
      Replies
      1. syrat asas spm dan ke atas.... boleh rujuk ke kem wataniah terdekat dengan anda

        Delete
    101. Slm tuan,Sya Ricks Leonard dari sibu tuan.Sya dah daftar sejak bulan april 2016.sampai sekarang blum dipanggil tuan.Daftar di kem sri rejang sibu.Harap maklum.Tq

      ReplyDelete
      Replies
      1. kena call/hubungi kem berdaftar tuan utk ketahui status terkini

        Delete
    102. Kalau ada sejarah pembedahan perut boleh mohon askar wataniah ka?

      ReplyDelete
      Replies
      1. jika tiada efek kpd masalah kesihatan bila beraktiviti sepatutnya tiada masalah ; perlukan saRINGAN

        Delete
    103. Salam sejahtera Encik, saya sebelum ini terlepas untuk menyertai ATM. Namun bila di usia saya sekarang 26 tahun. Saya sungguh menyesal kerana saya sebelum ini sangat meminati bidang tentera. Kalau saya join wataniah, adakah saya berkelayakan untuk meneruskan tugas saya sebagai anggota tentera pada masa akan datang atau sehabisnya saya daripada rejim askar wataniah ini sya tidak jadi anggota. Segala nasihat tuan akan saya hargai. Saya harap tuan boleh text untuk beri pencerahan. Sebaiknya kalau saya dapat join dalam masa umur masih 26 tahun ini saya akan memberi komitmen saya untuk bertugas sepenuhnya bagi menjaga keamanan sejagat. Saya sangat berminat dalam bidang unit risikan sekiranya saya berkelayakan. Terima kasih.

      ReplyDelete
      Replies
      1. ATM memerlukan tenaga muda utk berkhidmat n rekod pencen pun awal bagi tentera..... apapun tuan boleh memasuki dulu askar wataniah untuk ketahui status n info terkini. tk

        Delete
    104. Assalammualaikum, Saya nak habis SPM tahun ni dan nak tunggu result tahun depan, saya takut result saya tak memuaskan, dan saya sedang menunggu keputusan PLKN sukarela... Saya ade 3 soalan nak tanya ni..

      1) Saya rabun jauh ( L 500/ R 900 ) dan saya memakai spek mata, boleh kah saya join...
      2) Saya berpangkat KOPRAL untuk Kader Kor Polis, Adakah saya boleh jadi Pegawai...
      3) Saya pernah menjalani latihan bersama ( Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia ) di Maktab polis PGA Ulu Kinta perak dan kawasan PLKN Kuala Kangsar perak untuk latihan PRB dan pernah menjalani latihan menembak M16 di Lapang Sasar Sg. Buloh, Adakah saya layak untuk jadi Pegawai...

      Itu saja soalan saya, saya tak tahu nak keje mana kat luar ni tahun depan dan saya harap dapat join AW sebagai askar tetap...
      Harap dapat jawapan daripada Encik..

      ReplyDelete
      Replies
      1. tahniah n semoga semua calon spm memperoleh keputusan yang terbaik...

        1.boleh join tapi akan ada saringan untuk kelayakan anda
        2.pangkat unit lain tidak diambil kira... kena start zero bila memasuki bidang askar atau unit ini.
        3.pegawai atas keaktifan/kelayakan n semua aspek diambil kira pabila berada di dalam arena askar wataniah sahaja. tk

        info lanjut boleh didapati bila anda dah masuk ke dalam komuniti wataniah nanti...

        selamat berdaftar semua.....

        Delete
    105. Assalamualaikum.Saya pelajar lepasan ijazah dan sudah ditauliahkan sebagai pegawai muda palapes. Boleh saya tahu, macam mana caranya saya boleh sertai anggota kerahan dan kalau ada rezeki, diserapkan ke anggota tetap.

      Terima kasih. Kerjasama encik amat saya hargai.

      ReplyDelete
      Replies
      1. aftifkan diri tuan dlm askar wataniah.....t
        dapatkan info terkini bila kerahan dibuka...
        ade rezeki dapat masuk kerahan nanti....

        Delete
    106. Assalamualaikum tuan. Kalau power mata rabun jauh tinggi dan ketinggian cuma 155 cm cukup syarat tak?

      ReplyDelete
    107. Assalamualaikum Tuan , saya berminat untuk menyertai Askar Wataniah . Saya boleh dapatkan no. WS sesiapa tak untuk tahu lebih mendalam tentang AW ? Harap ad maklum balas drpda tuan . Ni no. saya tuan 013-6869360 ����

      ReplyDelete
    108. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    109. Slm tuan, saye nak tanye utk sertai AW bmi mcm mane,kalau saye tengah belajar dalam sektor swasta lps tu kena panggil, adakah saye akan diberi surat cuti pelepasan utk menyertai program tersebut

      ReplyDelete
    110. Lagi satu blh x tuan terangkan sikit ape beza latihan tempatan,latihan berterusan, dan latihan kem tahunan

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    klik tengah

    Lazada : Kedai Online Top

    Popular Posts

    Harimau Malaya

    harimau malaya 728x90 Banner

    WMA Masterclass

    Lazada : Kedai Online

    Wordlinx - Klik Bayaran Anda

    WordLinx - Get Paid To Click

    'Traffic' Percuma

    The Best Traffic Exchange

    Anak Pintar cerdas

    Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

    Best of The Best Blog

    leaderboard2 denaihati Banner

    Lazada : Kedai Online