Jom saya kongsikan bersama-sama pembaca budiman di blog anime4nz nie pula.
Majalah Niaga nie bernafas baru semenjak dua bulan lepas, so mungkin kita tertinggal la sikit ceritanya. So bagi menambahkan rencah ratus produktiviti, e-Majalah Niaga kembali lagi dengan edisi #16 sekaligus mengubat kerinduan para pembaca dengan e-Majalah IM sebelum ini.
Kali ini, anime4nz lihat, majalah niaga berjaya menemubual khas seorang penulis novel remaja yang cukup gah di Malaysia. Nama beliau sudah tidak asing lagi dalam genre ini. Malah, apa yang menarik di sini adalah, jumlah pendapatan beliau berdasarkan royalti kini sudah mencecah 6 angka setiap tahun.
Seperti kata Puan Ainon, Pengerusi syarikat PTS Sdn Bhd,
"Penulis perlu anggap diri mereka sebagai usahawan, supaya mereka dapat terus hidup dengan hasil-hasil penulisan."
Kata-kata ini bertepatan kenapa majalah ini memilih penulis novel remaja ini untuk dikongsikan bersama anda.
Penulis novel remaja yang cukup gah dan terkenal di Malaysia adalah Puan Ain Maisarah. Beliau menjadi ‘cover’ Majalah Niaga isu ini kerana ingin membuka mata ramai pihak bahawa penulis juga merupakan seorang usahawan.
Apa yang menarik, jumlah hasil jualan buku-bukunya sudah mencecah RM5 Juta menerusi 18 buah buku best seller bersama penerbit PTS Sdn Bhd walaupun baru empat tahun menjadi penulis sepenuh masa.
Sekarang Puan Ain Maisarah dan pengurusnya sedang berusaha untuk mencapai royalti sebanyak RM1 juta memandangkan masih belum ada penulis tempatan yang mendapat royalti sedemikian dalam tempoh 5 tahun. Semuanya ada diceritakan di dalam temubual eksklusif selama 27 minit pihak Majalah Niaga dengan beliau.
Apa Yang Ada Dalam Majalah Niaga Edisi Kali Ini?
Bukan sekadar temubual, Majalah Niaga Edisi #16 juga akan turut disertakan dengan10 artikel keusahawanan yang berkualiti tinggi untuk bacaan anda.
Artikel-artikel ini dihasilkan oleh mereka yang pakar di dalam bidang mereka. Antara artikelnya ialah:
- Strategi Menjana RM10K Dengan Produk Informasi oleh Adly Mukhtar.
- Bisnes & Nikmat Risiko oleh Azzah AR.
- Tiga Peraturan Penting Sebelum Menjual oleh Aqif Azizan.
- 9 Rahsia Bisnes IKEA Terbongkar oleh Mazlan Mohamad.
- Pinjaman Baik VS Pinjaman Jahat oleh Dr. Shah Razali.
- Strategi Bisnes Tony Fernandes Membangunkan AirAsia oleh Mazlan Mohamad.
- 3 Mitos Perniagaan Internet oleh Hasbul Aqill.
- 3 Elemen Kritikal Sebelum Menulis Copywriting Berkuasa oleh Haryzat.
- Mindset Seorang Usahawan oleh Ammar Mahmood.
- 3 Strategi Penjenamaan Di Ebay oleh Eruwan Gerry.
Kawan-kawan, Apa Tunggu Lagi???
Terima kasih atas reviu ini. Semoga blog Majalah Niaga terus dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Teruskan menyokong kami. Terima kasih sekali lagi. :)
ReplyDeleteTerima kasih jua diucapkan kembali.... Kerana anda blog ini review ini top 8..... terima kasih sekali lagi
ReplyDelete