klik atas

backlink

gambar laju

Thursday, March 17, 2011

Berita Semasa Tsunami 16 Mac 2011

Bulan Sudah Hampir Ke Bumi!!


Amaran Tsunami Sudahpun Bertalu-talu Dicanang-canang!!


Berita Tsunami Menggugat Jepun Mengemparkan Dunia!!


Datanglah pula Khabar Angin yang tak Realistik!!


Kajian Saintis Mendakwa pula Paksi Bumi kini telah berubah.!!


Dan kini, Gempa Bumi bergegar meledakkan teknologi nuklear di Jepun.

Ikuti suntingan anime4nz kali ini pula.....

Loji nuklear meletup: Rakyat kita tidak dipindah

KUALA LUMPUR 15 Mac – Tidak ada rakyat Malaysia yang terlibat dalam rancangan pemindahan pihak berkuasa Jepun setelah loji tenaga nuklear Fukushima dekat negara Matahari Terbit itu meletup buat kali ketiga pagi ini.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata, ia kerana tidak ada rakyat negara ini yang tinggal dalam lingkungan 50 kilometer daripada kawasan loji yang meletup itu, pada pukul 5.10 pagi waktu Malaysia.

Menurut beliau, semua penduduk yang tinggal dalam lingkungan 20 kilometer (km) hingga 30 km radius dari loji tenaga nuklear Fukushima juga diminta supaya tidak keluar dan berada di kediaman masing-masing.

‘‘Justeru saya meminta orang ramai supaya terus bertenang manakala kerajaan Jepun mengambil langkah untuk mengelak kebocoran radiasi yang lebih serius,” katanya dalam kenyataannya kepada Kementerian Luar di sini hari ini. - utusan

Penghantaran pasukan penyelamat Malaysia ditangguhkan

SUBANG 15 Mac - Pasukan mencari dan menyelamat Malaysia yang sepatutnya berlepas ke Jepun hari ini bagi menyertai kumpulan penyelamat dari negara lain dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa tsunami di negara Matahari Terbit itu terpaksa ditangguhkan.
Ia berikutan tindakan kerajaan Jepun yang masih belum memberi kebenaran secara rasmi kepada dua pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mendarat di negara berkenaan.
Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Rodzi Md. Saad berkata, pihaknya yang mengetuai misi itu tidak mahu mengambil risiko meneruskan penerbangan itu kerana masih belum mendapat kebenaran untuk mendarat dari kerajaan Jepun.
Menurutnya, misi yang disertai oleh 56 anggota itu tidak batal, sebaliknya ditangguhkan dan akan diteruskan bergantung kepada perkembangan terkini daripada kerajaan Jepun.
''Keputusan untuk meneruskan misi ini bergantung kepada perkembangan semasa dan kebenaran pihak atasan untuk kita meneruskan usaha ini," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengiringi pasukan mencari dan menyelamat Malaysia yang sepatutnya berlepas ke Tokyo pagi ini di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini.
Pasukan mencari dan menyelamat yang disertai oleh 56 anggota itu terdiri daripada pegawai dan anggota MKN, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ia turut disertai oleh doktor dari Kementerian Kesihatan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan beberapa petugas media.
Penerbangan pasukan mencari dan menyelamat yang dijangka mengambil masa selama 15 jam sepatutnya berlepas pukul 10 pagi, namun ditangguhkan kepada pukul 12 tengah hari dan pukul 3 petang ini sebelum ia ditangguhkan.
Selain membawa ubat-ubatan, mereka turut membawa bersama jentera, peralatan bagi membantu mengesan radio aktif, makanan dan sebagainya.
Pasukan itu akan menyertai kumpulan penyelamat dari beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), China, Korea Selatan yang telah berada di Jepun bagi membantu mencari mangsa gempa bumi dan tsunami yang berlaku Jumaat lalu.
Setakat ini, sebanyak 70 negara menawarkan pertolongan kepada Jepun, bukan sahaja dari AS yang merupakan sekutunya, tetapi juga China yang mempunyai hubungan tegang dengannya.

Pantau makanan dari Jepun

PUTRAJAYA 15 Mac – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memantau produk makanan diimport dari Jepun yang dikhuatiri dicemari bahan radiasi nuklear.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, kementeriannya akan menjalankan kerjasama itu kerana negara ini turut mengimport daging dan ikan dari Jepun.
Menurut beliau, pihaknya tidak memandang remeh isu tersebut walaupun jumlah peratusan import kedua-dua bekalan makanan tersebut dari Jepun kecil.
“Ia melibatkan keselamatan pengguna dan rakyat negara ini secara amnya, jadi kita tidak akan mengambil mudah mengenai hak tersebut.
“Bekalan daging dan ikan di negara kita tidak akan terjejas walaupun kita tidak mengimport dari Jepun kerana ketika ini Australia merupakan negara pengeluar utama dan kita juga mengimport bekalan daging dan ikan dari mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program promosi Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) di kementeriannya di sini hari ini.

Malaysia sedia hantar satu batalion pasukan penyelamat

KUALA LUMPUR 15 Mac – Malaysia bersedia untuk menghantar pelbagai agensi penyelamat sehingga satu batalion bagi misi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun jika mendapat kebenaran dari negara matahari terbit itu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen kerajaan itu adalah sebagai keprihatinan Malaysia terhadap kesusahan masyarakat Jepun yang dilanda gempa bumi terburuk dalam tempoh 140 tahun Jumaat lalu.
“Kita bersedia menambah anggota menyelamat sehingga satu batalion, tetapi ia tertakluk kepada pihak Jepun untuk memberi pelepasan kepada pasukan kita bagi meneruskan misi itu.
“Ini kerana kita memang mempunyai kemampuan untuk menyelaras sehingga satu batalion,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek rayuan Hari Pahlawan 2010 kepada Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Parlimen hari ini.
Menurut Ahmad Zahid, kumpulan pertama yang terdiri daripada 50 anggota itu akan berperanan membantu kerja-kerja menyelamat dan mereka membawa bersama bekalan perubatan.
Mengenai langkah menyelamatkan rakyat Malaysia di Jepun, beliau berkata, ketika ini, MKN sedang memantau keadaan semasa dan jika situasi mendesak, mereka akan dibawa pulang seperti yang dilakukan dalam ‘Ops Piramid’. -utusan

Krisis nuklear Jepun meruncing

FUKUSHIMA 15 Mac – Krisis nuklear Jepun yang disifatkan sebagai paling serius di dunia sejak malapetaka Chernobyl di Ukraine pada 1986, semakin meruncing hari ini apabila paras radiasi didapati meningkat ke tahap membahayakan kesihatan di sekitar sebuah loji nuklear setelah beberapa reaktornya meletup dalam tempoh empat hari lalu selepas berlaku gempa bumi Jumaat lepas.
Perdana Menteri, Naoto Kan menyeru penduduk yang tinggal sekitar 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima, 240 kilometer ke utara Tokyo, supaya tidak keluar rumah dan menjimatkan elektrik.
Ketika bercakap mengenai paras radiasi di reaktor No. 4 yang meletup hari ini, Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano mengakui terdapat kemungkinan jelas kesihatan penduduk boleh terjejas.
“Tidak syak lagi berlainan dengan situasi masa lalu, paras radiasi kini pada paras yang boleh membahayakan kesihatan manusia,” kata Edano.
Kedutaan Perancis dalam kenyataan pada 0100 GMT (9 pagi waktu Malaysia) memberi amaran, angin radioaktif paras rendah boleh sampai ke Tokyo dalam masa kira-kira 10 jam, tetapi pihak berkuasa mengesan paras radiasi melebihi normal lebih awal daripada itu di ibu negara Jepun itu.
Paras radiasi di bandar Maebashi, 100 kilometer ke utara Tokyo mencecah 10 kali paras normal, manakala hanya radiasi paras rendah dikesan di ibu negara matahari terbit itu, yang ‘tidak menjadi masalah’, kata pegawai bandar raya menurut agensi berita Kyodo.
“Berlaku kebakaran dan letupan di reaktor No. 4 dan paras radiasi di kawasan sekitar meningkat dengan ketara, kemungkinan berlaku lagi kebocoran bahan radioaktif bertambah meningkat,” kata Kan dengan wajah suram dalam ucapan ke seluruh negara.
Negara serantau juga semakin bimbang dengan risiko radiasi, termasuk China. Syarikat penerbangan Air China membatalkan penerbangan ke Tokyo sementara kerajaan Jepun mengumumkan zon larangan terbang sejauh 30 kilometer di sekitar reaktor di Fukushima.
Media Jepun mula mengkritik Kan berhubung tindakannya menangani bencana itu dan membidas kerajaan dan operator loji nuklear, TEPCO kerana gagal menyalurkan maklumat lengkap mengenai insiden tersebut, terutamanya risiko terhadap kesihatan.
“Keracunan radiasi yang sangat teruk, seperti yang berlaku di Chernobyl dan kepada pekerja Jepun di stesen tenaga nuklear itu, tidak mungkin menimpa penduduk awam,” kata pakar patologi kimia di Universiti Hong Kong, Lam Ching-wan.
Namun, letupan di reaktor itu boleh menyebabkan penduduk awam terdedah kepada radiasi jangka panjang, yang meningkatkan risiko kanser tiroid dan tulang serta leukemia terutamanya kepada kanak-kanak dan anak dalam kandungan, katanya.
Sejumlah empat letupan berlaku di loji Fukushima sejak kompleks itu mengalami kerosakan dalam gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu, dengan letupan terbaru di reaktor No. 2 dan No. 4, hari ini. – Reuters

Letupan loji nuklear pada tahap bahaya

PARIS 15 Mac - Pihak berkuasa keselamatan nuklear Perancis (ASN) semalam berkata, insiden letupan ke atas sebuah loji nuklear di Jepun dikelaskan pada tahap 5 atau tahap 6 mengikut skala antarabangsa dan dianggap berada pada tahap bahaya.
Tahap keselamatan dalam insiden letupan di loji tenaga nuklear di Fukushima itu boleh disamakan dengan tahap keselamatan dalam kejadian kebocoran di loji tenaga nuklear di Three Mile Island di Amerika Syarikat pada 1979.
Tahap risiko keselamatan tenaga nuklear mengikut skala antarabangsa diukur pada tahap 1 hingga tahap 7.
Anggaran risiko dalam kemalangan di loji Fukushima Daiichi Tokyo Electric Power Co itu, mengikut penilaian ASN berdasarkan data yang disediakan oleh agensi keselamatan nuklear Jepun menunjukkan ia berada pada tahap 4.
"Tahap 4 dianggap sebagai tahap yang serius".
"Pihak kami menjangkakan insiden tersebut berada pada tahap 5 atau tahap 6," kata Presiden ASN.... pada satu sidang media.
Semalam, seramai 11 orang dilaporkan cedera apabila berlaku letupan gas hidrogen berikutan letupan di loji nuklear Fukushima Daiichi Tokyo Electric Power Co itu.
Kejadian itu memburukkan lagi krisis nuklear di negara matahari terbit itu ekoran gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang melanda negara itu disusuli dengan tsunami besar, pada Jumaat lalu. - Reuters

Kadar radioaktif terus meningkat

TOKYO 15 Mac - Keadaan panik menyelubungi bandar raya Tokyo hari ini selepas tahap radioaktif dari loji-loji tenaga nuklear di negara ini terus meningkat ekoran gempa bumi pada Jumaat lalu.
Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk mengambil tindakan meninggalkan bandar ini selain menyimpan pelbagai bekalan terutama makanan.
Beberapa kedutaan menasihati kakitangan dan warganegara mereka meninggalkan bandar raya ini, para pelancong memendekan percutian manakala syarikat multinasional menggesa kakitangan mereka bercuti atau menimbang beroperasi di luar bandar.
Sebuah pasar raya di daerah Roppongi, Tokyo, Don Quixote kehabisan stok termasuk radio, lampu suluh, lilin dan beg tidur, hari ini setelah penduduk 'menyerbu' pasar raya itu.
Wartawan asing yang membuat liputan berhubung gempa bumi dan tsunami di Sendai sejak Jumaat lalu, juga telah pulang ke negara masing-masing.
Syarikat mencari pekerjaan Britain, Michael Page International juga akan ditutup pada minggu ini.''Saya akan pergi ke Singapura esok dan bekerja di cawangan kami di sana,'' kata salah seorang daripada kakitangan syarikat itu.
Kyodo News berkata, tahap radiasi di Tokyo dan Saitama adalah 40 kali ganda daripada peringkat normal, masih belum berbahaya kepada manusia namun cukup menimbulkan panik di bandar yang dihuni oleh kira-kira 12 juta orang.
Pegawai Pejabat Kaji Cuaca berkata, angin kini bertiup perlahan ke arah barat daya termasuk Tokyo tetapi akan berubah ke arah barat pada lewat petang ini.
Terdahulu, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan memberi amaran tahap radioaktif tinggi di sekitar loji tenaga nuklear selepas berlaku letupan di dua buah reaktor.
Beliau berkata, risiko kebocoran lebih banyak radiokaktif semakin meningkat. - Reuters

Malaysia selamat dari radioaktif – Muhyiddin

PUTRAJAYA 15 Mac – Malaysia masih selamat dari sebarang ancaman radioaktif walaupun banyak loji nuklear di Jepun rosak teruk dan beberapa buah darinya meletup serta melepaskan radiasi selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat Jumaat lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hingga kini agensi kerajaan yang memantau secara rapi apa yang berlaku di Jepun dan juga sekitar negara ini, tidak mengeluarkan sebarang amaran tentang risiko tersebut.
‘‘Saya tidak fikir kita perlu bimbang dan kalau ada apa-apa akan berlaku dalam negara, kita akan maklumkan kepada rakyat dengan segera.
‘‘Kita pantau sepanjang masa dan kalau ada apa-apa pun, ia akan dikeluarkan oleh badan yang ditauliahkan,” katanya.
Semalam, orang ramai dikatakan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang meminta mereka supaya tidak keluar rumah bagi mengelakkan terhidu bahan radioaktif dan terkena hujan yang didakwa mengandungi toksik ekoran banyak loji nuklear di Jepun meletup selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat.
Gempa berukuran 8.9 pada skala Richter itu merupakan yang terkuat melanda negara matahari terbit itu dalam tempoh 140 tahun sehingga mencetuskan tsunami setinggi 10 meter.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyifatkan SMS itu mungkin dikeluarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan kebimbangan luar biasa di kalangan orang ramai.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah menerima apa sahaja yang dikaitkan dengan bencana alam di Jepun itu tanpa merujuk kepada pihak berkuasa.
‘‘Orang ramai harus faham perkara itu berlaku di sana (Jepun) tetapi Alhamdulillah setakat hari ini di Malaysia kita tidak berdepan dengan masalah seperti di Jepun,” katanya.
Menjawab pertanyaan, Muhyiddin berkata, kerajaan akan mengutamakan keselamatan negara dan rakyat dalam melaksanakan pembinaan loji tenaga nuklear di negara ini.
Beliau berkata, agensi kerajaan yang bertanggungjawab akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan loji berkenaan.
“Banyak perkara yang boleh kita belajar (daripada gempa bumi di Jepun) tetapi yang penting soal keselamatan rakyat dan negara perlu diambil kira.
“Dalam soal ini, kita ada agensi yang bertanggungjawab dan mereka tahu apa yang mereka lakukan dan kita yakin mereka melaksanakan yang terbaik,” katanya.
Pada Disember lalu, Menteri Teknologi Hijau, Tenaga dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mengumumkan Malaysia akan membina dua loji tenaga nuklear yang mampu menjana 1,000 megawat elektrik setiap satu.
Loji pertama dijadual beroperasi pada 2021 manakala yang kedua setahun kemudian.

Perdagangan: Gempa bumi, tsunami Jepun boleh beri kesan

16/03/2011 12:09pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun baru-baru ini boleh memberi kesan buruk ke atas aktiviti perdagangan Malaysia pada tempoh jangka pendek.
"Sektor elektrik dan elektronik akan merasai kesannya kerana keluaran beberapa komponen utama yang diimport dari Jepun akan berkurangan dengan banyak,” kata AmResearch dalam satu nota hari ini.
AmResearch menganggarkan bahawa eksport keseluruhan Jepun kemungkinan besar akan turun antara 5.0 dan 10 peratus pada tahun ini, serta ditambah pula dengan pengurangan perdagangan bagi bulan-bulan akan datang.
Katanya pelaburan dan pelancongan Jepun akan berkurangan apabila usaha pembinaan semula di Jepun memerlukan pelaburan yang besar, sekali gus pengurangan pelaburan Jepun di Malaysia adalah satu kemungkinan yang besar.
“Kami berpandangan pemulihan di Malaysia kemungkinan terlewat, berikutan ketidaktentuan pada separuh pertama. Bagaimana pun, kesan jangka panjang kekal positif,” katanya.
Katanya, dengan mengambil kira perkembangan yang lebih lembap daripada jangkaan pada separuh pertama 2011, ia kemungkinan akan menyemak semula keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada sekitar 5.2 peratus daripada anggaran awal 5.5 peratus. – Bernama

Gempa bumi kuat dikesan di pantai timur Honshu, Jepun

16/03/2011 2:07pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter dikesan di pantai timur Honshu, Jepun pada pukul 11.52 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi hari ini, gegaran itu berlaku kira-kira 4,037km dari timur laut Kudat, Sabah.
Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan gempa itu dan akan memaklumkan maklumat terkini kepada orang ramai. – Bernama

Pelan pemindahan siap sedia, tetapi belum perlu dilaksana

16/03/2011 5:19pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Kerajaan tidak bercadang buat masa ini untuk memindahkan segera warganegara Malaysia di Jepun, namun akan terus memantau situasi dari dekat, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, Malaysia bagaimanapun kini siap sedia dengan rancangan pemindahan, dan akan melaksanakannya jika situasi di Jepun bertambah buruk.
Anifah berkata, tidak ada warga Malaysia dilaporkan tinggal dalam lengkungan 50km dari kemudahan loji nuklear Fukushima, yang telah mencatat tiga letupan.
"Jika perlu untuk memindahkan (warga Malaysia), kita akan lakukannya kerana kita sudah punya pengalaman (operasi pemindahan semasa kebangkitan politik di Asia Barat),” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Terdapat 5,009 warga Malaysia, termasuk 2,100 pelajar, berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jepun. – Bernama

Lebih baik tidak bina loji kuasa nuklear -Dr Mahathir

16/03/2011 8:12pm

CYBERJAYA 16 Mac – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendiriannya bahawa Malaysia tidak perlu memiliki sebuah loji tenaga nuklear.
"Anda tahu pandangan saya tentang hal ini. Kita tidak begitu arif mengenai reaksi bahan ini,” katanya kepada pemberita bila ditanya tentang pandangannya berhubung loji seumpama itu.
Dr Mahathir berkata, radiasi yang bocor dari loji tenaga nuklear Jepun yang terjejas akibat tsunami setelah gempa dengan kekuatan magnitud 9.0, menyokong pandangannya itu.
"Sebaik saja dihidupkan, ia menjadi radioaktif. Orang tidak tahu bagaimana untuk mengendali bahan buangannya,” katanya.
Dr Mahathir menarik perhatian ketika beliau menjadi perdana menteri, kerajaan telah memutuskan empat strategi bahan bakar iaitu minyak, gas, arang batu, hidro, dan “tidak termasuk nuklear”. – Bernama

Pemeriksaan ketat ke atas produk makanan dari Jepun

16/03/2011 11:05pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Kementerian Kesihatan akan mengenakan pemeriksaan tahap lima iaitu Tahan-Uji-Lepas terhadap produk makanan yang diimport dari Jepun berikutan berlaku beberapa siri letupan loji tenaga nuklear di negara itu ekoran gempa bumi dan tsunami.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai berkata, pemantauan ketat itu harus dilakukan kerana letupan yang berlaku itu dikhuatiri menyebarkan bahan radioaktif yang berlebihan dan boleh menyebabkan kanser dalam jangka masa panjang.
Justeru itu beliau berkata, sampel-sampel makanan akan diambil daripada pintu masuk negara untuk ujian pencemaran bahan radioaktif di Agensi Nuklear Malaysia dan konsaimen makanan itu hanya akan dilepaskan sekiranya ia mematuhi tahap radioaktif yang ditetapkan oleh ”Codex Alimenterius Commission”.
"Antara produk-produk makanan itu termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan ikan serta hasilan daging dan sebagainya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bermula 15 April ini, katanya, Kementerian Kesihatan akan mengenakan keperluan Sijil Radioaktif yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Jepun, ke atas semua produk makanan negara itu sebagai jaminan keselamatan makanan.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan mendapat kerjasama agensi yang berkenaan seperti Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pihak pengimport dan agen penghantaran bagi memastikan keselamatan makanan yang diimport dari Jepun. – Bernama

BERITA BAIK UNTUK WARGA MALAYSIA SETAKAT INI!!!

Pelepasan radioaktif tidak mungkin sampai ke Malaysia

16/03/2011 11:07pm

KUALA LUMPUR 16 Mac – Pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas akibat kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun Jumaat lepas, adalah rendah dan tidak mungkin akan sampai ke Malaysia, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
"Maklumat dari Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan arah dan pergerakan angin adalah ke timur dan timur laut Jepun. Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh Malaysia iaitu Chuping, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kudat dan Senai masih menunjukkan paras sinaran di Malaysia berada pada paras normal iaitu 0.17 uSv/jam.
"Had dedahan sinaran orang awam adalah 0.50 uSv/jam,” katanya.
Menerusi mekanisme pengawalan masuk bahan radioaktif sama ada melalui kargo atau manusia melalui Sistem Pemonitoran Portal yang dipasang di lapangan terbang antarabangsa KLIA, Kota Kinabalu, Kuching dan Pulau Pinang sejak 2009 juga menunjukkan tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga kini, katanya.
Ongkili berkata, kementeriannya melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Agensi Nuklear Malaysia terus memantau situasi di Jepun sehingga kini. – Bernama

Jom sambung baca kat Berita Terkini 18 Mac 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama