klik atas

backlink

gambar laju

Friday, March 18, 2011

Berita Terkini Tsunami 18 Mac 2011

Bulan Sudah Hampir Ke Bumi!!


Amaran Tsunami Sudahpun Bertalu-talu Dicanang-canang!!


Berita Tsunami Menggugat Jepun Mengemparkan Dunia!!


Datanglah pula Khabar Angin yang tak Realistik!!


Kajian Saintis Mendakwa pula Paksi Bumi kini telah berubah.!!

Gempa Bumi Kembali bergegar!!


Dan lagi berkenaan gempa dan Negara Jepun.

Berpuluh penerbangan ke Jepun dibatal

FRANKFURT 16 Mac - Berpuluh-puluh penerbangan ke Jepun dibatalkan atau dilencongkan semalam dan penumpang udara mengelakkan perjalanan ke Tokyo kerana bimbang ancaman radiasi dari sebuah loji nuklear yang rosak teruk akibat gempa bumi pada Jumaat lalu.
Paling teruk terjejas ialah syarikat penerbangan Asia dan Eropah.
Deutsche Lufthansa berkata, ia melencongkan penerbangan dari Tokyo ke Osaka dan Nagoya, sekurang-kurangnya sehingga ke hujung minggu ini.
Katanya, pesawat yang pulang dari Tokyo kelmarin tidak dicemari radiasi.
Air China berkata, ia membatalkan penerbangan ke Tokyo dari Beijing dan Shanghai, terutamanya disebabkan kekurangan kapasiti operasi di beberapa lapangan terbang.
EVA Airways dari Taiwan mengumumkan akan membatalkan penerbangan ke Tokyo dan Sapporo sehingga akhir bulan ini.
Syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS) tidak melaporkan perubahan besar dalam jadual penerbangan mereka ke Jepun, tetapi pihak berkuasa penerbangan AS berkata, mereka bersedia mengambil tindakan termasuk melencongkan penerbangan jika krisis nuklear bertambah buruk.
Kerajaan lain termasuk Britain, Itali dan Belanda mengeluarkan amaran perjalanan dan penerbangan bagi mengelakkan persinggahan di ibu negara Jepun itu. - Reuters

Risiko keracunan radiasi global

KEROSAKAN reaktor nuklear di Fukushima, Jepun yang mula membebaskan bahan radioaktif ke udara pada minggu ini bukannya kemalangan pertama melibatkan loji tenaga nuklear dunia dan mungkin bukan yang terakhir.
Walaupun telah banyak langkah pencegahan diambil, namun akhirnya benteng konkrit loji tersebut tewas di tangan alam semula jadi selepas gempa bumi dan tsunami membadai perairan negara itu, Jumaat lalu.
Sungguhpun begitu, angka kematian yang dijangka jauh melangkaui 10,000 orang akibat bencana alam ini nampaknya tenggelam di sebalik bayangan bencana loji nuklear Chernobyl pada 1986.
Letupan kuat loji nuklear Chernobyl di Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan 32 orang terbunuh akibat kesan langsung keracunan radiasi sementara 8,000 yang lain mengalami kesan pencemaran radioaktif akibat bahan radioaktif tersebar ke udara sehingga ke barat Eropah.
Jika perkara sama berlaku di Jepun, bencana yang jauh lebih besar melibatkan pencemaran dan keracunan bahan radioaktif bakal menimpa semua bentuk hidupan di rantau Pasifik, mungkin juga seluruh dunia.
Bagaimanapun, kemungkinan itu disanggah Setiausaha Jawatankuasa Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Kesan Radiasi Atom, Malcolm Crick dengan alasan loji di Chernobyl dahulu tidak mempunyai sistem keselamatan moden terkini.
Crick juga mendakwa Chernobyl menjadi padang jarak padang tekukur disebabkan loji tersebut sedang beroperasi ketika letupan berlaku seterusnya memudahkan penyebaran bahan radioaktif ke udara.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) buat masa ini melaporkan risiko kejadian di loji Fukushima ke atas kesihatan manusia masih rendah tetapi 140,000 penduduk di sekitar zon bencana telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut Profesor Fizik Perubatan, Jabatan Radiologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Profesor Dr. Ng Kwan-Hoong, penduduk dunia akan didedahkan kepada dua jenis bahan radioaktif jika loji nuklear itu meletup iaitu Caesium-137 (Cs-137) dan Iodine-131 (I-131).

"Cs-137 dengan separuh hayat (half-life) 30 tahun, larut dalam air dan toksik (kepada hidupan) walaupun pendedahan dalam jumlah kecil. Selepas masuk ke dalam badan, bahan ini akan merebak, terutamanya berkumpul dalam otot.
"I-131 pula mempunyai separuh hayat lapan hari dan boleh diserap melalui makanan yang tercemar. Bahan ini akan terkumpul di dalam kelenjar tiroid kerana diserap seperti iodin biasa," jelasnya.
Tambahnya, secara biologi (dalam badan) Cs-137 akan mula mengurai selepas 70 hari sementara penguraian I-131 pula membebaskan radiasi yang boleh merosakkan kelenjar tiroid serta meningkatkan risiko kanser tiroid dalam jangka panjang.

Bagaimanapun, bukan sahaja warga Jepun dan penduduk negara jirannya cemas memerhatikan situasi di Fukushima, malahan rakyat Malaysia sendiri gempar apabila khidmat pesanan ringkas (SMS) mendakwa pencemaran radiasi akan sampai ke perairan kita mula disebarkan.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia telah memberi jaminan pembebasan bahan radioaktif di Jepun akan dipantau secara rapi melalui alat pengesan radiasi di Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai sementara kebanyakan pintu masuk negara juga dilengkapi pengimbas radiasi.
Namun, persoalan yang bermain di fikiran semua pihak kini adalah tentang sebaran bahan radioaktif melalui udara kerana ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dirasakan selepas gejala keracunan mula timbul.
Orang ramai di negara ini sebenarnya tidak perlu panik dengan kebarangkalian tersebut kerana jika berlaku bencana kebocoran bahan radioaktif yang teruk, ia pasti dapat dikesan lebih awal dan akan diumumkan kepada penduduk seluruh dunia terutamanya penduduk Jepun yang tinggal berhampiran tempat kejadian.
Pihak berkuasa tempatan dan antarabangsa juga akan memaklumkan kepada orang ramai tentang langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mengelak atau mengurangkan kesan pendedahan bahan radioaktif ke atas diri dan keluarga.
Sementara usaha menghalang bencana ini masih dijalankan, semua pihak perlu bertenang dan tidak panik tentang sesuatu yang belum tentu akan berlaku.
Untuk mengurangkan kebimbangan umum melibatkan situasi di Fukushima itu, adalah lebih baik jika orang ramai terlebih dahulu memahami gejala keracunan radiasi dan langkah yang perlu diambil dalam kecemasan.
Pening dan muntah merupakan gejala utama dikaitkan dengan keracunan bahan radioaktif yang bermula beberapa jam selepas seseorang terdedah kepada radiasi tahap rendah atau tinggi.
Gejala ini diiringi pening kepala, cirit-birit dan demam jika terdedah kepada jumlah radiasi yang tinggi sementara kesan melibatkan sistem saraf badan seperti lumpuh atau sawan secara tiba-tiba menandakan kesan radiasi yang amat tinggi.
Pendedahan secara berpanjangan akan menyebabkan sistem imuniti badan menjadi lemah, demam panas, serta muntah, pening kepala dan cirit birit yang teruk.
Pendedahan kepada jumlah radiasi yang tinggi juga akan membawa maut dalam tempoh singkat tetapi mereka yang terdedah kepada radiasi yang rendah dalam jangka panjang atau pendek mungkin dapat diselamatkan jika menerima rawatan sewajarnya.
Langkah pencegahan pula banyak bergantung kepada kemampuan kita untuk menjauhkan diri dari sumber radiasi dan mengurangkan tempoh terdedah kepada bahan tersebut. Dari sudut jarak, kadar risiko kepada penduduk di Malaysia sebenarnya jauh lebih rendah berbanding penduduk di Jepun dan negara jirannya.
Tempoh pendedahan pula dapat dikurangkan dengan menggunakan alat perlindungan khas serta mengikut arahan pihak berkuasa untuk berlindung di tempat khusus yang ditetapkan atau di dalam rumah dengan menghalang atau mengurangkan aliran udara masuk.
Hakikatnya, jika bencana melanda loji nuklear Fukushima, tiada siapa di dunia yang dapat melarikan diri kerana hanya jarak yang membezakan bila sesebuah negara akan terdedah kepada bahan radioaktif yang dibebaskan ke udara.
Selagi tragedi itu belum menjadi kenyataan, kita cuma mampu melihat serta mendoakan segalanya akan pulih dan semoga dunia diberi peluang mengambil iktibar daripada kejadian tersebut demi masa depan generasi berikutnya.

Penduduk Jepun patut risau kesihatan, bukan radioaktif

17/03/2011 3:27am

LONDON 17 Mac - Panik terhadap kebocoran radioaktif di Jepun akibat gempa bumi yang merosakkan loji-loji tenaga nuklear di sana telah mengalih perhatian terhadap ancaman yang lebih teruk terhadap kesihatan akibat tsunami seperti kesejukan dan gangguan bekalan air.
Pakar mengatakan usaha di Jepun sepatutnya fokus kepada memastikan bekalan air minuman yang bersih mencukupi dan pelupusan kumbahan yang betul bagi mengelakkan penyakit berbahaya seperti typhoid dan cholera.
“Orang ramai dilihat amat mengambil berat tentang radioaktif yang berada di paras lemah berbanding perkara yang sepatutnya dirisaukan.
“masalah sebenar yang perlu diambil perhatian ialah urusan gempa bumi dan tsunami,” ujar Dr. Richard Wakeford dari Universiti Manchester, Britain, hari ini. - Reuters

Jumlah terkorban, hilang meningkat kepada 13,000

17/03/2011 11:25am

TOKYO 17 Mac - Bilangan rasmi mereka yang terkorban dan hilang selepas gempa bumi dan tsunami yang menghancurkan kawsan pantai timur laut Jepun menghampiri 13,000 orang dan diramalkan meningkat.
Jumlah mereka yang disahkan terkorban sejak bencana Jumaat lalu seramai 4,314 orang manakalan bilangan mereka yang hilang setakat ini ialah 8,606 orang.
Sejumlah 2,282 orang dilaporkan cedera akibat bencana tersebut.
Datuk bandar Ishinomaki, Miyagi mengatakan jumlah mereka yang hilang di bandar itu sahaja hampir 10,000 orang. - AFP

Vanuatu dilanda gempa bumi, tiada amaran tsunami

17/03/2011 12:14pm

KUALA LUMPUR 17 Mac – Gempa bumi berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Vanuatu kira-kira 10.48 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Gempa berlaku 5,946 kilometer tenggara Kunak, Sabah.
Gempa itu tidak mendatangkan tsunami kepada Malaysia. – Bernama

Impak gempa bumi Jepun mungkin jejas beberapa sektor

17/03/2011 2:31pm

KUALA LUMPUR 17 Mac – Sektor automotif, gas asli cecair (LNG), serta elektrik dan elektronik (E&E) dijangka menerima impak bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun minggu lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
Beliau berkata, beberapa kilang komponen automotif Jepun terletak di kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.
Mukhriz menjangkakan syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia akan berhadapan kesukaran dalam memperoleh komponen elektrik dan elektronik dari Jepun.
"Jepun merupakan ekonomi yang besar, ekonomi ketiga terbesar selepas Amerika Syarikat dan China, apa yang berlaku di Jepun akan memberi kesan terhadap dunia,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada seminar mengenai “Komuniti Ekonomi ASEAN dan Inisiatif FTA Malaysia,” di sini hari ini.
Mukhriz berkata, sektor LNG juga dijangka terjejas akibat krisis tenaga nuklear Jepun yang boleh memaksa negara itu menggunakan rizabnya. – Bernama

Syarikat Jepun di Malaysia sukar dapat komponen

KUALA LUMPUR 17 Mac – Sektor automotif, gas asli cecair (LNG) serta elektrik dan elektronik dijangka menerima impak bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun minggu lepas, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir.
Beliau berkata, beberapa kilang komponen automotif Jepun terletak di kawasan yang terjejas akibat bencana alam itu.
Mukhriz menjangkakan syarikat-syarikat Jepun yang beroperasi di Malaysia akan berdepan kesukaran dalam memperoleh komponen elektrik dan elektronik dari Jepun.
‘‘Jepun merupakan ekonomi yang besar, ekonomi ketiga terbesar selepas Amerika Syarikat dan China, apa yang berlaku di Jepun akan memberi kesan terhadap dunia,” katanya selepas menyampaikan ucapan pada seminarmengenai “Komuniti Ekonomi ASEAN dan Inisiatif FTA Malaysia,” di sini hari ini.
Mukhriz berkata, sektor LNG dijangka terjejas akibat krisis tenaga nuklear Jepun yang boleh memaksa negara itu menggunakan rizabnya.
Kementerian itu kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum memutuskan untuk menyemak semula jumlah dagangan susulan kelembapan dagangan dalam jangka pendek dalam bulan-bulan akan datang, katanya.
“Masih terlalu awal, kami sedang meneliti implikasinya. Ia diluar kawalan sesiapapun dan ia juga dipacu industri,” katanya. –- Bernama

Haba di loji nuklear semakin panas

TOKYO 17 Mac - Kebimbangan berhubung krisis nuklear Jepun semakin meningkat hari ini apabila helikopter tentera menggugurkan air ke atas loji kuasa nuklear yang semakin panas.
Di loji kuasa nuklear Fukushima, helikopter enjin berkembar Chinook menggugurkan bertan-tan air dalam usaha terdesak untuk menyejukkan reaktor yang terjejas akibat gempa bumi besar dan tsunami pada Jumaat lalu, mengakibatkan beribu-ribu penduduk yang hilang tempat tinggal kini berada dalam kesejukan ekoran ketiadaan bekalan elektrik.
Operasi helikopter di loji kuasa No. 1 Fukushima, di pantai Pasifik kira-kira 250 kilometer dari Tokyo dilakukan bagi memastikan batang besi bahan api terus berada dalam reaktor dan bekas simpanan bahan api tenggelam di bawah air.
Ancaman terbaru di loji tersebut adalah kolam menempatkan batang besi bahan api yang mengandungi rod bahan api terpakai yang masih belum dikeluarkan dari reaktor tetapi masih tinggi dengan kandungan radioaktif.
Struktur itu direndam dalam air sejuk selama bertahun-tahun sehingga ia memancarkan haba yang cukup bagi membolehkan simpanan dijalankan.
Menurut pakar, air di sebuah daripada kolam tersebut mula tersejat kerana rod mula memanas dan suhu semakin naik di dua lagi kolam selepas sistem pam penyejuk rosak akibat impak tsunami.
Pakar memberi amaran, jika tangki tersebut kering sehingga mengakibatkan rod terdedah, batang besi itu boleh melebur atau terbakar sekali gus mengakibatkan paras radiasi tinggi yang boleh membawa maut. - AFP

Rakyat asing digesa tinggalkan Tokyo

TOKYO 17 Mac - Kerajaan asing hari ini menggesa rakyat masing-masing menjauhi ibu negara Jepun dan bahagian timur laut negara ini ekoran kebimbangan gempa susulan dan ancaman radiasi daripada krisis loji nuklear di Fukushima yang semakin serius.
Australia antara negara yang menyeru rakyatnya supaya meninggalkan Tokyo.
"Jika anda berada di Tokyo atau mana-mana wilayah yang terjejas, dan kami telah menyenaraikan lapan wilayah, kami menasihatkan anda supaya pergi ke tempat lain," kata Menteri Luar, Kevin Rudd.
Syarikat penerbangan Australia, Qantas dalam keadaan bersiap sedia untuk menyediakan penerbangan tambahan jika perlu.
Pegawai Amerika Syarikat (AS) memberi amaran kepada rakyatnya yang tinggal dalam lingkungan 80 kilometer dari loji Fukushima supaya berpindah atau mencari perlindungan kerana kebimbangan semakin meningkat mengenai keupayaan Jepun untuk mencegah malapetaka nuklear.
Britain turut menasihati rakyatnya meninggalkan Tokyo dan timur laut Jepun meskipun pegawai Britain berkata, setakat ini 'belum ada isu kesihatan manusia yang patut menimbulkan kebimbangan'.
Perancis pula berkata, dua pesawat kerajaan akan dihantar untuk membawa rakyatnya yang ingin meninggalkan Jepun, dengan mengesyorkan mereka berpindah dari Tokyo ke selatan negara ini atau pulang ke Perancis.
Kedutaan Vietnam menghantar tiga buah bas untuk membawa rakyatnya dari kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami pada Jumaat, selain menyediakan makanan dan keperluan lain untuk mereka, lapor agensi berita Vietnam.
Vietnam Airlines akan menyediakan penerbangan tambahan di laluan Tokyo-Hanoi dan menawarkan diskaun tambang untuk rakyat Vietnam yang ingin pulang ke tanah air.
Jerman, Italy dan Belanda turut menasihatkan rakyat masing-masing supaya meninggalkan Tokyo atau mengelakkan perjalanan ke timur laut negara ini. - AFP

IAEA pernah beri amaran

LONDON 17 Mac - Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah memberi amaran kepada Jepun dua tahun lalu bahawa satu gempa bumi kuat boleh menimbulkan 'masalah serius' kepada setesen-stesen tenaga nuklearnya.
Seorang pakar IAEA pada masa itu melahirkan kebimbangan reaktor-reaktor nuklear Jepun hanya direka bentuk untuk menahan gegaran sehingga 7.0 pada skala Richter, menurut akhbar Britain, Daily Telegraph, semalam.
Akhbar itu memetik kandungan kabel diplomatik Amerika Syarikat (AS) pada Disember 2008 yang diperoleh oleh laman web WikiLeaks.
Pegawai IAEA tersebut memberitahu satu mesyuarat Kumpulan Keselamatan dan Kawalan Nuklear Kumpulan Lapan (G8) di Tokyo pada 2008 bahawa garis panduan keselamatan nuklear Jepun ketinggalan zaman, menurut kabel itu.
"Dia (pegawai IAEA) menjelaskan garis panduan keselamatan bagi keselamatan seismik telah disemak hanya tiga kali dalam tempoh 35 tahun lalu dan baru sekarang IAEA mengkajinya semula," tambah kabel itu.
Kerajaan Jepun bertindak balas terhadap laporan IAEA itu dengan membina sebuah pusat bantuan kecemasan di loji nuklear Fukushima tetapi loji itu tetap direka hanya mampu bertahan dalam gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter.
Satu lagi kabel AS yang dihantar pada Mac 2006 menunjukkan kerajaan Jepun menentang satu perintah mahkamah untuk menutup sebuah loji di barat negara itu kerana timbul keraguan mengenai keupayaannya untuk menghadapi gempa bumi.
Menurut kabel itu, Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian Jepun percaya reaktor itu 'selamat' dan 'semua analisis keselamatan dijalankan dengan sewajarnya'. - AFP

Loji nuklear Jepun dalam keadaan stabil

18/03/2011 3:24am

VIENNA 18 Mac - Keadaan di loji nuklear Fukushima, Jepun tidak menampakkan sebarang petanda buruk dalam tempoh 24 jam kebelakangan ini, kata seorang pakar dari Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Graham Andrew hari ini.
“Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi masih kekal dalam keadaan yang serius namun tidak ada tanda-tanda keadaan itu bertambah teruk sejak semalam,” kata Andrew.
Tambahnya, situasi semasa reaktor 1,2 dan 3 loji tersebut yang meletup dan terbakar sejak bencana tsunami Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil. - AFP

Angka korban gempa bumi, tsunami cecah 6,539 orang

18/03/2011 3:35pm

TOKYO 18 Mac - Angka korban rasmi akibat bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu hari ini meningkat kepada 6,539 orang, lebih tinggi berbanding jumlah korban gempa bumi Kobe pada 1995.
Agensi Polis Kebangsaan melaporkan, seramai 10,354 yang lain disenaraikan sebagai hilang, menjadikan jumlah yang maut dan hilang kini kepada 16,893.
Seramai 2,513 yang lain turut cedera dalam bencana tersebut.
Pada Januari 1995, satu gempa bumi sekuat 7.2 pada skala Richter menggegar bandar pelabuhan Kobe, barat Jepun dan mengakibatkan 6,434 maut.
Gegaran terbaru minggu lalu itu merupakan bencana terburuk Jepun selepas gempa bumi Great Kanto 1923 dengan magnitud 7.9 pada skala Richter yang mengorbankan lebih 142,000 nyawa. - AFP

Gempa bumi sederhana landa Nias, Sumatera Utara

19/03/2011 12:58pm

KUALA LUMPUR 19 Mac — Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di 75km barat daya Nias, Sumatera Utara, Indonesia pada 10.33 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, berkata gempa bumi itu berlaku di 532km barat daya Klang, Selangor.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. — Bernama

Kemasukan produk pertanian dari Jepun dipantau

19/03/2011 5:07pm

PETALING JAYA 19 Mac — Kerajaan akan terus memantau dan membuat pemeriksaan ketat terhadap sayur-sayuran dan buah-buahan yang diimport dari Jepun, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata, ini bagi menyekat kemasukan produk yang dicemari radioaktif daripada memasuki negara ini ekoran beberapa siri letupan loji tenaga nuklear akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda negara matahari terbit itu minggu lepas.
Beliau berkata, kementeriannya dengan kerjasama Kementerian Kesihatan akan membuat pemeriksaan di setiap pintu masuk pusat kuarantin bagi memastikan produk tersebut bebas daripada kesan radioaktif.
"Hasil ternakan dalam tin kalau ada yang diimport ke Malaysia kita akan pastikan puncanya, buah-buahan dan sayuran jeruk ada (dari Jepun), pemantauan akan dibuat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan Tani di Kontena Nasional Berhad di sini hari ini. — Bernama

Tiada rakyat Malaysia sekitar 50km Loji Nuklear Fukushima

19/03/2011 6:22pm

MEMBAKUT, Sabah 19 Mac — Setakat ini tiada rakyat Malaysia dikesan berada dalam lingkungan 50km dari loji nuklear di Fukushima, timur laut Jepun yang mengalamai kebocoran radioaktif akibat beberapa letupan ekoran kejadian gempa bumi kuat dan tsunami di sekitar kawasan itu minggu lepas, kata Menteri luar Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan baru-baru ini mengeluarkan amaran kepada mereka yang tinggal dalam radius 30km dari kawasan loji itu supaya jangan keluar dari rumah buat sementara waktu.
Menurutnya selain itu Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sentiasa berhubung rapat dengan dengan agensi-agensi yang berkaitan di Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa berhubung kebocoran radiasi itu.
"Sekiranya keadaan bertambah buruk, kerajaan akan bawa rakyat Malaysia yang berada di sana kembali ke tanah air,” katanya kepada pemberita ketika mengulas perkembangan semasa di Jepun,” tambahnya. — Bernama

Jom sambung bacaan di Berita Tsunami Terkini 31 Mac 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama