klik atas

backlink

gambar laju

Saturday, March 12, 2011

Berita Tsunami 12 Mac 2011


Mungkingkah Bumi di hampiri Bulan pencetusnya???

 

Gempa bumi di Jepun mengemparkan kita 2 @ 3 hari ini. Kekadang tak tidur malam bagi yang tinggal di kawasan pantai. Mungkin nostalgia tsunami lepas masih terpahat lagi. anime4nz sekali lagi mengajak pembaca sekalian mengetahui berita lanjut di sini. sekadar berkongsi 

 

Pulau boleh ditenggelamkan

GENEVA 11 Mac - Tsunami besar yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat di Jepun hari ini mencecah paras yang boleh menenggelamkan sesetengah pulau di kawasan Pasifik.
Negara membangun menghadapi risiko lebih besar daripada tsunami itu berbanding Jepun, meskipun kebanyakannya telah memantapkan sistem amaran awal dan pelan pemindahan sejak tsunami 2004, menurut Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) hari ini.
"Paling membimbangkan kami ialah rantau Asia Pasifik, di mana negara membangun jauh lebih terdedah kepada bencana seumpama ini dan tsunami itu menimbulkan ancaman besar.
"Buat masa ini parasnya lebih tinggi daripada sesetengah pulau dan pulau itu boleh tenggelam, satu senario yang tidak mahu dilihat oleh sesiapa pun," kata jurucakap IFRC, Paul Conneally di Geneva hari ini.
IFRC menggunakan sistem amaran awalnya di negara-negara Asia Pasifik hari ini dalam usaha untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat selepas amaran tsunami dikeluarkan.
"Masih ada masa tetapi tidak banyak dan laporan disebarkan. Perkara utama ialah keselamatan," kata jurucakap IFRC dari habnya di Kuala Lumpur, Patrick Fuller menerusi telefon.
Lebih 226,000 penduduk di 11 negara Asia terkorban dalam tsunami 2004.
Gempa bumi terbesar yang melanda Jepun dalam tempoh 140 tahun menggegarkan pantai timur lautnya hari ini, mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.
Semua Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah kebangsaan di rantau ini termasuk di Filipina, Papua New Guinea dan Pulau-Pulau Pasifik dikerahkan untuk membantu penduduk masing-masing, menurut IFRC, rangkaian bantuan bencana terbesar di dunia. - Reuters/dpa

Loji nuklear, loji minyak, lapangan terbang ditutup

TOKYO 11 Mac - Beberapa loji tenaga nuklear dan penapis minyak di Jepun ditutup hari ini dan sebuah kilang utama keluli terbakar selepas gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan negara ini sehingga mencetuskan tsunami, merosakkan jalan dan memutuskan bekalan elektrik ke kediaman dan bangunan perniagaan.
Gergasi elektronik, Sony Corp, antara pengeksport terbesar di Jepun, menutup enam buah kilang, lapor agensi berita Kyodo, sementara jet tentera udara diterbangkan ke kawasan pantai di timur laut untuk meninjau tahap kerosakan akibat gempa bumi itu.
Bank of Japan yang telah bergelut untuk merangsang ekonomi yang lesu berjanji untuk berusaha sedaya upaya bagi memastikan kestabilan pasaran kewangan berikutan kejatuhan mata wang yen dan pasaran saham Jepun.
"Terdapat kilang-kilang kereta dan semikonduktor di utara Jepun, kerana itu ekonomi sedikit sebanyak akan terjejas disebabkan kerosakan kilang," kata pakar ekonomi di Institut Penyelidikan Mizuho di Tokyo, Yasuo Yamamoto.
Syarikat tenaga, Hokuriku Electric Co berkata, ketiga-tiga reaktor di loji nuklearnya di Onagawa, utara Jepun tutup secara automatik selepas gempa bumi itu tetapi tiada kebocoran nuklear dilaporkan.
JX Nippon Oil & Energy Corp menghentikan operasi di tiga loji penapis minyak di Sendai, Kashima dan Negishi, manakala Electric Power Development (J-Power) juga menutup operasi di loji kuasa haba di Yokohama, lapor Jiji News.
Stesen televisyen melaporkan satu kebakaran besar di loji penapis minyak Cosmo Oil Co. di Chiba, ke timur Tokyo.
Satu lagi kebakaran dilaporkan di kilang keluli JFE Holdings, juga di Chiba. JFE ialah pengeluar keluli kelima terbesar di dunia.
Dua buah lapangan terbang utama Jepun, Narita dan Haneda turut ditutup selepas gempa bumi kuat melanda negara ini, sekali gus menyebabkan keadaan huru-hara di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.
Selepas menyusut sedikit pada suku terakhir tahun lepas, ekonomi Jepun dijangka berkembang semula pada awal 2011 dengan peningkatan eksport dan pengeluaran industri, tetapi gempa bumi itu menimbulkan kemungkinan banyak sektor perniagaan utama terjejas teruk sekurang-kurangnya dalam jangka pendek. - Reuters

Lebih 1,000 dikhuatiri mangsa tsunami

12/03/2011 3:16am

TOKYO 12 Mac - Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.
Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.
Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat. - Reuters

Gempa bumi kuat di perairan timur Honshu, Jepun

12/03/2011 11:15am

KUALA LUMPUR 12 Mac - Satu gempa bumi kuar berukuran 6.5 pada skala Richter di perairan timur Honshu, Jepun pada pukul 9.47 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi adalah di 292 km dari timur laut Tokyo dan 4,243 km dari timur laut Kudat di Sabah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia dan jabatan sedang memantau perkembangan berkenaan. - Bernama

MERCY Malaysia hantar sukarelawan ke Jepun

12/03/2011 11:16am

KUALA LUMPUR 12 Mac - Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) meminta Pasukan Penilaian Pantas, Unit Bantuan Kecemasan dan sukarelawannya bersiap sedia menghadapi kemungkinan dihantar ke Jepun untuk memberi bantuan berikutan kejadian gempa bumi dan tsunami yang berlaku semalam.
Presidennya, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd. Perdaus hari ini berkata, sekiranya penghantaran perlu dibuat, Pasukan Penilaian Pantas MERCY Malaysia akan membuat penilaian di lapangan untuk mengenal pasti bantuan yang diperlukan di kawasan terjejas.
"Kami bekerjasama rapat dengan Kedutaan Jepun di sini dan sering berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Tokyo,” katanya dalam satu kenyataan di sini. - Bernama

Skuad jalan kaki dilapor selamat di Jepun

12/03/2011 2:05pm

KUALA LUMPUR 12 Mac - Skuad jalan kaki negara, yang tiba di Jepun semalam untuk menyertai Kejohanan Jalan Kaki Asia 20 Kilometer Walk, Nomi City, Jepun dilaporkan selamat.
Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Karim Ibrahim berkata, skuad empat anggota serta tiga jurulatih itu berada jauh dari kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami.
"Mereka semua selamat dan saya difahamkan pertandingan jalan kaki itu akan berjalan seperti biasa esok (Ahad),” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata, atlet jalan kaki iaitu Norliana Mohd Rusni, T. Dhiban Raj, Lo Choon Siang, Teoh Boon Lim serta tiga jurulatih iaitu V. Subramaniam, R. Mohan dan Abdul Aziz Abd Manaff berada di sebuah hotel di Komatsu, Jepun ketika kejadian gempa berlaku. - Bernama

Singapura hantar pasukan, anjing penyelamat ke Jepun

12/03/2011 2:51pm

SINGAPURA 12 Mac - Singapura akan menghantar sepasukan anggota dan lima anjing penyelamat ke Jepun bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di Jepun yang mengalami kemusnahan di merata tempat ekoran gempa bumi kuat dan tsunami semalam.
Menurut satu kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura, pasukan itu digerakkan atas permintaan kerajaan Jepun.
Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin Singapura mengucapkan takziah kepada pemimpin Jepun berikutan kejadian gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter dan mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter yang melanda negara itu tengah hari semalam. - Bernama

Malaysia hantar penyelamat, perubatan ke Jepun - PM

12/03/2011 3:43pm

PEKAN 12 Mac - Malaysia menghantar pasukan penyelamat dan doktor perubatan untuk membantu usaha-usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pasukan penyelamat itu terdiri daripada masing-masing enam anggota dan anjing pengesan untuk mengesan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan di kawasan yang dilanda gempa bumi dan tsunami.
``Kesemua anggota pasukan penyelamat, anjing pengesan dan doktor perubatan bersama pembantu kesihatan berlepas ke Jepun dengan menaikan pesawat Charlie 130 pada pukul 6 petang ini,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kampus utama Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuala Pahang di sini hari ini. - Utusan

Jepun hargai keprihatinan Malaysia

12/03/2011 4:47pm

KUALA LUMPUR 12 Mac - Kedutaan Jepun di sini, bagi pihak kerajaan dan rakyat Jepun, mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia kerana menzahirkan sikap prihatin dan simpati mereka terhadap negara itu yang dilanda gempa bumi serta tsunami semalam.
Dalam kenyataan di sini hari ini, kedutaan itu berkata, kerajaan Jepun dan semua agensi berkaitan sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa dan memantau kedudukan serta keselamatan rakyat Malaysia dan negara lain yang dipercayai tinggal atau melakukan perjalanan ke kawasan terbabit.
Gempa bumi kuat berukuran 8.9 pada skala Richter berlaku di luar pantai utara Jepun semalam dan mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter yang meragut beratus nyawa. - Bernama

Iklan Digi : Sila KLIK

Rondaan polis di pesisir pantai langkah waspada - KPN

12/03/2011 4:48pm

KUALA TERENGGANU 12 Mac - Penduduk terutamanya di kawasan tepi pantai tidak perlu panik dengan langkah polis mengadakan rondaan di pesisiran pantai beberapa negeri susulan kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun semalam.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berkata, langkah itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga dan waspada dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
"Langkah membuat rondaan ini sebagai persediaan agar kita tidak kelam-kabut sekiranya sesuatu bencana, apa saja bencana alam yang mungkin menimpa negara kita.
"Tetapi ingin saya jelaskan bahawa dari segi kajiannya negara kita tidak terjejas daripada insiden ini (kejadian gempa bumi di Jepun) dan saya harap orang ramai tidak panik,” katanya.
Beliau ditemui selepas menyempurnakan pemakaian pangkat Pegawai Kehormat Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini. Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa. - Bernama

Hanya satu penerbangan MAS ke Tokyo malam ini

12/03/2011 5:21pm

KUALA LUMPUR 12 Mac - Malaysia Airlines (MAS) hanya menjadualkan satu penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo, Jepun menerusi penerbangan MH88 pada 11.35 malam ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.
Jurucakap Pusat Panggilan 24 Jam MAS berkata, setakat ini hanya satu penerbangan yang dibenarkan untuk berlepas ke Jepun dan perancangan penerbangan bergantung kepada keadaan terkini di negara itu, yang dilanda gempa bumi dan tsunami semalam.
"Buat masa ini, hanya penerbangan MH88 akan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di Tokyo pada 11.35 malam tetapi jadual penerbangan untuk esok masih belum dapat dipastikan.
"Tempahan tiket untuk penerbangan itu masih dibuka tetapi hanya boleh ditempah untuk penerbangan kelas perniagaan,” katanya. - Bernama

371 rakyat Malaysia di Jepun selamat

12/03/2011 6:22pm

KUALA LUMPUR 12 Mac - Setakat pukul 4 petang, Kedutaan Malaysia berjaya menghubungi 371 rakyat negara ini di Jepun yang terlibat dengan tsunami dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar, rakyat Malaysia yang berada di kawasan teruk dilanda tsunami telah dipindahkan ke tempat lebih selamat yang dibina oleh kerajaan Jepun.
Katanya, Wisma Putra dan pihak kedutaan sentiasa memantau situasi semasa serta mendapatkan maklumat terkini daripada kerajaan Jepun.
"Malaysia juga menawarkan khidmat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) untuk membantu Jepun mencari dan menyelamatkan mangsa bencana tersebut," katanya.
Kementerian juga menasihati keluarga yang mahu menghubungi ahli keluarga yang berada di Jepun dengan menggunakan laman web yang disediakan oleh Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) iaitu
http://www.familylinks.icrc.org/Web/doc/siterfl0.nsf/htmlall/familylinks-japon-eng. - Utusan


Rakan Twitter : Menurut televisyen NHK Jepun melaporkan, jumlah korban gempa sekarang lebih dari 1,600 orang, tetapi juga terus mengalami kenaikan.

Iklan DGI : Sila KLIK

Jepun Melancarkan Usaha Menyelamat Besar-besaran

afp.com - about 1 hour 49 minutes ago
by Frank Zeller oleh Frank Zeller
TOKYO, (ANTARA News) - Jepun mengerahkan 50.000 tentera dan penyelamat keselamatan untuk mempelopori penyelamatan Hercules dan usaha pemulihan, sehari selepas dilanda gempa yang paling dahsyat dan tsunami.

Setiap Pasukan Pertahanan Diri dilemparkan kepada perkhidmatan terbaik, dengan beratus-ratus kapal, pesawat udara dan kenderaan menuju ke daerah pantai Pasifik di mana sekurang-kurangnya 1,000 orang dikhuatiri meninggal dan seluruh persekitaran telah lenyap.  

Carian antarabangsa dan pasukan penyelamat juga bergegas ke negara yang hancur, seperti di New Zealand yang dilanda gempa - termasuk pasukan Jepun 63-kuat yang membantu menghabiskan dua minggu selepas gempa berkekuatan 6,3 Christchurch.



"Saya menyedari sejauhmana besar kerosakan tsunami," kata Perdana Menteri setelah turun helikopter dari adegan apokaliptik di timur laut sebelum pertemuan menteri kabinetnya untuk melakukan pertemuan darurat di Tokyo.

"Apa yang harusnya jadi wilayah pemukiman kebanyakan tersapu banyak di wilayah pesisir dan kebakaran yang masih menyala di sana," katanya kepada mereka.

Amerika Syarikat, dengan hampir 50.000 tentera yang ditempatkan di Jepun, memerintahkan armada yang termasuk dua kapal induk ke daerah untuk memberikan bantuan - hanyalah salah satu daripada negara-negara yang telah menawarkan bantuan sejak gempa raksasa Jumaat.

Pasukan AS pada hari Jumaat membantu Jepun cepat bertindak balas dengan memberikan agen pendingin untuk penjanaan nuklear di mana rosak mengancam krisis berbahaya.

Dalam mengucapkan rasa suram di pantai timur pulau utama Honshu Jepun, di mana sekurang-kurangnya 3,600 rumah hancur oleh gempa 8,9 skala Richter, ada beberapa sinar harapan di tengah pembunuhan bandar hancur dan kehidupan hancur.

Tentera helikopter melalui udara orang dari atap sebuah sekolah dasar di Watari, wilayah Miyagi, dan helikopter angkatan laut dan penjaga pantai melakukan hal yang sama untuk menyelamatkan 81 orang dari sebuah kapal yang telah dilemparkan ke laut oleh tsunami.

Tapi ada peringatan ; lebih banyak kekejaman terhadap alam ini jika ianya tidak stabil - termasuk yang terbaru dari siri gempa susulan yang kuat di pagi hari, mengukur 6,8 besar dan kuat.

Di daerah pesisir yang luas, seluruh persekitaran hancur, dengan jumlah yang tidak diketahui korban terkubur di puing-puing rumah mereka atau hilang ke laut, di mana kereta, penghantaran kontena, puing-puing dan seluruh rumah yang mengapung.

Bandar pantai di wilayah Iwate Rikuzentakata hampir hancur dan tenggelam, mengatakan Kebakaran dan Penanggulangan Bencana Badan.

Beberapa 300-400 mayat ditemui di bandar 23,000 orang, NHK mengutip tentera berkata, sementara polis berkata 200-300 mayat dilaporkan telah ditemui di bandar Sendai.

Di wilayah yang dilanda gempa bumi, 5,6 juta rumah tangga tidak memiliki kekuatan hari Sabtu dan lebih daripada satu juta rumah tangga tanpa air.

Tentera Jepun mula pengerahan masa, ketika menghantar 300 buah pesawat dan sebuah armada 20 kapal angkatan laut dan kapal lain, sementara beberapa jet tentera udara 25 terbang misi pengintipan di daerah bencana yang luas.

Tokyo dan Osaka polis dan perkhidmatan kesihatan juga semua cepat menghantar pasukan perubatan dan penyelamatan.

Di antara bantuan antarabangsa menjanjikan, pasukan dari Korea Selatan, dengan lima personel penyelamat dan dua anjing pengesan dihantar masuk.

Jepun mengatakan pihaknya telah ditawarkan bantuan oleh Kerajaan 2  hala persefahaman sepert China dan Tokyo.

Anda Nak Tahu Apa Ada Semasa Tsunami Berlaku Di Jepun??

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Denaihati - Hidup Untuk Memberi

 Banner

EmailCash - Terima Duit Dengan Email

http://www.emailcashpro.com

Iklankan Perniagaan Anda Di Sini

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online

Lazada Malaysia

Penaja Bersama