anime4nz : Landskap Fantasi ;sayur brocoli, roti & rumpai laut |
KREATIVITI mampu menukarkan apa sahaja kepada sesuatu yang menarik. Di London, seorang jurugambar membuktikan makanan bukan sekadar bahan untuk mengisi perut tetapi mampu dijadikan hasil seni animasi yang menakjubkan.
Carl Warner adalah contoh terbaik individu kreatif yang penuh dengan imaginasi dan daya cipta. Tanpa pengaruh seni-seni yang lain, beliau melahirkan seni yang unik dan tersendiri.
anime4nz : Fantasi Halloween Si Bawang Putih |
anime4nz : Fantasi Taman Sayur-sayuran |
anime4nz : Landskap mempersonakan |
anime4nz : Pasar Buah-buahan |
anime4nz : Pergunungan beasaskan buku roti, keju & bijiran |
anime4nz : Taman Lobak & ubi yang mengasyikka |
Menurut Warner, minat di dalam seni aneh itu bermula selepas beberapa tahun berkecimpung di dalam fotografi komersial yang digunapakai untuk pengiklanan produk makanan.
anime4nz : Fotografi Landskap Seni Sumber Makanan Harian |
Berbekalkan kemahiran melukis yang ditimba dari kelas seni lukis, beliau kemudian menggabungkan kedua-dua bakat yang ada untuk menghasilkan sesuatu yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
"Dahulu saya banyak menghasilkan lukisan dan ilustrasi seperti yang diinginkan oleh syarikat pengiklanan.
"Namun saya tidak mahu terlalu 'jujur'. Saya ingin menipu mereka dengan imej yang boleh membuatkan mereka tersenyum,'' katanya.
anime4nz : alam laut nan indah |
Seperti kebanyakan seni-seni visual yang lain, seni visual makanan Warner juga memakan masa yang lama.
Proses pembikinan bermula dengan lakaran yang diterjemah daripada kotak imaginasinya.
Proses seterusnya adalah untuk memadankan setiap objek dengan sumber makanan yang ada di dalam simpanan. Jika apa yang diperlukan tidak mencukupi, beliau terpaksa menghabiskan masa berjam-jam di pasar raya untuk memilih setiap bahan dengan teliti.
anime4nz : Sumber Makanan Harian |
Di dalam gubahannya, beliau menggunakan sayur-sayuran seperti kubis, brokoli, cendawan dan rumpai laut sebagai pokok manakala landskap berbatu pula dihasilkan menggunakan ubi kentang, bawang putih dan emping jagung.
anime4nz : Pencahayaan Cendawan Baru |
Kerumitan dekorasi kadang-kala memerlukan belia mengukir kepingan keju untuk membentuk struktur yang lurus seperti rumah dan bangku.
Bagi Warner, seni yang diceburi itu bukan sahaja mengajar beliau menjadi lebih kreatif bahkan memerlukan beliau menjadi tukang solek.
anime4nz : Pemandangan yang mengujakan |
"Tetapi ia tidak semudah itu kerana solekan perlu dilakukan menggunakan pewarna, kunyit dan coklat untuk mendapatkan warna yang lebih menarik,''katanya.
Selepas pemandangan yang diinginkan lengkap di atas meja, peringkat seterusnya adalah untuk memanfaatkan kemahiran pencahayaan studio. Teknik yang disifatkan beliau sebagai satu lagi seni terpenting.
No comments:
Post a Comment