klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, May 2, 2013

model replika PRU13 di TERENGGANU DARUL IMAN

Jom kita susuri perjalanan dan semangat perjuangan ISLAM di Terengganu Darul Iman.


Boleh kira tak NIKMAT dari ALLAH?

Nikmat pada tubuh badan kita. Ambil kalkulator, ganti bateri baru dulu gok.
Kita pun kira nikmat mata kita, bila tengok bukan mula-mula keluar black & white dulu.
Tapi terus yang ada colour.

Nikmat boleh cakap, boleh makan, dapat isteri, dapat anak...

Kira kira, kira... Boleh jem kalkulator !
Mampukah kita bayar nikmat ALLAH ?

CONTOH : Manusia tak dapat nikmat nafas oksigen.
Di beri pilihan, nak oksigen ke nak kereta mercedes ?
Tentu manusia nak oksigen lagi.

Kita terlalu bertuah di beri nikmat ISLAM,
kerana ALLAH hanya menerima ISLAM sebagai agama disisi-NYA.

Maka, peliharalah ISLAM pada diri, sebaik-baik ISLAM di sisi ALLAH,
adalah mereka yang beriman.





Moga usia yang masih ada ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk memperjuangkan agama ALLAH dan sentiasa dalam ketaatan kepada-NYA.





Cubalah bertanya kepada diri, apakah kita ini boleh bawa atau tidak untuk membimbing diri sendiri?
Apakah boleh kita menumpangkan orang lain dalam masa sama pula?
Atau bolehkah kita dalam masa membimbing diri sendiri turut membimbing orang lain?

Ucapkanlah, mujurlah ALLAH, walaupun aku tidak dapat membimbing orang lain, sekurang-kurangnya aku boleh memimpin diri sendiri.
Aku kenal yang mana lubang, yang mana tunggul, yang mana salah, yang mana benar, yang mana bahaya dan yang mana selamat.

InsyaAllah, ISLAM pilihanku. Aku akan membantu selagi terdayaku untuk memenangkan ISLAM di bumi tercintaku semoga ku terlepas dari pertanyaanMU di akhirat kelak.



PERCAYAKAH kita, bagi sesiapa yang hatinya tidak merasi ketenangan, maka tubuh badannya juga turut tidak merasai keselesaan. Ketidaksenangan itu berpunca daripada rasa tidak puas.
Apabila seseorang itu dibelenggu dengan rasa sebegitu, maka tubuh badan juga akan merasai kesannya.

Selagi tidak sampai makrifat atau hubungan yang baik dengan-NYA dan kehidupan kita masih lagi bergantung kepada dunia, maka selama itulah kita tidak tenang.
Sifat dunia yang fana menyebabkan manusia sering berasa tidak cukup.
Tetapi apabila kita sampai ke peringkat keyakinan yang sebenar-benarnya, maka ketika itu,
tiada perkara lain yang melebihi segala-galanya berbanding ALLAH.






Andai kita mambawa hati kita condong ke kiri, maka ke kirilah langkah kita.
Kita pandu hati kita melangkah ke kanan, maka kananlah hala tuju hati kita.
Hitam yang kita gunakan, maka hitamlah warna hati kita.
Putih yang kita gunakan, maka putihlah warna hati kita.
Semuanya terletak pada kita.
YA, andai kita membawa condong ke arah agama, itulah haluan kita.
Kita perlu didik segera tentang kebaikan, maka itulah sifat hati kita sepanjang usia.



Apa juga kemampuan kita untuk menjalankan perintah mencegah kemungkaran, usahlah gentar.

Ingatlah... Kita sedang melaksanakan apa yang dipinta oleh ALLAH, TUHAN Yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Janganlah kita termasuk dalam golongan orang yang menempah dosa dan kemurkaan-NYA.

Anjuran melakukan amar makruf dan nahi munkar ini perlu difahami dengan jelas.
Tuntutannya tidak membataskan orang tertentu untuk melaksanakannya.
Bermakna, tidak kira sama ada golongan tua atau muda, mereka wajib memikul tanggungjawab ini.




Kita, apabila makan gaji dengan manusia akan dibayar dengan duit.
Tapi, makan gaji dengan ALLAH, bayarannya adalah syurga.
Bila mati baru boleh dapat gaji

Selepas kematian di dunia ini, kita akan dihidupkan kembali untuk menghadapi perbicaraan dangan ALLAH.
Maka ketika itulah, segala amal perbuatan kita akan dinilai, dibicara dan dibalas oleh-NYA.
Bergembiralah buat orang yang beramal soleh.
ALLAH berjanji akan menganjari mereka dengan syurga yang mengalir di bawahnya adalah syurga-syurga.
Inilah balasan bagi orang yang melakukan segala perintah dan meninggalkan larangan-NYA.









DUNIA dan AKHIRAT ini bukan nama bagi dua buah negeri tetapi ia adalah dua kefahaman.
Kita tidak dihalang, bahkan dibenarkan untuk mengambil manfaat di dunia, tapi
dalam masa yang sama turut menyimpan untuk bekalan kelak.

Jika kita simpan segala keseronokan dan sanggup bersusah payah hidup di dunia ini demi kesenangan akhirat, percayalah bahawa pemikiran seperti itulah yang dianjurkan dan membawa kebahagian kelak.

Moga segala gerak-geri kita di dunia pinjaman in akan memberi manfaat di negara abadi nanti.....


Anime4nz : Berubahlah untuk ISLAM, Bermulanya dengan ISLAM, Bersamalah dengan ISLAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online