LATAR
BELAKANG
Skim
Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) adalah satu produk khusus yang
diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan pertengahan memiliki rumah
idaman. Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 200 juta sebagai
sumbangan bayaran deposit bagi pembelian rumah pertama oleh satu isi rumah.
Selaras dengan objektif Dasar Perumahan Negara untuk meningkatkan keupayaan dan
aksesibiliti rakyat memiliki rumah, Skim MyDeposit ini dilancarkan oleh
Kerajaan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT). Permohonan Skim MyDeposit ini telah dibuka secara rasmi pada 6
April 2016. Skim ini merupakan salah satu inisiatif Kerajaan bagi menggalakkan
pemilikan rumah oleh rakyat Malaysia.
SYARAT
DAN KELAYAKAN PERMOHONAN MyDeposit
KPKT akan
melaksanakan penapisan pemilihan permohonan yang diterima berdasarkan kelayakan
berikut :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ketika permohonan dibuat dan tiada umur maksima ditetapkan.
- Permohonan ini adalah bagi tujuan pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah.
- Pendapatan kasar dari RM3,000 sehingga RM10,000. Pendapatan kasar bulanan termasuk semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan atau perniagaan (upah, gaji, komisyen, bonus, elaun dan lain-lain) .
- Pemohon mestilah mempunyai kelayakan untuk membuat pinjaman perumahan dengan mana-mana institusi pembiayaan. dan
- Pemohon yang layak akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli.
KRITERIA
PEMBELIAN PROJEK PERUMAHAN YANG DIBENARKAN
Pembelian
projek perumahan yang dibenarkan dibawah Skim MyDeposit ini adalah seperti
berikut :
- Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale).
- Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
- Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan.
DOKUMEN
SOKONGAN
Senarai
dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Sistem MyDeposit :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan).
- Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan).
- Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri.
- Salinan surat pengesahan majikan.
- Salinan penyata gaji terbaru.
- Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
- Salinan surat pencen( Jika berkenaan).
- Muat naik salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran.
- Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual .
- salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan.
Permohonan
skim rumah MyDeposit boleh dibuat secara atas talian (Mengisi Borang Permohonan
Online) bermula pada tarikh 7 April 2016 sehingga 30 Jun 2016 melalui sistem
aplikasi di laman web rasmi Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
*Langkah-langkah
untuk memohon disini.
HUBUNGI
KAMI
- Cawangan Pengurusan
Perumahan( MyDeposit )
- 03-8891 4025/ 03-8891 4054/ 03-8891 4012/ 03-8891 4062/ 03-8891 4460 - Melalui emel
- mydeposit@kpkt.gov.my
No comments:
Post a Comment