Zaman sekarang ni, kebanyakannya ramai yang dah jadi kaki download, tak kira la download apa pun tapi yang famous adalah download movie.
Bagi beginner mungkin tak tahu lagi nak pilih kualiti movie yang macam mana. Kalau waktu zaman muda-muda dulu, kita main download jek, lantak la bagus ke tidak dia punya kualiti. Janji dapat tengok.
Sekarang ni anime4nz nak kongsi bersama korang tentang jenis dan maksud benda alah tu semua bermula dari bawah atau yang tak best punya.
1. CAMRip
CAMRip atau CAM adalah hasil daripada Cam-Quality, waktu zaman cetak rompak dulu, memang popular dengan kualiti movie macam ni sebab filem dari kualiti ni diambil menggunakan kamera video digital. Kadang-kadang, ada orang tengah berjalan dekat screen, ada bunyi penonton ketawa berdekah-dekah. Kualiti macam ni sangat tak best, sebab bunyi memang diambil terus dari mikrofon kamera dan kedudukan kamera tidak tetap, sebab tu ada certain movie, kepala boleh jadi senget bila tengok movie.
2. TS, HDTS
TS atau TELESYNC adalah adik beradik jugak dengan CAMRip tetapi TS difilemkan dengan keadaan yang berbeza, ia menggunakan audio luar iaitu merakam bunyi movie dan menggabungkan rakaman tersebut dengan audio luar menggunakan software video editor. Tetapi ia tetap tidak menghasilkan kualiti bunyi yang bagus dan kualiti gambar sedikit baik dari CAMRip.
3. DVDScr
Ini adalah versi awal DVD atau VHS yang dikeluarkan dari versi teater, Biasanya dihantar ke peninjau filem, Ahli Akademi, dan eksekutif untuk tujuan Ulasan. Biasanya mempunyai mesej overlay pada gambar seperti “The film you are watching is a promotional copy”.Screeners biasanya mempunyai kualiti sedikit rendah dari DVDRip.
*sumber ini biasa keluar pada awal tahun.
4. DVDRip
Kualiti dari jenis DVDRip adalah hasil copy dari DVD asli. Kualiti gambar dan suara sangat baik, meng-download movie jenis DVDRip sama saja dengan membeli DVD asli dekat kedai .
5. HDRip, HDTV, PPVRip, WEBRip
HDRip ialah sumber filem asal dari rakaman TV atau web-web yang menyediakan watch online. Biasanya mempunyai kualiti 720p - 1080p. Kadang-kadang mempunyai HC (Sarikata hardcode) dari bahasa lain seperti Korea, Cina, Arab, etc yang mengganggu apabila ditonton. Kadang-kadang audionya ada yang kurang jelas.
*versi ini biasanya release sebulan atau dua dari tarikh tayangan.
6. WEB-DL
WEB-DL adalah sumber dari laman web yang terkemuka seperti iTunes, Amazon dan lain-lain. Kualitinya boleh dikatakan setara dengan BRRip. Kualitinya boleh mencecah hingga 1080p.
7. BRRip
Singkatan daripada Blu-ray dan sumber daripada Bluray disc. Kualiti jauh lebih baik dari DVDRip, tetapi BRRip memerlukan saiz hardware yang lebih tinggi untuk 1080p dan dikatakan kualiti terbaik buat masa ini.
*bluray akan release pada 4/3 bulan dari tarikh tayangan.
Apa itu UNRATED, EXTENDED?
Biasanya ada pada movie yang berasaskan unsur 18+. Pendek kata, sumber ini tidak dipotong babak yang xxx itu.Ada juga terdapat pada filem-filem bertaraf tinggi.
Apa itu PROPER?
Sumber ini keluar biasanya bila sesuatu sumber seperti HDRip yang bermasalah seperti lari suara dari video. Maka, sesuatu kumpulan encoder akan baiki sumber tersebut.
bluray, ada part dia lagi..
Bluray - biasa dlm format avc, mpeg4, H.264.dlm saiz 40-50gb
Bluray remux - modified tuka ke .mkv, kualiti sama bluray ori, saiz 25-30gb
BDrip - encode dri remux kepada bntuk .mkv, x264.. terbahagi kepada 2, 720p saiz 4gb- 10gb, 1080p saiz 8gb-20gb
BRrip - group yg re-encode source dari x264 yg dh di encode(bdrip). 720p biasa saiz 700mb-1.2gb.1080p 1gb-2.5gb..(dh downgrade byk dari segi audio, video).
SCENE group: group yg kelua kn BDrip plg cepat (lebih kn kuantiti dari kualiti) mcm group SPARKS, GECKOS, DAA, AMIABLE..
Ha... dah tahu kan maksudnya lebih kurang kan.... bukan bermaksud anda semua boleh cetak rompak lebih kurang..... salah tu ya... risiko anda tanggung...... Ilmu kena maklum...... by.
No comments:
Post a Comment