Inisiatif Belanjawan 2020 untuk perumahan yang boleh anda
manfaatkan
Melalui pembentangan Belanjawan 2020 baru-baru ini, pihak
kerajaan telah membentangkan beberapa inisiatif untuk membantu merancakkan dan
merangsang agenda perumahan negara.
Agenda perumahan negara sering menjadi bualan di kesemua
peringkat lapisan masyarakat di Malaysia. Semenjak mencapai kemerdekaan,
industri perumahan dan hartanah terus berkembang dan menjadi antara industri
utama dalam memacu pembangunan dan peningkatan ekonomi setempat. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang wujud pada masa kini yang menjadi
faktor utama berlakunya ketidakseimbangan di antara pembeli dan pemaju
hartanah.
Sebagai tambahan, hampir 34,532 unit rumah yang bernilai
sehingga RM 22.67 bilion tidak terjual setakat suku pertama tahun 2018 dan
hanya 20 ribu daripada 140 ribu unit perumahan PR1MA yang mampu dijual. Melalui
kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada Mei
2019 menunjukkan bahawa kemampuan memiliki rumah di negara ini tidak meningkat
secara ketara antara tahun 2002 hingga 2016.
Pihak kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2020
baru-baru ini telah membentangkan beberapa inisiatif untuk membantu merancakkan
dan merangsang agenda perumahan negara. Oleh yang demikian, mari kita lihat 4
inisiatif Belanjawan 2020 untuk perumahan dan hartanah yang boleh anda
manfaatkan.