PERJAGAAN GEAR AUTO DAN TIPS TERKINI PENGGUNAAN GEAR
AUTOMATIK
JIKA anda sayangkan kereta yang anda beli dengan harga
puluhan ribu ringgit dan bertahun-tahun menanggung hutang, Sila baca hingga
habis artikel ini...
1) Kebiasaannya kereta AUTO ada enam “step” gear. Bermula
dengan P, R, N, D, 2, L (bergantung kepada model kenderaan) kebiasaanya tiga
step di bawah "N" nombornya berlainan tetapi fungsi tetap sama.
Tekan tombol semasa menukar:
P > R
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D
Jangan
sesekali tekan antara:
N > D
D > N
D > D3
D3 > D
D > N
D > D3
D3 > D
KENAPA?
Ini adalah
untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox
anda boleh rosak. Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi
jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.
Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. Akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.
Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat.
Berikut adalah susunan gear untuk
gearbox auto:
P – Parking,
digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda. gear akan disekat.jadi kereta
anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.
R – Reverse,
untuk mengundur kereta anda.
N – Neutral,
jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear
neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan
kekunci pada tombol gear.
D – Drive,
penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive – gear akan
menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj.
3 – Setengah
kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk
menurunkan gear dari 4 ke 3.
2 – Ini akan
menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya.
tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu.
L – Low
gear, gear pertama.
ketahui lanjut : Cara masuk Gear Kereta