klik atas

backlink

gambar laju

Tuesday, November 26, 2019

Belanjawan 2020 untuk Perumahan


Inisiatif Belanjawan 2020 untuk perumahan yang boleh anda manfaatkan


Melalui pembentangan Belanjawan 2020 baru-baru ini, pihak kerajaan telah membentangkan beberapa inisiatif untuk membantu merancakkan dan merangsang agenda perumahan negara.

Agenda perumahan negara sering menjadi bualan di kesemua peringkat lapisan masyarakat di Malaysia. Semenjak mencapai kemerdekaan, industri perumahan dan hartanah terus berkembang dan menjadi antara industri utama dalam memacu pembangunan dan peningkatan ekonomi setempat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang wujud pada masa kini yang menjadi faktor utama berlakunya ketidakseimbangan di antara pembeli dan pemaju hartanah.

Sebagai tambahan, hampir 34,532 unit rumah yang bernilai sehingga RM 22.67 bilion tidak terjual setakat suku pertama tahun 2018 dan hanya 20 ribu daripada 140 ribu unit perumahan PR1MA yang mampu dijual. Melalui kaji selidik yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) pada Mei 2019 menunjukkan bahawa kemampuan memiliki rumah di negara ini tidak meningkat secara ketara antara tahun 2002 hingga 2016.

Pihak kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2020 baru-baru ini telah membentangkan beberapa inisiatif untuk membantu merancakkan dan merangsang agenda perumahan negara. Oleh yang demikian, mari kita lihat 4 inisiatif Belanjawan 2020 untuk perumahan dan hartanah yang boleh anda manfaatkan.


1. Skim Perumahan Belia (SPB) BSN
Skim ini merupakan inisiatif kerajaan Malaysia dan BSN dengan kerjasama KWSP dan Cagamas  Berhad. Tempoh permohonan bermula dari 1 Januari 2020 sehingga 31 Disember 2021. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu belia yang berumur di antara 25 hingga 40 tahun yang sudah berkahwin dan berpendapatan tidak melebihi RM 10,000.00 sebulan untuk memiliki rumah pertama. Skim ini dapat membantu golongan belia untuk memiliki rumah pertama dengan cara mudah dan selamat. Jika anda layak serta memenuhi syarat permohonan, jangan ketinggalan untuk mohon Skim Perumahan Belia (SPB) BSN.

2. Skim “Rent to Own” (sewa untuk dimiliki)
Program ini membantu isi rumah yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah pertama sehingga RM 500,000. Menerusi skim tersebut, pemohon yang tidak mampu membayar deposit 10% hanya perlu membayar sewa bulanan selama lima tahun dan selepas setahun penyewa layak membeli rumah tersebut berdasarkan garis panduan yang ditetapkan. Melalui skim ini, pembiayaan sebanyak RM 10 bilion akan disediakan oleh institusi kewangan dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan jaminan sebanyak 30 peratus atau RM 3 bilion. Inisiatif ini bakal mendapat sambutan baik kerana kebanyakan pasangan yang berpendapatan rendah sukar memiliki rumah pertama kerana terbeban dengan deposit yang perlu disediakan.


3. Cukai Keuntungan Harta Tanah
Melalui laman web rasmi LHDN, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau RPGT dapat ditakrifkan sebagai cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah seperti rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain. Melalui Belanjawan 2020 kerajaan akan menambah baik layanan CKHT dengan menetapkan nilai pasaran 1 Januari 2013 sebagai harga pemerolehan harta tanah bagi harta tanah yang dipeolehi sebelum 1 Januari 2013 berbanding 1 Januari 2000 yang ditetapkan sebelum ini. Dengan penambahbaikan tersebut, CKHT yang telah memberi kesan kos ke atas penjualan atau pelupusan hartanah dapat diminimumkan.

4. Baik Pulih Perumahan Awam
Melalui belanjawan yang telah dibentangkan, pihak kerajaan telah  memperuntukkan sebanyak RM 100 juta bagi penyelenggaraan perumahan awam seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK). Merujuk Dzulkefly Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi & Multimedia Negeri Johor melalui media tempatan,  inisiatif ini amat baik  kerana berdasarkan pengalaman beliau, hanya sekitar 40 peratus hingga 45 peratus sahaja penyewa PPR atau RSK yang mampu membayar sewa bulanan.

Kerajaan Negeri Johor mengeluarkan peruntukan hampir RM 7 juta hingga RM 8 juta setahun bagi menampung kekurangan kos bagi kerja-kerja penyelenggaraan PPR dan RSK ini. Dengan adanya peruntukan khas ini sedikit sebanyak mengurangkan beban kewangan kerajaan negeri. Ia  juga dapat mengindahkan dan mengharmonikan lagi suasana dan infrastruktur PPR dan RSK di seluruh negara.

Belanjawan 2020 kali ini disifatkan cukup inklusif dan berupaya memberi banyak manfaat kepada segenap lapisan rakyat. Dengan adanya pelbagai insentif dan inisiatif yang diperkenalkan sedikit sebanyak dapat merancakkan lagi sektor hartanah dan perumahan negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

klik tengah

Lazada : Kedai Online Top

Popular Posts

Harimau Malaya

harimau malaya 728x90 Banner

WMA Masterclass

Lazada : Kedai Online

Wordlinx - Klik Bayaran Anda

WordLinx - Get Paid To Click

'Traffic' Percuma

The Best Traffic Exchange

Anak Pintar cerdas

Rahsia Bisnes SHOPEE Bersama Otai

Best of The Best Blog

leaderboard2 denaihati Banner

Lazada : Kedai Online